Rawatan pertama.

1.4K 63 4
                                    

Resah menanti.
Menanti tiba giliran untuk berubat.

Mira sudah mulai panas punggung, tidak senang melihat para ustaz dan ustazah yang bertugas di Darussyifa tersebut. Dia menggigit - gigit kuku jarinya.  Berpeluh.

Dari tempat mereka duduk, jelas kedengaran suara para perawat ( ustaz, ustazah ) membaca ayat - ayat suci al-Quran. Turut kedengaran suara - suara menjerit kesakitan. Meminta tolong. Ada juga yang menjerit mencabar ustaz yang merawatnya.

" Ramai juga orang ke sini," kata Siti. Dia tidak menyangka begitu ramai orang datang ke sana untuk mendapatkan rawatan, sama seperti mereka. Mira hanya tersenyum kambing. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengajak Siti dan Wan balik tanpa berjumpa dengan perawat. Dia berubah fikiran kerana berasa sangat tidak selesa. Namun demikian,  dia tidak mampu menzahirkannya kerana adiknya, Wan sudah tentu akan menentang.

Mira memerhati sekelilingnya. Rata - rata yang datang adalah orang - orang berumur. Ada juga yang agak - agak sebaya dengannya. Mira juga perasan yang mereka juga menjadi perbualan para pengunjung di sana. Mungkin sebab tidak pernah melihat mereka sebelum ini.

Jam menunjukkan pukul 9:13 malam.

'Nuur Amira binti Selamat'.

Mira tersentak. Kini tiba gilirannya. Dia memandang Siti, berharap agar Siti menemaninya. Siti mengangguk tanda faham. Wan pun turut serta menemaninya. Tangan Mira mulai terketar - ketar. Dia kebingungan. " Aku nervous sangatkah ni? " gumamnya. Namun, dia tidak mempedulikannya.
Dia tidak mahu berlama - lama di tempat tersebut.

"Assalamualaikum.. Duduk di sini, lunjurkan kaki ya," ujar Ustaz Remi, perawat yang ditugaskan untuk merawat Mira. Dia memandang Mira, tajam. Mira menjawab salam ustaz tersebut. Dia berasa gugup. Ustaz Remi melihat kad rawatan yang telah diisi oleh Siti.

"Baiklah, jangan buang masa lagi ya. Jauh kamu datang ni. Kita terus mula rawatan. Memang selalu sakit kepala? Telinga sebelah mana yang tidak dapat mendengar tu? Sebelum ini ada berubat di mana - mana?" soal ustaz tersebut. Mira hanya mengangguk. Diam. Tidak mampu berkata apa - apa. "Mengapa aku ni? Mira, jawab soalan ustaz tu!", bentaknya dalam hati. Lama ustaz tersebut menunggu jawapan, akhirnya Wan bersuara. " Kira lama sudah ustaz. Dia ni asal hujung minggu ja, mulailah sakit. Tak dapat bangun. Telinga dia sebelah kiri tu, ustaz. Sebelum ni, dia berubat di hospital dengan klinik saja. Ada juga orang suggest berubat tempat lain, tapi dia tak mahu. Ni datang ke sini sebab dia tiba - tiba mau ke sini. Kami pun hairan juga ustaz," katanya bersungguh - sungguh.

Ustaz Remi mengangguk tanda faham. Dia memakai sarung tangan untuk mengelakkannya tersentuh Mira tanpa lapik. Dia mulai membaca ayat - ayat suci al-Quran sambil memegang kepala Mira. Tidak lama ustaz tersebut memegang kepalanya, tiba - tiba Mira tunduk sambil menangis. Tangisan kecil, teresak - esak. Tanpa henti. Siti dan Wan mulai kaget. Ustaz tersebut terus membaca tanpa mempedulikan tangisan Mira yang kedengaran semakin kuat.

Ustaz Remi tersenyum. " Kenapa kau kacau budak ni? Kesian dia," ujarnya. Tangisan tersebut bertambah kuat, namun nada tangisan itu agak pelik. Seakan - akan tangisan anak kecil. Dia tidak menjawab menjawab soalan itu.

" Keluarlah. Kau tinggal di masjid saja. Jangan tinggal di badan dia ni," pujuk ustaz tersebut. Mira menggeleng - geleng. Laju. Ustaz itu kemudiannya menyambung bacaannya. Tangisan Mira bertambah kuat. " Kalau kau tidak mahu sakit, keluar. Kau tinggal dengan dia, bukan kau dapat apa - apa juga. Kau Islam?"

Mira hanya menggeleng. Masih menangis. Tangannya terketar - ketar.

" Mau masuk Islam? "

Laju Mira mengangguk.

" Ikut aku baca shahadah. Lepas ni, kau keluar ikut sini," kata ustaz tersebut sambil menunjuk ibu jari kaki Mira. Mira mengangguk. Ustaz Remi pun menyambung rawatannya. Tidak lama kemudian, tangisan Mira reda. Dia kebingungan. Dia memandang ustaz tersebut meminta penjelasan. Namun demikian, Ustaz Remi hanya berdiam. Dia menyambung membaca ayat - ayat al-Quran. Tangannya kembali diletakkan di atas kepala Mira.

Tiba - tiba, Mira menjerit. Suaranya berubah lagi. Kali ini, seakan - akan lelaki tua. Garau.

"Heiiiiiiii!!! Jangan kacau akuuuu!," Katanya. Semua orang yang berada di bilik tersebut terkejut. Ada juga yang ketakutan.

" Kenapa kau kacau budak ni?" ulang Ustaz Remi.  Namun, kali ini suaranya agak tegas.Tangannya masih di kepala Mira.

Diam.

Mira hanya mendengus, marah.

" Siapa hantar kau?" tanya ustaz sambil membaca ayat - ayat al-Quran. " Diam!! Diam!! Diam!! " jerkah Mira. Dia menutup kedua - dua telinganya. Tanpa melengahkan masa, Ustaz Remi menyudahkan rawatannya dengan membaca ayat - ayat al-Quran dengan jelas, sambil tangannya diturunkan dari kepala hingga hujung kaki Mira tanpa menyentuhnya. Mira menjerit - jerit kesakitan. Wan dan Siti memegang Mira dengan kuat, bimbang dia akan melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian, Mira sedar. Dia hanya berdiam diri, masih kebingungan.

" Siapa nama kamu? " ustaz bertanya setelah beberapa minit berlalu.

Dalam kebingungan, Mira menjawab , "Amira".

"Nama penuh," soal ustaz kembali.

Mira hanya berdiam. Ustaz Remi kembali serius. Dia kembali menyambung bacaannya. Tidak lama ustaz tersebut membaca, Mira tersenyum. Dalam tangisan. Tangannya menggaru - garu lengannya. Siti mulai menangis melihat keadaan adiknya yang tidak ubah seperti orang tidak waras.

" Ramai juga kamu di dalam dia ni," ujar Ustaz Remi.

Mira hanya tertawa kecil sambil mengangguk. Tawa yang mengerikan.

" Kenapa kau di dalam badan budak ni?? " ulang ustaz tersebut. Mira tersenyum, ingin bercakap namun tidak mampu. Dia menunjuk - nunjuk mulutnya, sambil tertawa kuat. " Kau kena ikat? Tak boleh cakap? " Laju Mira mengangguk. Kali ini, dia tidak tertawa lagi. Air matanya mengalir laju. Seolah - olah meminta simpati. Ustaz Remi menyambung bacaannya lagi. Tangannya diletakkan dekat dengan mulut Mira, seakan - akan mencabut sesuatu. Tiba - tiba Mira menangis kuat. Dia berkata, " Aku tak mau di sini!!! Panassss!!! Aku tak mau!!!! "

"Baik. Kau keluar ikut ibu jari kaki budak ni. Ikut kawan kau satu tadi tu ke masjid, tinggal di sana. Jangan kacau budak ni lagi. " Setelah itu, Ustaz Remi menyambung rawatannya. Beberapa minit kemudian, Mira mulai sedar. Dia kelelahan. Tidak mampu untuk duduk dengan betul. Wan membantu kakaknya itu. Sedar tak sedar, kini jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih. Ustaz Remi berkata,
" Dia ni diganggu.. Ada gangguan dari yang tak sepatutnya. Nanti saya terangkan lagi waktu rawatan seterusnya. Cukuplah dulu untuk hari ini. Penat sudah dia ni. Esok kalau dapat, kamu datang lagi ya." Wan mengangguk. Dia tidak mampu berkata apa - apa. Perasaannya bercampur - baur. Sedih, takut, marah.

" Kalau kamu datang lagi nanti, minta bapa kamu datang sekali. " kata Ustaz Remi. Serius. " Baik, insha'Allah ustaz. Terima kasih banyak - banyak ustaz," kata Siti. Mira masih lagi membisu. Mereka meminta diri untuk pulang.

" Aku syak si Badrul ni punya kerja ni! " kata Wan sesampai mereka di kereta. Siti hanya berdiam. Dia melihat keadaan Mira yang duduk di belakang. Mira tertidur kerana keletihan. Namun, mulutnya bergumam seolah - olah bercakap dengan seseorang.

" Jangan menuduh. Mungkin jin menumpang ja tu," bidas Siti. Matanya masih memerhati Mira.

Mereka meneruskan perjalanan. Hampir pukul satu pagi, mereka akhirnya sampai. Mama masih belum tidur, menanti kepulangan mereka. Wan cepat - cepat memapah Mira masuk ke rumah. Mira masih lagi bergumam. Masuk sahaja di dalam rumah, Mira diam. Dia tidur dengan nyenyak. Wan membaringkan Mira di atas katilnya.

Wan menceritakan apa yang terjadi di Darussyifa kepada Mama. Mama hanya diam. Kemudian, Wan menoleh ke arah Siti.

" Kau perasan tadi? Setiap kereta yang berselisih dengan kita main - main lampu. Ada juga yang hon. Tapi tak boleh juga pecut tadi. Takut juga aku kita accident."

" Yaaaa... Tu lah aku diam - diam ja tadi. Aku syak ada something di atap kereta tadi." kata Siti.

" Sudah, sudah. Tengah malam sudah ni. Tidurlah," ujar Mama. Mereka akur.

Malam itu, Mama menemani Mira. Mama risau akan keadaannya. Badannya berpeluh. Panas.

Padahal, semua yang berlaku itu hanyalah permulaan kepada kebongkaran 'permainan' mereka.

SIHIR-Where stories live. Discover now