MIMPI

2K 75 1
                                    

Dua minggu telah berlalu.

'TIADA PERUBAHAN!'.

Bentak Mira dalam hati. Telinga kirinya masih lagi tidak dapat mendengar. Tidak. Bukan tidak dapat mendengar. Boleh. Tapi bunyi itu sangat jauh. Yang kuat hanyalah bunyi dengungan. Mira merasa amat rimas kerana disebabkan bunyi dengungan itu, dia tidak dapat mendengar dengan baik. Dengan kata lain, PEKAK.

Allahu...

Disebabkan dia merasa amat risau akan keadaannya ini, Mira cuba memberanikan diri ke hospital sekali lagi.

Mira menanti gilirannya untuk dipanggil. Dia ditemani kakaknya, Siti. Dalam hatinya, dia tidak henti - henti berdoa agar sakitnya ini pulih. Tidak kisahlah berapa lamapun masa yang diambil untuk sembuh, Mira sanggup. Asalkan telinganya mampu mendengar semula. Ini kerana amat sukar baginya untuk mengajar dengan keadaannya itu.

'Nuur Amira binti Selamat'.

Mira tersentak. Kini tiba gilirannya. Dengan perasaan berdebar - debar, Mira masuk ke dalam bilik rawatan.

'Sila duduk', ujar Dr. Chandran.

Mira akur dengan arahan itu. Dr. Chandran mula menganalisa keadaan Mira. Telinga Mira diperiksa, cuba mencari punca mengapa Mira masih lagi tidak dapat mendengar.

Hampir setengah jam Mira berada di dalam bilik rawatan. Telinga, mulut dan hidung Mira diperiksa. Kamera kecil dimasukkan ke dalam mulut dan hidung Mira. Sakit. Memang sakit. Namun, dia menahan sakit itu. 'Sabar..', bisiknya di dalam hati.

' Telinga kamu tiada apa - apa. Mungkin masa untuk sembuh lama sikit berbanding dengan orang lain.'

Mira bungkam. Dia bingung. Itu saja? Tiada penjelasan yang lebih meyakinkan kah? Mira mulai ragu - ragu. Takkanlah lama sangat?

Keesokan harinya, Mira meminta Siti dan rakan sekerjanya, Liana untuk menemaninya berjumpa dengan doktor swasta. 'Mungkin pendapat tidak sama,' fikirnya. Namun demikian, Mira tetap mendapat jawapan yang sama. Doktor di klinik swasta itu berkata kawasan lubang telinga yang hampir dengan gegendang telinga Mira membengkak, menyebabkan bunyi tidak dapat didengar melalui telinga kirinya itu. Mira diberikan ubat dan herba dengan harapan dapat mengurangkan bengkak itu.

Beberapa hari kemudian...

Masih lagi sama. Mira beransur - ansur menerima hakikat bahawa telinga kirinya sudah tidak mampu berfungsi dengan baik. 'Biarlah', ujarnya, memujuk hatinya sendiri. Syukurlah, telinga sebelah lagi masih ada. Masih baik. Alhamdulillah.


'Ti, aku kan selalu mimpi benda yang sama. Kenapa tu aa?' Mira bertanya kepada kakaknya suatu hari. Ketika itu, Siti sedang membuat kerja di komputer ribanya.

Mira bukan jenis yang suka ambil pusing akan benda - benda yang dianggapnya tiada kaitan dengan dirinya. Namun, mimpi yang sering hadir akhir - akhir ini amat mengganggu fikirannya. Seolah - olah mimpi itu benar. Setiap kali Mira mimpi hal yang sama, dia terjaga dari tidurnya. Yang membuatkannya runsing, tiap kali dia terbangun dari tidurnya itu, jam pasti menunjukkan pukul tiga pagi. Tiap kali dia terjaga, dia juga terasa seperti diperhatikan.

'Mimpi apa?' soal Siti, hairan. 'Kenapa dia ni, tiba - tiba?' bisik Siti dalam hati. Siti mulai rasa tidak senang.

'Aku mimpi ular. Ular tu kan banyak, tapi ada seekor ni warna putih. Yang lain warna hitam. Pelik aku. Yang buat aku lagi heran, ular putih tu kan cedera. Habis badannya luka - luka. Balik - balik mimpi yang sama. Ular tu tengok ja aku.' Siti berhenti menaip, memberikan sepenuh perhatian kepada cerita adiknya itu.

'Itu aku ok lagi. Yang aku tidak ok, mimpiku satu ni. Aku selalu mimpi aku dipaksa masuk satu rumah. Rumah tu kan buruuukkk. Takut aku. Apa yang buat aku tambah takut, yang memaksa aku tu perempuan tua. Hodoh mukanya. Takutnya aku kau tau!' cerita Mira dengan bersungguh - sungguh. 'Tiap kali aku mimpi orang tua tu, confirm aku terbangun jam 3 begitu. Lepas tu, aku rasa ada orang tengok aku Ti... Aku tidak nampak, tapi aku boleh rasa. Takut betul aku.. Kalau aku tidur di rumah, mimpi tu tiada. Tapi kalau aku tidur di rumah guru tu, mulailah mimpi tu datang.' ujarnya gelisah.

'Aku rasa baik kau cerita dengan Ayah.' cadang Siti, risau. Dia merasakan apa yang dimimpi oleh Mira itu bukan mainan tidur, tetapi satu petanda.

Kalau mainan tidur, kenapa sampai takut begitu sekali? Kenapa mimpi itu berulang - ulang?
Kenapa di rumah dia tidak bermimpi benda yang sama?

KENAPA?

SIHIR-Where stories live. Discover now