CHAPTER 7

320 27 3
                                    

"Hali!! Oh..Hali! Meh sini jap!!"

Tiada sahutan atau jawapan...

Hal ini kerana Halilintar sedang mendengar lagu sambil berbaring diatas katil menggunakan headphone.

"HALI!!!!! TURUN!!!!!"

Suara lantang kali kedua kali ini menyebabkan telefon yang dipegang Hali jatuh atas muka sendiri. Telefon diambil, dan terlihatlah kesan yang agak merah muncul pada wajahnya.

"Yayaya! Nanti jap!!"

Maka bergegaslah Halilintar turun tangga. Wajahnya cemberut. Fon telinga ditanggal.

"Nape?" Soal Halilintar dengan riak muka cemberut. Mulut dimuncungkan

"Tolong hantar ubat ni kat rumah lorong keenam."

Ubat. Ya. Ibu Halilintar ialah seorang doktor. Malahan bukan doktor biasa, malah seorang doktor pakar psikologi yang amatlah terkenal. Bahkan seorang ketua pakar psikologi yang berpengetahuan tinggi.

"Lorong enam?"

"Ya, lorong enam. Tolong pergi sekarang."

Halilintar berbalik dan mukanya cemberut. Malah masih belum berganjak. Maknya sudah hilang sabar menendang punggung Halilintar dan dia terkeluar. Halilintar mencarut dalam hati.

Sepanjang perjalanan ke rumah yang terletak di lorong enam Halilintar sempat lagi berleter kesal dengan auta malas pada dirinya.

Selepas minit yang melenguhkan kaki berjalan akhirnya dia tiba di sebuah rumah banglo bewarna coklat.

Tak buang masa pintu diketuk, beberapa saat setelah itu muncullah wanita yang usianya lebih kurang 35 tahun didepan pintu. Dia tersenyum bak madu.

"Ya? Kamu buat apa datang sini ya?"

"Er...saya datang nak bagi ubat ni. Mak saya suruh."

Wanita itu melihat bungkusan ubat yang diberi Halilintar. Seusai mengenal pasti ubat apa, dia mengambilnya.

"Terima kasih ya."

Halilintar mengangguk. Sejujurnya dia ingin tahu ubat apakah yang ada dalam bungkusan itu. Lantas bertanya.

"Kalau puan tak kisah.....boleh saya tahu tu ubat apa?" Hali bertanya dengan gugup dan sopan.

Wanita itu berpaling. "Ubat ni sebenarnya ubat penenang untuk anak makcik. Tapi maaflah makcik tak boleh beritahu dia sakit apa. Dia memang tak bagi."

Halilintar mengangguk faham. Kemudian dia meminta izin untuk pulang.

...💔...

"Mama, tadi Hali ada tanya sikit kat orang yang Hali hantar ubat tadi. Dia kata tu ubat penenang
untuk anak dia. Anak dia sakit apa sebenarnya?"

Hali sempat menanyakan hal tersebut semasa makan malam. Puan Ai tersedak makanan. Ai berdeham sebentar.

"Uhuk uhuk! Anak dia tu sebenarnya ada masalah mental sikit. Mak dia kata anak dia tu mudah marah. Tapi kalau kat tempat lain dia diam je. Tak pasti kenapa."

Halilintar meng'oh'kan saja jawapan itu. Sekali lagi bersoal jawab.

"Mama kenal tak siapa anak dia?"

"Tak pun. Tapi kalau tak silap mama badan dia besar. Tu je."

Hali tercenggang. Seolah-olah kenal siapa orangnya.

Sebenarnya Ai sudah lama berkhidmat sebagai seorang doktor psikologi sejak umurnya 26 tahun lagi. Ketika itu dirinya baru sahaja berkahwin dengan Putra, iaitu ayah kepada Halilintar. Kini, umurnya genap 38 tahun.

"Gempa ke? Tapi kalau Gempa, tapi kalau Gempa takkanlah sampai macam tu sekali. Tak pernah lagi aku tengok dia marah-marah kat sekolah." Batin Halilintar dalam hatinya sendiri.

"Halilintar? Kenapa kaku semacam je?"

Ayahnya mengejutkan Halilintar yang dari tadi termenung sendirian. Hali hanya tersengih bak kerang busuk lalu menggeleng kepala.

💧💔💧

"Kakak, ni ada ubat. Namti kakak makan ubat ya? Mak tak nak kamu sakit. Nanti kang jadi lebih teruk. Ok?"

Wanita tadi memasuki bilik anak daranya. Si gadis hanya menghadap buku nota dari tadi, mengangguk tanpa jawapan.

"Makcik janji makcik akan rahsiakan perkara ni daripada mak ayah kamu, ya? Kamu makan ubat elok-elok tau? Okey?"

Si gadis sekali lagi mengangguk. Wajahnya terlihat pucat pesi seperti mayat yang lemas. Air mukanya oula terlihat seperti seseorang yang tiada emosi.

Wanita yang bergelar ibu saudaranya itu hanya tersenyum lemah. Sampai bila anak saudaranya mahu bersikap seperti ini? Negatif dan emosional sepanjang masa?

Sudah lama sebenarnya perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan ibu dan ayah gadis itu. Sekitar 3 tahun. Wanita itu mula menyedari tingkah lakunya yang agak pelik.

Kerana tidak mahu menganggu si gadis, wanita tersebut terus menutup pintu bilik dan beredar dari situ.

Gadis tadi mengambil ubat tersebut dan meneguk air bersama ubat satu persatu. Sengaja dia mengambil secara berlebihan. Buat apa dirinya terus hidup, jika hanya menanggung derita?

To Be Continued

Assalam semua! Saya betul2 minta maaf sebab dah lama tak update. Hambar ke chapter ni? Takyah cakap. Saya dah lama tahu. QwQ

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now