"Biarlah dia mati. Puas hati aku kalau dia mati!!!"
Kenangan lalu terimbau kembali. Setelah hampir empat tahun, baru kini aku melihat Mira mampu tersenyum manis, seakan akan tidak pernah menderita akibat disihir.
SIHIR. Ya, sihir. Tidak masuk akal,bukan? Di zaman moden ini, sihir masih lagi wujud dan masih lagi diamalkan oleh sesetengah pihak yang tidak takut akan azab Neraka.
Mira. Siapa yang tidak kenal dengan Mira?
Gadis pilihan ramai jejaka. Mampu menggetarkan hati mereka walaupun Mira tidak mempedulikan mereka.
Cantik.
Baik hati.
Sopan santun.
Laksana 'gadis melayu terakhir'.Namun siapa sangka, kelebihan yang dimiliki Mira rupa - rupanya menjadi racun dalam diri 'MEREKA'.
Menjadi nanah dalam hati 'MEREKA'.
Mira tidak perasan. Mira memang begitu. Sentiasa berfikir optimis. Tidak perasan bahawa selama ini, gerak gerinya sentiasa diperhatikan.
#Assalamualaikum semua.
Ini kali pertama saya terpanggil untuk menceritakan kisah yang kiranya boleh menjadi iktibar kepada ramai orang. Do like my story jika kalian ingin tahu kisah ini. Diharap semua maklum bahawa saya bukanlah seorang penulis yang bijak menggunakan kata-kata yang baik.
YOU ARE READING
SIHIR-
HorrorBerdasarkan kisah benar. Percaya atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilainya.