CHAPTER 12

228 20 0
                                    

Sebuah kereta tiba di sebuah apartment yang terletak di Pulau Rintis. Perjalanan mereka dari rumah lama ke Pulau Rintis agak jauh, mencecah hampir 300 kilometer dari Kuala Lumpur.

Setelah memarkir kereta yang telah ditetapkan oleh pengurus apartment, barang-barang dibawa keluar terlebih dahulu. Setelah mengangkut, mereka 7 beranak memasuki apartment tersebut dan mendaftar diri sebagai penghuni apartment tersebut. Pengurus apartment tersebut juga terus membawa mereka ke rumah yang masih kosong dan menyuruh ketuanya memilih yang berkenan.

Hampir 30 minit mencari rumah yang berkenan dan akhirnya meteka memilih untuk menghuni di sebuah rumah yang terletak di tingkat 9 dan bernombor 435.

Kunci bilik juga diberi. Untuk sementara waktu, mereka sekeluarga akan menyewa rumah selama 1 bulan di sebuah apartment yang boleh tahan harganya, iaitu RM 1000 untuk 1 bulan.

Setelah membuka pintu dan memperlihatkan keadaan ruang bilik tersebut, ruangnya agak berhabuk kerana sudah lama penghuni asalnya perpindah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah membuka pintu dan memperlihatkan keadaan ruang bilik tersebut, ruangnya agak berhabuk kerana sudah lama penghuni asalnya perpindah.

"Kita letak barang kat sana dulu. Lepastu, sambung ambil barang lain pulak. Nanti kita sama-sama agihkan bilik, kemas sikit rumah ni dan susun barang. Faham?" Jelas seorang lelaki dewasa yang umurnya sudah
40 tahun itu.

"Faham." Isterinya dan kelima-lima anak mereka menjawab dan mengangguk faham. Setelah meletakkan kesemua barang yang diangkut tadi, lelaki tadi atau lebih dikenali sebagai ayah Yaya turun semula ke kereta bersama isterinya dan 2 orang anak lelakinya lagi. Yaya diminta untuk menjaga 2 orang adiknya yang masih polos itu.

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

"Baiklah. Kat rumah kita ni ada 3 bilik. 1 bilik untuk abang dan angah. 1 bilik untuk Yaya, Yana dan adik. Dan 1 bilik lagi untuk mak dan ayah. Jadi kita akan kemas ruang tamu dulu. Lepastu semua kena kemas bilik sendiri. Mak dan ayah akan kemas dapur. Setuju?"

Selepas mengangkut semua barang dan bagasi, mereka sekeluarga berbincang mengenai set up dan susunan rumah baru mereka.

"Okey. Jom kemas sekarang!!"

"Okey!!"

Yaya membuka pintu biliknya. Hanya ada 1 tilam queen yang cukup muat untuk mereka. Itupun sudah memadai untuk ketiga-tiga penghuninya daripada tiada tilam langsung.

"Kakak! Beg baju ni nak letak mana?" Yana, adik kepada Yaya yang berusia 8 tahun menarik baju kakaknya.

"Beg baju kita letak atas katil dulu. Kita kemas dulu bilik ni."

"Okey Kak!! >w<" Dengan comelnya kedua-dua adiknya menyahut.

Ambil masa 2 hari juga untuk mengemas dan susun atur rumah baharu mereka. Selepas 2 hari bertungkus-lumus memerah keringat, akhirnya semua siap sepenuhnya.

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now