-Sampingan cerita- 2

1.1K 52 3
                                    

"Pakcik Ali!! Tolong!!! Bapa sakit!!"

Suara si anak menjerit - jerit meminta tolong memecahkan kesunyian tengah malam itu. Pintu rumah Pakcik Ali dipukul bertalu - talu, jelas menunjukkan betapa risaunya sang anak akan keadaan bapanya.

" Kenapa ni, Wang? Sakit apa bapamu??" tanya Pakcik Ali.

Si anak hanya menegaskan bapanya sakit perut. Sakit perut yang teramat. Bapanya menekan perutnya, langsung tidak dapat berkata apa - apa dek menahan kesakitan yang teramat.

"Cepat masuk kereta!" kata Pakcik Ali, enggan melengahkan masa. Si anak dan ibunya ikut serta menemani bapanya.

Sepanjang perjalanan ke hospital, bapanya asyik mengerang kesakitan. Dia menekan perutnya kuat - kuat. "Matilah bapa ni," katanya berkali - kali.

"Sabar pak! Tak lama lagi sampai hospital ni," balas si anak. Ibunya hanya berdiam diri. Mata ibunya meliar, seakan - akan takut akan sesuatu.

Pakcik Ali hanya berdiam diri. Niatnya hanya satu, ingin cepat sampai ke hospital. Dia memecut keretanya. Bimbang akan keadaan abang iparnya itu.


............................................................................



Kelihatan seekor ular sawa yang agak besar melintang di atas jalan raya. Sepertinya ular itu hendak melintas jalan raya tersebut. Oleh kerana enggan membuang masa menunggu ular tersebut melintas jalan raya, Pakcik Ali tidak memperlahankan keretanya. Tiba - tiba bapa si anak menjerit,

"Jangan langgar!!!!! Berhenti!!!! Kau langgar, kita mati!!!"

Pakcik Ali terus menekan brek kereta. Dia sangat terkejut. Namun, dia tidak berani bertanya. Usai ular tersebut melintas jalan raya, Pakcik Ali meneruskan perjalanan.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hospital. Namun, si bapa enggan keluar dari kereta. Katanya, perutnya sudah tidak sakit lagi.

"Mereka sudah selesai...." katanya perlahan.

Si anak mengangguk perlahan.

Mereka? Siapa mereka?....

Pakcik Ali tidak ingin bertanya dengan lebih lanjut kerana dia tiba - tiba berasa tidak selesa. Dia hanya mengangguk dan terus membawa mereka kembali ke rumah.

Dia enggan berlama - lama berkumpul dengan mereka!

'Ada yang tidak beres ni....' bisiknya dalam hati.

SIHIR-Where stories live. Discover now