CHAPTER 8

294 27 4
                                    

SPLASH!!

Sebaldi air cucian tandas yang busuk baunya jatuh membasahi keseluruhan badan gadis yang bernama Gempa. Habis basah lencun tubuhnya! Dia menundukkan wajah dan mengetap bibir.

"Budak busuk! Wahahaha!!!"

Tawaan berbalut hinaan daripada geng pembuli kuat bergema di dalam kelas 6 IS itu. Selebihnya hanya memandang. Niat mereka yang ingin menolong perlu dibatalkan kerana ketakutan dengan geng tersebut. Malah tiada seorang pun yang ingin membuat aduan kepada guru kaunseling! Bukankah itu dianggap tiada belas kasihan dan kejam?

Gempa hanya membisukan diri. Dia berjalan ke tempat duduk yang sering didudukinya. Iaitu lajur keempat baris kelima. Dia mengabaikan ejekan tersebut.

Bahkan Gempa juga sering dicaci maki dari geng buli tersebut secara senyap-senyap. Fikirnya, mampukah dia menghadapi semua ini? Itulah soalan yang kerap sekali bermain di kotak fikirannya.

"Why?"

"C-cikgu! Izinkan saya ke tandas!"

Masuk kali ini, sudah kali kelima Gempa berulang-alik ke tandas. Sudahlah kelas yang sama, mana taknya guru yang sama itu sudah pun naik geram dengan tingkah lakunya yang kerap sekali ke tandas. Pasal kejadian air tandas itu, jangan risau. Gempa ada bawa baju lebih dan dia bernasib baik boleh tukar baju.

"Kamu ni sakit ke Gempa? Dari tadi berulang-alik ke toilet. Kamu ada masalah kesihatan ke? Kalau ada, pergi bilik sakit sekarang."

Gempa tercegat di tempat duduknya. Sekarang, mau bagi alasan apa lagi. Hendak beritahu yang dia period, mana ada orang tukar pad sampai 5 kali berturut-turut?! Hendak beri alasan sakit perut, tidak logiklah pula pergi tandas berkali-kali kerana sakit perut. Dia buntu seketika.

Gurunya menghela nafas kesal.
"Pergilah. Balik cepat sikit. Jangan nak lama-lama kat tempat iblis tu."

Dapat sahaja kebenaran Gempa terus memecut laju ke tandas perempuan. Sesampainya di singki,mukanya dibasuh bagi menghilangkan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Rambut ditolak ke belakang bagi menampakkan wajahnya.

Kemudian, dia seolah-olah terlupa sesuatu. Cakera kaset ingatan mula bermain di kepali bagi mengimbas semula apa yang dia terlupa. Satu persatu memori dimainkan.

Beberapa saat kemuadian barulah Gempa tersedar. Dia terlupa makan ubat rupanya! Nasib baiklah ubat sakit kepala masih didalam poket baju kurungnya. Jika tidak, terpaksalah dia kembali ke kelas semata-mata ingin mengambil ubat. Tanpa buang masa, ubat pil itu diambil dari pembalutnya dan dimakan tanpa meneguk air. Ya. DIMAKAN UBAT TANPA MENEGUK AIR.

"Huh...huh...."

Entah kenapa, Gempa berasa pening pula selepas makan ubat itu. Rasa seperti baru lepas hidu ubat tidur pula! Tetapi dia tidak ingin melayan rasa pening itu. Dia ingin keluar dari tandas dan kembali ke kelas. Itu sahaja.

Akan tetapi, malang sekali. Buka sahaja pintu tandas, terlihatlah geng pembuli sedang berada betul-betul di hadapan pintu tandas itu. Seolah-olah menunggu dirinya pula!

"Hai Gempa....." Suara mereka yang terdengar seram di pendengaran Gempa menerpa di telinganya. Badannya menggigil ketakutan. Apa nak jadi, jadilah! Bukan ada faedah kalau dia melawan.

Natasha menolak tubuh Gempa sehingga terjatuh diatas lantai yang licin itu. Sofea dan Lisa tertawa jahat melihat keadaan Gempa yang basah itu. Natasha tersenyum sinis. Terlihat ada baldi kecil yang isinya air yang masih tidak digunakan. Natasha, Sofea dan Lisa berpandangan sambil tersenyum seperti iblis yang jahat. Baldi berisi air itu diambil dan...

SPLAASHHH!!!!

Disimbah tepat kearah Gempa. Gadis itu menundukkan dirinya yang telah basah kuyup itu. Dia mengalirkan air mata menahan rasa penuh amarah, sakit, pedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan negatif dalam dirinya.

Puas menyimbah air, mereka membaling baldi yang dipegang ke arahnya. Gempa mengerang sakit kerana salah satunya terkena bahagian kepalanya.

"Jomlah pergi. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan pengawas." Sofea yang ingin melangkah keluar dari tandas mengajak Natasha dan Lisa sekali. Mereka keluar dari tempat kotor itu tanpa mempedulikan keadaan Gempa yang masih terduduk dengan lutut yang dirapatkan ke muka.

Setelah semua pembuli itu keluar, dia menangis sepuas-puasnya. Rambut yang menutupi mukanya menambahkan lagi rasa stress nya. Rasa serabut kerap sekali bercelaru dalam otaknya. Sudah dua kali dirinya disimbah air yang penuh kuman itu.

💔💔💔

"Kamu kenapa lama sangat kat tandas hah?! Dengan basah kuyupnya, ya ampun....!" Guru mata pelajaran English itu menggeram kesal bercampur marah melihat keadaan Gempa.

Badan chubby Gempa menggeletar. Bibirnya sendiri diketap rapat dengan penuh rasa sakit. Sudahlah tadi dia dibuli habis-habisan, sekarang dimarahi guru di hadapan khalayak ramai pula!

Mujurlah semasa dia ke tandas tadi kebetulan lantai itu basah lencun, jadi tidak perlulah dia berfikir panjang hanya semata-mata ingin memikirkan alasan yang logik dan boleh diterima akal.

"Tadi masa nak balik kelas, ada orang tak sengaja tolak saya jatuh atas lantai kat tandas tadi. Lantai tu pula dah banjir, jadi sebab tulah saya basah kuyup."

Gempa menjawab dengan penuh yakin dan sengaja menekankan perkataan 'tak sengaja'. Gurunya yang langsung tidak mengesyaki apa-apa hanya mengangguk tanda menerima alasan yang diberi.

Melihat reaksi positif guru English itu, barulah dia menghembus nafas lega. Walaupun sebenarnya tidak lega mana kerana dia perlu lagi bertahan kerana hampir setiap hari dibuli oleh orang yang sama, geng yang sama dan macam-macam lagi.

Tanpa dia sedar, dirinya diperhatikan lama oleh sang iris merah darah a.k.a Halilintar yang berada di kelas sebelahnya. Tatapan kasihan diberi. Hendak menolong, tapi apakah daya, dia hanya boleh menolongnya pada waktu tehat dan waktu pulang sekolah sahaja kerana mereka tidak sama kelas. Persoalannya, bagaimana dia hendak menolong?

Akhirnya Halilintar hanya menghela nafas kesal bercampur geram. Rasa seperti mahu baling saja kerusi kearah makhluk penyeksa itu. Itulah rasanya tetapi hakikatnya, dia perlu bertahan kerana tidak mahu dirinya juga terbabit dalam kes buli mahupun menyakiti orang lain. Lainlah dengan Gempa. Kenapa dirinya masih kekal tersenyum (palsu) walaupun dibuli secara kasar?

To Be Continued

Maaf sebab dah lama tak update...Maklumlah sibuk memanjang ngan online class..
T^T
Harap kalian enjoy. Vote and comment ya! Assalamualaikum!
( /^w^)/💖💐

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now