Ragu - ragu

1.3K 54 0
                                    


Hari - hari terus berlalu....

Sakit Mira tidak sembuh - sembuh. Malahan makin bertambah teruk. Berat badannya semakin susut, padahal selera makannya bertambah - tambah. Dia juga tidak dibenarkan lagi memandu jika bersendirian akibat terbabit dalam kemalangan kecil sebelum ini. Mujurlah hanya kemalangan kecil. Punca kemalangan, - terlelap!

Ya, terlelap seketika.

Mira juga tiba - tiba mengalami alahan yang teruk.  Kulit tangan dan kakinya berair dan membengkak. Mira seringkali tergaru - garu tangan dan kakinya kerana gatal.

Jawapan doktor - alahan kepada udang, ketam, telur, ayam dan daging. Mira disarankan hanya memakan nasi putih buat sementara waktu. Walaupun agak mustahil untuk dilakukan, Mira hanya mengangguk tanda faham.

Beberapa bulan kemudian,...

"Ti, jom ke Darussyifa. Tapi aku mau kita berdua ja ke sana. Tak payah bawa orang lain."
Siti memandang Mira dengan penuh pertanyaan. "Kenapa? Tempat tu jauh dari sini. Kau biar betul," ujarnya. Mira tidak menjawab pertanyaan Siti. Dia hanya memerhatikan tingkah laku kucingnya, Sanchi bermain - di hadapannya.

"Kita jalan lepas Asar. Dekat sana, singgah Maghrib kejap di masjid. Lepas tu, kita teruslah ke sana. Tapi kita berdua ja pergi ya. Nda apa - apa juga tu," ujar Mira yang membuatkan Siti bertambah bingung.

Pertanyaan demi pertanyaan diajukan Siti namun Mira hanya berdiam diri. Padahal, macam - macam hal yang bermain di fikiran Mira saat itu. Dia tiba - tiba membuat keputusan untuk mencuba rawatan alternatif iaitu rawatan Islam. Dia mulai ragu - ragu akan keadaan dirinya yang tidak sembuh - sembuh itu. Keputusan yang dibuatnya itu adalah kerana beberapa minggu sebelum itu, Mira ada berjumpa dengan seorang ustaz, yang mana merupakan seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan kerjanya. Ustaz itu yang memberikan kad dan mencadangkan Mira untuk ke Darussyifa. Katanya, datang saja ke sana. Kalau datang, cari Ustaz Amin, katanya. Mira kebingungan kerana dia tidak pernah menceritakan perkara peribadinya kepada ustaz tersebut melainkan urusan kerja. Bukan itu sahaja, rakan - rakan lama Mira turut perasan akan perubahan Mira yang semakin hari, semakin membimbangkan. Dia yang dahulunya peramah menjadi seorang yang pendiam. Mira juga kadang - kadang kelihatan bercakap seorang diri. Namun, apabila rakan - rakannya menyampaikan kerisauan mereka kepadanya, Mira kehairanan kerana dia tidak perasan akan semua itu. Itu yang membuatkan dia berasa ragu - ragu kepada dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun, Siti tidak bersetuju jikalau mereka pergi ke sana berdua sahaja. Oleh itu, dia curi - curi memberitahu adik lelaki mereka, Wan untuk sama - sama menemani Mira ke Darussyifa. Mereka pun memulakan perjalanan mereka yang mengambil masa selama lebih kurang sejam lebih itu. Pada mulanya, Mira berkeras tidak mahu pergi jika Wan turut serta. Namun, akhirnya dia mengalah kerana dipujuk Mak. Sepanjang perjalanan itu, Mira hanya berdiam diri di tempat duduk belakang. Siti dan Wan tidak berani bersuara kerana bimbang jika Mira masih marah.

* Sambungan cerita ini akan saya ceritakan di bahagian seterusnya kerana agak jalan cerita panjang. Salam Ramadhan semuanya..

SIHIR-Where stories live. Discover now