-Tanam-

1.1K 51 4
                                    


Ayah mendapat panggilan telefon dari Ustaz Muhammad. Katanya ada hal yang perlu dibincangkan.

"Kenapa pula Ustaz hendak ke rumah?" soal Mira.

Ayah menjawab, "Saja berkunjung. Check keadaan kau. Mana tahu masih belum ok," Mira diam. Dia terus masuk ke bilik tidurnya. Ayah hanya memerhati anak perempuan bongsunya itu.

Malam tiba.

Ustaz Muhammad sampai di perkarangan rumah Mira. Dia berhenti sebentar. Setelah seketika, Ustaz kini tiba di pintu rumah Mira. Ayah menjemputnya ramah. Adik beradik Mira yang lain turut berada di rumah. Rasa ingin tahu membuak - buak.

Setelah menjamu ustaz dengan minuman dan kuih muih, Ayah bertanya, "Ada apa benda yang ustaz hendak bincang tu? Rasa tidak senang hati pula saya,"

"Mira ada di rumah? Saya datang nak tengok keadaan Mira," jawab Ustaz.

Mira keluar dari biliknya setelah mendengar kata - kata ustaz. "Ada apa tu ustaz?" Soalnya sambil tersenyum. Ustaz Muhammad membalas senyuman Mira. "Saya datang ni sebab nak beritahu. Malam kamu balik hari tu, saya ada mimpi. Ada orang tua ni datang jumpa saya, siap bagi warning dengan saya supaya jangan masuk campur. Katanya kalau saya masuk campur, dia akan buat sama seperti semua yang pernah tolong kamu." Ustaz Muhammad menoleh ke arah Ayah. "Saya tidak nampak wajahnya sebab orang tu bercakap sambil duduk membelakangi saya. Yang pasti, orang ni lelaki tua. Oleh sebab dia bagi warning begitu, saya datang ke mari. Untuk check rumah ni."

Ustaz Muhammad tersenyum.

"Mana tahu ada benda yang disorok di rumah. Biasanya, orang yang buat sihir begini, dia ada tanam atau simpan benda tak baik di mana - tempat dekat dengan rumah." sambungnya.

"Untuk tahu di mana tempat ditanam, saya perlu rawat Mira. Sebab dari pengamatan saya, Mira belum pulih sepenuhnya ni," sambung Ustaz Muhammad.

Mira cepat - cepat membalas, "Tapi ustaz, saya ok ni! Tengok, luka nanah dah semakin kering. Kalau ustaz mahu check rumah ni, silakan. Tapi rasanya tak perlu ruqyah. Nanti tak pasal - pasal saya sakit lagi."

Mendengar kata Mira, Ayah berkata, "Baik ustaz. Kami ikut apa saranan ustaz." Mira diam. Dia tahu, dia tidak boleh menentang lagi jika ayahnya sudah bersuara. Mama hanya berdiam diri. Tidak membantah. Tidak juga mengiyakan.

Suka atau tidak, rawatan dimulakan. Seperti selalunya, perawat mengalunkan ayat - ayat al-Quran sambil meletakkan tangan di kepala yang dirawat. Tidak lama Ustaz Muhammad membaca kalimah suci tersebut, Mira batuk - batuk lalu muntah. Dia ketawa sekuat hati.

"KAU LAGI!!!!! SIAPA KAUUU!!!! BODOOHHH!!!! AKU SAKITTT!!! KAU SIAPAAA!!!!" Jerit 'Mira' berulang kali. Dia memukul lantai dengan kuat hingga tapak tangannya merah. Adik beradik Mira cepat - cepat menahan Mira sekuat hati mereka. Mereka turut serta mengalunkan ayat - ayat al-Quran.

Kali ini, ustaz tidak lagi berlembut. Ustaz terus mengalunkan kalimah suci al-Quran, sambil matanya tajam mencari - cari sesuatu. "Di mana tuan kau simpan barang kamu? Sudah bertahun ni, mesti banyak tempat tuan kau letak kan?"

Mira meludah. "TUAN KAMI TIDAK BODOH MACAM KAU!!! HAHAHAHAHA!!!!"

Ustaz Muhammad meletakkan tangannya yang sedia beralas di mata Mira. Sambil membaca ayat Kursi, ustaz seakan - akan membuang sesuatu dari mata Mira. Mira menjerit kuat, meminta tolong. Dia seolah - olah tidak dapat melihat kerana tangannya terkapai - kapai mencari sesuatu.

Ustaz Muhammad meminta botol garam bukit yang telah disediakannya. Dia meminta Ayah menabur garam tersebut di sekeliling rumah sambil membaca potongan ayat al-Quran. Tidak lama kemudian, Mira tidak sedarkan diri. Mama panik melihat keadaan Mira.

"Mira! Mira! Ya Allah! Siti! Cepat ambil air!" Jerit Mama.

Setelah beberapa ketika, Mira sedar. Namun, dia masih lagi menjerit - jerit kesakitan. Atau lebih tepat lagi, masih lagi dikuasai oleh 'sesuatu'. Rawatan tetap diteruskan hingga selesai. Kali ini, lebih lama dari yang biasa.

Mama memandang Mira dengan sedih. Oleh kerana kepenatan, Mira tertidur. Dalam masa yang sama, Ustaz Muhammad berjalan - jalan di setiap penjuru rumah Mira sambil ditemani Ayah.

Benarlah seperti apa yang dijangkakannya.

Mereka menemui sekeping duit syiling 20 sen, bersama - sama kain kuning yang diikat dengan benang merah. Ditanam di pasu bunga Mama dekat dengan pagar hadapan rumah Mira.

Mereka juga menemui gumpalan rambut beserta tiga batang jarum di bawah singki dapur. Gumpalan tersebut agak tersembunyi dari pandangan mereka.

Tidak cukup dengan itu, bawah katil Mira juga diletakkan kertas yang bertulis nama penuh Mira, digumpalkan dan diikat bersama - sama kain putih. Jika diamati, rupanya tidak ubah seperti pocong.

"Siapa yang busuk hati ni, ustaz? Banyak ni..." kata Ayah. Ustaz Muhammad membalas, "Berserah kepada Allah.. Kita tak boleh main tuduh saja. Sabar pakcik... Lambat laun, akan kita tahu siapa yang sampai betul hati buat begini."

Ustaz Muhammad mengumpulkan semua benda yang ditemukan lalu meminta Ayah membuangnya di sungai yang agak jauh dari rumah. Usai mndengar permintaan Ustaz, Mira tiba - tiba bangun.

"KAU!!! BODOHH!!!! HAHAHAHA!!!!! KAU INGAT ITU SAJA YANG TUAN KAMI TANAM??? HAHAHAHAHA!!! BERTAHUN KAMI 'JAGA' DIA!!! KAU JANGAN SEKALI - KALI MASUK CAMPUR!!!"

Mira rebah setelah itu.

Ustaz Muhammad mendekatinya lalu meletakkan tangannya di kepala Mira. Dia membaca ayat - ayat suci al-Quran lalu berkata;

"Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, bantulah kami,. Ya Allah..."

SIHIR-Where stories live. Discover now