Buntu.
Sakit Mira semakin hari semakin membimbangkan. Meskipun Mira seringkali ke Darussyifa untuk rawatan susulan, Mira tetap tidak menunjukkan perubahan yang positif. Tambah menyedihkan, para perawat yang pernah merawatnya sebelum ini seakan - akan berupaya untuk menghindarkan diri untuk merawatnya. Mira perasan semua itu. Namun dia cuba menidakkannya.
Pernah satu ketika dulu, ustazah yang pernah merawatnya bertanya padanya,
'Beginikah luka kamu waktu kamu mula - mula luka - luka di badan kamu?' Ustazah tersebut memperlihatkan kakinya, hampir dengan buku lali kirinya. Bengkak, berair. Persis lukanya.
'Ya ustazah, begitulah tu', kata Mira. Kemudian, ustazah tersebut hanya mengangguk - angguk. Itulah kali terakhir Mira dirawat oleh ustazah tersebut.
Hari demi hari.
Mira masih begitu,
Bahkan semakin teruk.Siti semakin tidak sabar melihat keadaan adiknya itu. Dia terus bertanya rakan - rakannya jika mereka tahu siapa - siapa yang boleh membantunya. Salah seorang rakannya mencadangkan untuk berjumpa dengan Ustaz Muhammad, imam di Masjid al-Hidayah.
Seperti biasa, Mira memang menentang jika dia dibawa berubat. Dia mulai berkelakuan di luar kawalan. Memberontak. Dia menggigit lidahnya hingga berdarah. Namun demikian, Ayah tetap membawanya berjumpa dengan ustaz tersebut. Ustaz Muhammad meminta mereka datang ke rumahnya selepas solat Isyak.
Usai solat Isyak, mereka pun bertolak ke rumah ustaz tersebut. Sepanjang jalan tersebut, Mira bergumam, tertawa, merenung Ayah, Siti dan adik beradiknya yang lain dengan tajam. Penuh dendam. Mereka tahu itu bukanlah Mira, jadi mereka hanya membiarkannya.
Mereka pun sampai di rumah ustaz tersebut. Puas memberi salam, namun tiada siapa yang menjawab salam tersebut. 'Jalan barangkali ustaz ni,' kata Edi, abang Mira. Tiba - tiba, Mira tertawa kecil. Walau tawanya tidak begitu kuat, namun cukup mengerikan.
'Cuba tanya di masjid sana tu, mungkin ada ustaz di sana', kata Ayah. Mereka pun ke masjid tersebut. Ternyata, Ustaz Muhammad ada di sana. Ustaz tersebut membawa mereka ke rumahnya, tidak jauh dari masjid tersebut.
Ayah menceritakan keadaan Mira kepada ustaz. Ustaz Muhammad mengangguk tanda faham sambil melihat Mira. Mira mulai tidak keruan. Dia menjerit - jerit, meminta Ayah membawanya pulang ke rumah. Seperti biasa, Ayah tidak menghiraukannya.
'Kalau begitu, mari kita mulakan rawatan ya,' kata ustaz. 'Nama sebenar anak kita ni apa?' Ayah menjawab pertanyaan ustaz tersebut sambil membawa Mira duduk di tempat yang ustaz tersebut telah sediakan.
Rawatan ( Ruqyah ) dimulakan.
Ustaz Muhammad mula membaca surah - surah.
(* Note:- Ruqyah kali ini dirakam oleh Ayah. Saya akan update semula surah - surah yang dibaca sejurus selepas saya mendengar semula rakaman tersebut.)Mira menggeletar kuat. Dia menjerit. 'Jangan kacau akuuuuu!!!! Sakitttt!!!!!'
Ustaz tersebut tidak menghiraukannya. Dia terus membaca ayat - ayat al-Quran. Mira meraung dengan kuat. 'Miraaa!!! Jangan buat aku begini!! Kau kan baik!!! Aku sakit Mira! Sakit..... BODOH!!!!! KAU SURUH DIA DIAMMMM!!! AKU SAKITTTTT!!!! BODOHHH!!!!'
'Siapa kau?' tanya ustaz tersebut, lembut. 'Kenapa kau buat dia begini? Kau cakap dia baik, tapi kau buat dia begini.'
Mira menangis kuat. Dia tidak menghiraukan pertanyaan ustaz. 'Mira, jangan beginiii.... Aku sakit ni, kau tidak kasihan aku? Kau kawan aku kan? Aku mahu kau mati saja, jangan kau bawa aku... Kau ada semua, aku tiada apa pun... Semua orang suka kau, kau cantik, baik, semuanya suka kau. Aku? ' 'Penghuni' Mira mulai berkata - kata, memujuk. Mira kemudiannya menggeleng - geleng kepalanya dengan kuat.
YOU ARE READING
SIHIR-
TerrorBerdasarkan kisah benar. Percaya atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilainya.