-2

230 14 5
                                    


Man datang ke rumah Mira seperti yang diminta. Bersama - sama isterinya, Makcik Timah.

Pada mulanya, Man ingatkan ada di antara anak - anak buahnya itu dirisik, jadi dia berasa agak teruja. Maklumlah, anak - anak buahnya masih ramai lagi yang bujang. Kebetulan, Mira pun di dalam lingkungan umur yang sangat sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Jangkaannya jauh meleset tatkala melihat keadaan Mira. Man sangat terkejut sehingga dia mengurut - urut dadanya. Keadaan Mira sangat berbeza daripada sebelumnya. Sungguh cengkung,tidak bermaya. Mira tersenyum namun mereka tahu, senyumannya itu mengandungi banyak kisah yang disembunyikannya.

Man tambah terkejut ketika Ayah meminta Mira untuk memperlihatkan luka nanah di lengan dan kakinya.

Sungguh menyayatkan hati! Tidak terlintas di fikiran Man akan keadaan Mira sedemikian rupa.

Ketika itu, Mira memakai stokin lengan dan kaki. Kening Mira berkerut, menahan sakit ketika membuka stokinnya dek kerana lukanya itu melekat di stokin.

Setelah itu, Ayah mula bercerita. Dari A ke Z. Tiada apa lagi yang disembunyikan. Rakaman suara setiap kali Mira diruqyah juga diperdengarkan. Dahi Man dan isterinya berkerut. Cuba memahami satu - satu kata yang mereka dengar.

Makcik Timah hanya diam membatu. Dia tidak memberikan apa - apa respon.

'Sukar untuk dipercayai. Aku faham,' kata hari Mira tatkala melihat raut wajah makciknya itu. Ini kerana keluarga Badrul amat rapat dengannya. Anak - anak Badrul dianggapnya seperti anak - anaknya sendiri.
Anak - anak yang baginya tidak pernah menunjukkan sisi negatif. Sentiasa lemah lembut tutur bicara, ringan tulang ketika diminta membuat kerja. Tidak pernah meninggikan suara hatta sekalipun terhadapnya. Makcik Timah mulai berteka - teki dalam hatinya.

"Boleh jadi saja Mira terkena penyakit kulit," kata makcik Timah setelah sekian lama berdiam.

Mira hanya tersenyum tatkala melihat wajah kebingungan mereka. Dia faham, benda yang tidak dapat dibuktikan secara fizikal ini agak sukar untuk dipercayai.

Ayah kekal tenang tatkala mendengar kata isteri Man itu. " Sebelum kami berubat tradisional ni, kami lebih dahulu ke hospital, check apa - apa yang patut. Si Mira ni sampai - sampai ke Queen, kena rujuk dengan pakar. Tiap - tiap bulan ke sana, makan ubat yang doktor kata dos paling kuat sudah. Masih tiada perubahan.  Malahan tambah teruk.  Sampai sikit lagi kena operate. Tapi sama juga. Sampaikan dia kena suruh apply kad OKU. Lepas beruqyah barulah nampak banyak perubahannya. Macam - macam benda jadi sepanjang masa berubat tradisional ni."

"Beginilah, kalau ruqyah seterusnya, kamu datanglah. Lihat, dengar, tafsirkan sendiri. Saya pun tidak mahu tuduh siapa - siapa. Tiada apa faedah yang kami dapat. Dosa free lagi dapat kalau kami tuduh - tuduh ni."

Man mengangguk - angguk tanda faham. Namun, sebaliknya bagi makcik Timah. Wajahnya agak kelam.

Mereka perasan akan reaksi makcik Timah, namun mereka biarkan saja.

Man berkata, "Aku bawa si Ali nanti kalau kamu beruqyah. Dia patut tahu juga tu. Kan dia dan Badrul  berjiran saja."

" Boleh, bawa saja. Tapi jangan bising - bising. Nanti kalau yang lain tahu, lain lagi jadinya," kata Ayah.


" Bah. Bagi tahu saja bila kamu beruqyah. Supaya senang sikit plan mahu senyap - senyap jalan ke sini," balas Man.

Ayah mengangguk - angguk. Lalu, Man pun meminta izin untuk pulang. Sebelum melangkah keluar, Man berkata sambil memandang Mira. " Kesian.... Faham pakcik kalau ada yang tidak suka dengan kau. Dari kecil, kau saja yang tidak sama rupa dengan yang lain. Selalu pakcik panggil kau anak patung. Brsabarlah dulu ya. Insha'Allah, ada jalan penyembuhan."

Mira tersentuh dengan kata - kata pakciknya itu. Dia menahan tangisnya. Cuba ditutupinya dengan mengangguk - angguk sambil tersenyum. Makcik Timah pula hanya berdiam diri. Menunggu masa untuk balik.

Setelah mereka pulang, Ayah berkata, " Kita tawakkal saja. Kalau diorang percaya, alhamdulillah. Kalau tidak, kita tidak boleh paksa. Redha saja."

Yang lain mengiyakan kata - kata Ayah. Bukan benda yang boleh dipaksa untuk percaya bulat - bulat.

Oleh yang demikian, Ayah pun bercadang untuk meminta bantuan Ustaz Muhammad sekali lagi untuk rawatan selanjutnya. Ustaz Muhammad pun bersetuju untuk datang ke rumah pada hari yang ditetapkan. Ayah menarik nafas lega kerana masih ada yang sanggup menghulurkan bantuan di kala yang lain tidak sanggup untuk membantu lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SIHIR-Where stories live. Discover now