Rawatan berterusan.

1.2K 56 1
                                    

Keesokan harinya...

"Aku tak mau! Aku penat! Kalau kamu mau ke sana lagi, pergilah!" jerkah Mira. Dia hanya berbaring di katilnya, enggan menganjakkan kakinya dari situ. Wal hanya berdiam diri. "Sabar," bisiknya dalam hati. Dia yakin Mira hanya kepenatan disebabkan hal semalam. Kalau tidak, masakan dia meninggikan suaranya sebegitu rupa. Mira bukannya orang yang pemarah.

"Kita ke sana malam ni. Jangan melawan!" kata ayah. Tegas.

Mira mendengus kuat tanda protes namun kata - kata ayah ibarat satu arahan. Muktamad.

.
.
.
.

'Kenapa ni? Kenapa juga aku sakit hati sangat ni?' bisik Mira dalam hati. Dia sendiripun bingung dengan apa yang dirasakannya. Bukan hanya perasaannya, malah semua benda dirasakannya amat payah untuk dilakukan. Memenatkan. Dirasakan membuang tenaganya. Sedangkan mandi, makan dan solat sekalipun dirasakannya amat payah untuk dikerjakan. Dia hanya ingin berbaring di katilnya. Tanpa gangguan. Dia sungguh benci melihat anak - anak buahnya bermain - main di ruang tamu, dekat dengan biliknya. 'Bising!' jeritnya dalam hati. Tiba - tiba, dia seperti tersedar dari lamunannya.

'Astaghfirullah... kenapa aku ni?'

Malam itu, mereka ke Darussyifa lagi namun Ustaz Remi tiada di situ. Kata perawat yang lain, Ustaz Remi ada hal, tidak dapat datang. Malam itu, Mira diruqyah oleh ustazah. Kali ini, Mira tidak menunjukkan apa - apa reaksi yang ekstrim seperti malam sebelumnya. Dia hanya menangis kesakitan. Ustazah tersebut melihat luka - luka di kaki Mira.
"Kenapa ni?" soalnya sambil memerhati luka tersebut.

"Alergi, ustazah," kata Wan.

"Hmmm... Ni bukan luka alergi ni. Takkanlah alergi sampai hitam, bernanah begini."

Ustazah tersebut memandang ayah Mira. "Di luar, ada minyak daun bidara. Kita boleh ambil sebotol nanti, lepas tu letak di luka anak ni ya," katanya. "Kita usaha dulu," sambungnya lagi.

"Kalau dapat jumpa, kamu cari juga daun bidara. Jumlah ganjil ya. 7 helai sekali mandi begitu. Ambil 1 baldi air dan masukkan daun bidara untuk dibuat mandian. Terlebih dahulu, bacakan Surah af-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan An Naas kemudian bacakan juga Ayat Kursi."

"Anak kita ni pernah tolak pinangan orang lain sebelum ini?" soal ustazah tersebut. Mira kebingungan ketika ayah memandangnya meminta jawapan.

"Tak pernah, ustazah," kata Mira. Memang ramai yang meminatinya, namun dia hanya menganggap mereka sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.

"Manatau kan," kata ustazah. " Kadang - kadang, gangguan ni datang dari orang lain juga. Tidak senang dengan kita sebab kita ada lebih sedikit dari kita. Atau kita ada guriskan hati orang, jadi orang tu berdendam dengan kita. Atau orang tu betul - betul suka dengan kita, jadi dia tidak mahu kita bahagia melainkan dengan dia. Tu antara punca utama kenapa kita ada dapat gangguan dari benda - benda yang kita tidak nampak ni. Jadi kita jangan lalai. Ingat Allah. Kalau kita ni lalai, solat entah ke mana, mengaji pun jarang, senanglah benda - benda yang kita tak nampak ni datang dengan kita. Selesai solat, doa seikhlas hati, mohon diteguhkan hati, dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan yang menyesatkan. Amalkan membaca ayat Kursi. Hafal ja tak boleh juga ya, fahami maksudnya juga," nasihatnya sambil tersenyum.

"Baik, ustazah," kata Mira. 'Hari - hari aku solat, mengaji, ustazah.' bisiknya dalam hati. Dia berasa rimas berlama - lama di situ. Mereka kemudiannya meminta izin untuk pulang.

Keesokan harinya, Mak Cu datang ke rumah Mira. Dia menjemput Mira sekeluarga datang ke rumahnya hujung minggu bulan ini, anak bongsu perempuannya bakal mendirikan rumah tangga, katanya. Oleh kerana Mira agak rapat dengan keluarga Mak Cu, dia meluahkan rasa syukur kerana Mun akhirnya bertemu dengan jodohnya. " Nanti kami ke sana ya, Cu," kata Mira. Mak Cu tersenyum sambil mengangguk - angguk. " Nanti Mun datang ke sini. Katanya mahu tidur di sini sehari dua," kata Mak Cu.

"OK!" balas Mira. Gembira. Dia tidak sabar - sabar untuk berjumpa dengan sepupunya itu. Oleh kerana umur Mira dan Mun berbeza setahun, mereka agak rapat.

"Pucat saja mukamu, nak. Sakitkah?" soal Mak Cu. Dia memerhati tubuh badan anak buahnya itu dengan penuh kerisauan. "Kurus betul sudah kau ni,"

"Tiadalah.. Okay saja ni, Cu" kata Mira. Seboleh - bolehnya, dia tidak ingin orang lain mengetahui akan keadaan dirinya. Bimbang jika dia menjadi beban kepada orang lain.

Seminggu kemudian, Mira ke Darussyifa lagi untuk berubat. Ketika itu, dia dirawat oleh perawat lain. Menurut mereka, ustaz Remi dan ustazah yang merawatnya sebelum ini tidak dapat datang, mengalami masalah kesihatan.

Pada mulanya, Mira tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan ketika diruqyah. Oleh itu, perawat tersebut bercadang untuk memendekkan waktu rawatan untuknya pada malam itu.

Tiba - tiba....

*Maaf atas kelewatan update. Mungkin kerana cerita ini agak personal, sentiasa ada kekangan setiap kali saya hendak update. Alhamdulillah, hari ini saya teruskan saja. Insha'Allah, sambungan akan available esok. Terima kasih kerana membaca♥️.

SIHIR-Where stories live. Discover now