Kadang kadang daun berguguran,
Kerana angin sempoi sering bertiupan,
Kadang kadang enggan jatuh berguguran,
Tapi adakah ia sanggup bertahan.Kadang kadang cuba bertahan,
Tetapi dalam keadaan kelemahan,
Dulu riang ada daun berpuluhan,
Bertemankan burung yang berkicauan,
Tetapi kini satu demi satu kian berjauhan,Berjauhan mungkin susah dikembalikan.
Indah daun indah dipandang,
Dari jauh sangat kelihatan terbentang,
Sayu redup insan yang memandang,
Tetapi kini tinggal kenangan.Kini tinggalkan seribu kepudaran,
Menyimpan segala kepelbagaian,
Disebalik semua adakah kebenaran,
Ya, umpama melakukan kemungkaran,
Tetapi pepohon itu masih berkekalan.
YOU ARE READING
The Puisi Perjalanan Kehidupan
PoesíaUjian umpama titik peluh yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang menjanjikan ganjaran jika mengatasi. Janganlah terlalu mengeluh lebih baik meluah . Walaupun seperti bayang-bayang pengorbanan tidak semua membawa kebaikan dan sebaliknya.