Pak Majud : 2

924 45 19
                                    

### Menjadi satu hal yang cukup aneh apabila mereka mendengar nama anak - anak Badrul disebut. Mereka cukup masak dengan Mira. Mira tidak mungkin mengingati nama saudara - maranya sebelah Mama* kerana keluarga Mira tinggal jauh dengan saudara - maranya sebelum ini. Lagipun, Mira maklum yang keluarganya kurang disukai oleh saudara - mara sebelah Mama. Jadi, baginya tidak perlu untuk mengingati nama - nama mereka. Cukuplah dikenal saja. Tidak perlu diingat!

## Badrul ialah adik ipar Mama. Berkahwin dengan Mak Cu. Berasal dari seberang ( Toraja ).

Pak Majud kembali menyambung rawatannya. Mira diminta untuk mandi menggunakan air rendaman daun bidara serta garam bukit yang telah disediakan olehnya. Mira hanya menuruti. Ketika itu, wajahnya masih lagi kelihatan suram.

Pucat.

Sebelum Mira masuk ke dalam tandas, dia sempat berkata kepada Siti,
" Jangan kamu ingat aku tidak tahu apa yang kamu buat ni! Suka kan kamu? "

Siti menjawab, " Kau diam! Pergi mandi! "

Mira menghempas pintu tandas itu. Kuat. Siti mengurut - urut dadanya. Kecut perutnya melihat Mira berkelakuan demikian namun dia berpura - pura tidak takut di hadapan Mira.

Tidak lama kemudian, Mira pun keluar dari tandas. Raut wajahnya tidak lagi seperti sebelumnya. Siti menarik nafas lega. Tahu bahawa Mira tidak diganggu pada masa itu.

Mira duduk di samping Wan. Wan merenung akan wajah kakaknya itu.

Lesu. Cengkung.

Menyedihkan.

Mira hanya tersenyum. Namun, dia sebenarnya cukup penat akan semua ini. Dia tidak mampu berkata apa - apa kerana dia sendiri bingung akan keadaan dirinya sendiri.

" Kamu sedar apa yang jadi dengan kamu tadi? " tanya Pak Majud.

Mira menggeleng. Lemah. Seperti selalunya, dia tidak ingat apa yang berlaku. Dia seakan - akan 'tidur' tiap kali berubat.

" Selain luka, bernanah, apa lagi yang sakit? " tanya Pak Majud lagi.

" Telinga saya sebelah kiri macam tidak boleh guna sudah pakcik. Saya boleh dengar, tapi dengungan saja. Betis saya sampailah ke paha ini macam ada ulat saja. Berjalan - jalan. Gatal pakcik. Saya garu, letak ubat tapi tidak juga pandai hilang - hilang. " Jawab Mira.

Keningnya berkerut, cuba untuk mengingati apa lagi yang boleh diceritakannya.

" Ah, tiap kali hujung minggu, atau cuti, saya selalu sakit. Tapi itu mungkin sebab migraine sebab waktu sekolah dulu, saya memang ada migraine.

Pak Majud bertanya lagi, "Setakat ini, solat ada buat? Mengaji?" Dilihatnya tangan dan kaki Mira yang bernanah itu. Kulit lengannya seolah - olah 'melekat' tertinggal di stokin lengan yang digunakannya ketika berubat tadi.

Mira tersenyum. "Solat pakcik. Mengaji tiap kali lepas solat maghrib."

Mira tahu, mungkin Pak Majud bertanya sedemikian kerana keadaannya yang kurang mengizinkan. Mira cukup tahu akan hal itu. Kulitnya terasa sangat sakit tiap kali dia mengambil air wudhu. Bayangkan, air yang jernih bertukar menjadi warna putih susu tiap kali terkena kulitnya ketika mengambil air wudhu. Pada mulanya, Mira bimbang juga jika air wudhu dan solatnya tidak sah, namun dia hanya mampu bertawakkal. Mira tidak mahu itu menjadi alasannya untuk tidak mendirikan solat.

Pak Majud mengangguk tanda faham. " Alhamdulillah, " katanya. Dia kemudiannya meminta isterinya dua botol air mineral besar. Diletak dua botol air itu di hadapannya. Pak Majud membuka penutup botol tersebut lalu dia mulai mengalunkan ayat - ayat suci al-Quran.

Jelas bacaannya. Barulah Ayah menarik nafas lega. Bukan apa, takut terlari akidah.

Setelah seketika, Pak Majud menutup kembali botol air mineral tersebut lalu diberikan kepada Mira.

"Minum air ini ya. Kalau mahu habis, tambah lagi guna air mineral juga. Kita ikhtihar saja, mana tahu seluluh," katanya.

Mira mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.

______________________________________________________________

" Nampaknya orang ini macam kenal saja dengan saya," kata Pak Majud sambil tersengih.

"Takpa, biasanya nanti datanglah tu menyapa, atau bagi amaran. Biasanya begitulah. Kita tunggu dan lihat apa yang jadi nanti,"

Ayah sekadar mengangguk. Tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Mereka pun meminta izin Pak Majud untuk pulang ke rumah setelah menerima rawatan dan mendengar penjelasan Pak Majud.

Sesampai di rumah, Mama bertanya Ayah tentang apa yang berlaku.

"Esoklah kita bincang," Itu saja yang Ayah mampu katakan pada masa itu.

Mama mengangguk, faham. Lagipun, sudah tentu mereka berasa penat dek kerana perjalanan yang agak jauh.

Padahal, Ayah tidak tahu bagaimana reaksi, penerimaan Mama jika Mama tahu.

SIHIR-Where stories live. Discover now