Siapa?

1.1K 61 12
                                    

Dua bulan kemudian....


"Aku rasa baik kamu bawa Mira ni balik kampung, berubat di sana," cadang jiran Mira, Kak Salmah. Kak Salmah maklum dengan keadaan jirannya yang menyedihkan itu.

Kak Salmah maklum akan keadaan mereka. Dia merasakan  bahawa ada yang cuba memporak perandakan kehidupan jirannya itu.

Ayah diam, cuba mempertimbangkan cadangan jiran mereka itu.

"Kesian dia. Tiap hujung minggu, tiap kali ruqyah, tak ubah macam orang gila. Terjerit-jerit. Pukul diri sendiri. Sampai bila mahu tengok dia kesakitan begitu?" sambungnya lagi.

"Insha'Allah.. Malam ini kami rancang hendak bawa ustaz lain ke rumah. Cuba orang lain dulu. Mana tahu ada perubahan. Lagipun, aku rasa Mira tak mahu balik kampung sebelah sana. Jauh sangat," balas Mama. Kampung yang dimaksudkan Kak Salmah itu bukanlah kampung yang sering Mira kunjungi, tetapi tempat Mira membesar. Hendak ke sana, perlu menghabiskan masa seharian perjalanan di atas jalan raya. Lebih kurang 14 jam.

Mira hanya berkurung di dalam biliknya. Enggan keluar dari bilik. Mengamuk tak tentu. Mujurlah ketika itu, cuti sekolah. Jika tidak, mereka pun tidak tahu apa yang akan jadi dengan masa depan Mira. Kerjayanya.

Ayah mengetuk pintu bilik Mira. "Mira, makan nak. Bukannya berkurung saja kerja,"

Mira mendengus kuat. Dia menutup telinganya menggunakan bantal. Siti tercengang melihat Mira. Dia tidak menyangka Mira berani melawan Ayah.

Ayah mulai hilang sabar. "Ayah kata, pergi makan! Jangan sampai kau makan penampar pula!"



Mira tidak mempedulikan Ayah. Dia menutup matanya sambil menyanyi kecil. Seolah - olah mencabar kesabaran Ayah. Melihat tingkah laku Mira, Ayah menghempas pintu biliknya. " Kau keras kepala begini, kau cari sendiri orang mengubat kau! Ayah tidak mahu peduli kau mahu sembuh kah tidak! Biarlah jadi macam orang gila!" bentak Ayah.

Mira ketawa kecil sambil menyanyi.

Siti dan Wan cepat - cepat menghalang Ayah dari melakukan sesuatu di luar jangkaan. Mama mengalirkan airmatanya tatkala mendengar bentakan Ayah. Mana tidaknya, Ayah sudah cukup bersabar dengan perangai Mira akhir - akhir ini. Tidak ubah seperti anak kecil. Mama mengurut - urut dada Ayah,  cuba menenangkan Ayah. Mama tahu Ayah hanya bertindak mengikut perasaannya.

...…………………

Malam tiba.

"Mira, keluar. Ada tamu," kata Ayah. Ringkas.

Mira enggan keluar. Dia menjerit sekuat hati. "Berambus!!!! Kenapa lagi panggil orang!!! Kamu mahu aku jadi gila kan!!! Hahahahahaha!!!Berambussss!!!!" Dia menutup telinganya, enggan mendengar kata Ayahnya. Siti cepat - cepat menarik Mira keluar. Keadaan Mira sungguh menyedihkan. Bau busuk nanahnya menyengat di hidung Siti. Ayah hanya berdiam diri. Jika diikutkan hati, hendak ditamparnya Mira kerana menaikkan suaranya.

Tanpa melengahkan masa, rawatan dijalankan. Tidak seperti rawatan sebelum ini, Mira tidak bereaksi (batuk - batuk, muntah, terjerit -jerit ) ketika ustaz tersebut memulakan ruqyah. Dia merenung ustaz tersebut, tajam pandangannya. Dengan suara garaunya yang kuat, dia membentak. " Kalau kau masih mahu hidup, kau keluar dari rumah ini. Kau tidak nampak, rumah ni aku sudah tanda!!! " Mulut Mira terkumat - kamit, seolah - olah membaca sesuatu.

"Siapa kau?" tanya ustaz, tegas.

" Kau tanya aku siapa??? Aku Raja......!!!!!"

Mira cepat - cepat menutup mulutnya, seolah - olah tersedar akan sesuatu.

"Kenapa kau kacau dia ni?" soal ustaz lagi.

"Hahahahahahaha!!!!!! Dia ini, satu keturunan dia aku tidak suka!!! Aku mahu dia ini mati, sebab anak - anak aku BENCI dia!!!! Anak - anak aku BENCI dia!!!!" Bentaknya berulang - ulang kali. Lenggok bahasanya berubah, seakan - akan bahasa dari seberang.

" Dia ingat anak - anak aku suka dia ini!!! Hahahahahah!!! BODOHH!!!! "

Tiba - tiba, suara garau Mira bertukar menjadi seorang wanita. Suara yang cukup dikenali. Suaranya, lenggok bahasanya..  persis. Seperti dia.

" Kenapa kau wujud? Kau tahu, siang malam laki aku sebut nama kau!!!! Nama kau, bodoh!!!!! " jeritnya sambil meraung kesedihan. " Kenapaaaaa?????? "

Tiba - tiba dia diam. Matanya meliar, mencari sesuatu.

JUMPA!

Mira tiba - tiba bangun dari tempatnya, berlari menuju ke dapur.

Dia hendak mencapai pisau!

Mujurlah, Mira tidak berjaya mencapainya kerana tubuh sasa Wan menghalangnya daripada tambah 'menggila'. Mira menggigit tangan Wan kuat. Namun pegangan Wan bertambah kuat. Ustaz berjaya 'menenangkan' Mira.

" Tolonglah...... Aku benci kau!!!!! Kau patut mati, Mira!!!!!" Jeritnya lagi.

" Kau lupa! Kau lupa Allah ada!! Allah akan balas apa yang kau buat ni!! " Bentak Wan. Dia cukup mengenali 'suara' itu.

Mira tunduk. Lama dia terdiam.

" Kau tidak tahu.... " bisik Mira, perlahan. Deras air matanya.

"  Laki aku pun sibuk mahu 'mencuba', hantar barang supaya bajingan ini suka dia!!!!! "


Mira masih menangis. " Kenapa kau wujud????? "



Ulangnya berkali - kali.

SIHIR-Where stories live. Discover now