Takkan menghunus senjata,
Tanpa tahu erti kesakitan,
Takkan cuba berlagu,
Tanpa tahu erti kesedihan,
Takkan bermain seruling,
Tanpa tahu erti kesabaran,
Takkan ada musim luruh,
Tanpa tahu erti ketenangan,
Takkan bermain hujan,
Tanpa tahu erti keseronokan.
Usah biar sekucup bunga,
Usah biar sekuntum bunga,
Waspadalah walau susah dijaga,
Waspadalah jangan biar layu semata.🐰
YOU ARE READING
The Puisi Perjalanan Kehidupan
PoetryUjian umpama titik peluh yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang menjanjikan ganjaran jika mengatasi. Janganlah terlalu mengeluh lebih baik meluah . Walaupun seperti bayang-bayang pengorbanan tidak semua membawa kebaikan dan sebaliknya.