CHAPTER 20

126 6 1
                                    

"A-Apa Thorn cakap ni..?" Bibir Gempa terketar-ketar saat bertanya Thorn kembali tentang soalannya.

"Bukan apa..tapi Thorn tengok Gemgem macam pelik bila dengan Hali. Macam Gemgem suka kat Hali pun ada." Jelas Thorn beserta wajah polos. 

"Ehh, mana ada...kitorang kawan biasa je.." Jawab Gempa, cuba meyakinkan Thorn sambil menyelak rambut panjangnya ke belakang. "Lagipun aku tak layak untuk dia..."

"Hmm? Apa Gempa cakap tadi?" Thorn yang seakan terdengar Gempa berkata sesuatu bertanya lagi.

"Ah, T-Takde apalah." Gempa segera mengambil barangnya dan membuka pintu bilik untuk keluar ke sekolah. "Gempa pergi dulu, eh? Bye Thorn." 

"Eh??! T-Tunggu jap-"

Belum sempat Thorn berkata apa-apa, Gempa terlebih dahulu keluar dengan keadaan tergesa-gesa. Thorn terkebil-kebil melihat reaksi Gempa yang baginya amat aneh sejak kebelakangan ini.

"Gempa...Thorn tahu Gempa tipu..."

🥀🥀🥀🥀🥀

Tepat pukul 5:20 petang, Gempa tiba di hadapan padang sekolah. Sampai saja, dia terus mencari kelibat seseorang. Sehingga dicarinya di sekitar padang dan astaka.

"Mana Hali ni?? Takkanlah tak sampai lagi?" Monolog Gempa saat mencari kelibat tersebut, iaitu Halilintar. Fikirannya turut resah apabila melihat coach pasukan bola sepak sudah menunggu di tengah padang, serta ahli lain sudah mula sampai. Risau pula kalau Halilintar terlewat pergi latihan.

PAKKK!

"Hei, awal sampai?"

Gempa tersentak saat berasa seseorang menepuk bahunya dari belakang. Toleh saja, dilihat Halilintar sedang tersenyum lembut kepadanya. Dirinya lengkap berpakaian jersi merah dan seluar track hitam, serta menggalas beg kecil di belakang.

Halilintar tergelak melihat reaksi terkejut Gempa. Ditepuknya perlahan bahu Gempa untuk menyedarkannya daripada lamunan. "Cari aku ke??" Soalnya, separuh mengusik sahabatnya itu.

Wajah Gempa memerah mendengar soalan maut Halilintar itu. Cepat-cepat dia menggeleng kepalanya dan cuba act normal. "M-Mana ada!" Tangan kasar berurat Halilintar turut dialih daripadanya kerana terlalu malu.

Halilintar terkekeh kecil. "Eleh, yelah tu..." Usik Halilintar lagi. "Kau duduklah depan astaka tu dulu. Aku nak pergi warm up." Ujarnya lalu berlalu pergi ke padang dimana jurulatih serta rakan sepasukannya sudah mula menunggu.

"Okey..." Itu saja yang Gempa balas. Lalu duduk di astaka sambil melihat Halilintar beraksi di padang.

"Gempa!!"

Gempa tersentak sekali lagi saat ada yang menjerit memanggil namanya. Rupanya Yaya tergesa-gesa menyapanya dengan wajah lelah. "Sorry, Gempa! Saya terlajak tidur tadi!" Yaya memohon maaf. "Lama dah ke awak tunggu?"

"Takpe, bukannya lama mana pun." Balas Gempa tanpa memandang Yaya. "Duduklah, diorang nak mula dah tu." Ajak gempa mempersilakan Yaya duduk di sebelahnya.

🥀🥀🥀🥀🥀

"Halilintar! Bola tu sepak kuat sikit! Jangan lembik sangat!"

"Baik, coach!"

Saat Halilintar bermandi peluh berlatih, Yaya dan Gempa setia menonton ahli Kelab Bola Sepak giat berlatih. Bukan setakat Halilintar, pelajar lain turut sama menyertai latihan tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now