CHAPTER 9

274 28 0
                                    

"Korang ni, tak boleh ke kalau dalam masa 1 hari korang tak ganggu hidup dia. Boleh tak?!"

Di tangga sekolah yang jarang digunakan dan sepi bergema bunyi orang menjerit seperti mempertahankan sesuatu. Hakikatnya memang benar. Halilintar sedang melindungi Gempa dari pembuli lelaki yang kerap sungguh membulinya hampir setiap hari. Tidak bolehkah mereka membiarkan Gempa bebas dari dibuli dalam beberapa hari sahaja?

Fahmi, Harith dan Daniel hanya mengukir senyuman sinis dengan seribu satu makna. Ditatapnya wajah Gempa dibelakang Halilintar dengan tatapan penuh meluat. Gempa yang menyedarinya tertunduk malu. Malu kerana fizikalnya yang tidak cantik itu.

"Tak buli dia satu hari? Mestilah tak boleh." Jawab Daniel dengan penuh santainya membuatkan Halilintar semakin meluap-luap guruh kemarahannya. Sedaya-upaya dia cuba menahan nafsu amarah itu. Terapi dia tidak boleh lagi menahannya.

"CUBA KORANG CERITA KAT AKU, APA SALAH DIA SAMPAI KORANG SUKA SANGAT SEKSA DIA?! HANYA SEBAB DIA BERBADAN BESAR, PERLU KE KORANG BULI DIA SAMPAI MACAM NI SEKALI HAH?!!"

Bentak Halilintar dengan penuh rasa amarah. Tidak boleh tahan lagi apabila kawannya dibuli sebegitu. Biarlah dirinya luka kerana mempertahankan sahabatnya.

"Eleh. Kau protect dia macam dia tu kekasih kau. Dahlah jauh beza." Ejek Fahmi pula. Terasa semakin seronok pula apabila melihat Genpa terseksa begitu. Baginya, orang yang tidak elok rupa sepertinya tidak layak bahagia. Sampai begitu sekali! Sudah hitam legamkah hatinya itu? Adakah dia tidak dididik dengan betul?

Harith menolak tubuh Halilintar dan Gempa sehingga mereka berdua terjatuh. Mereka berdua meringis dan mengaduh sakit. Halilintar ingin berdiri tetapi perutnya ditendang pula oleh Daniel. Dia memegang perutnya menahan rasa perit.

Suara ketawa jahat mula bergema. Memandangkan tangga tersebut terletak jauh dari tempat ramai guru dan pelajar, maka mudahlah mereka untuk membuli. Tetapi seseorang mula menyergah mereka.

"HOI! APA KORANG BUAT HAH?!" Terdengar suara kuat dari seseorang. Seperti suara lelaki.

Mereka bertiga berpaling ke belakang. Terlihat seorang pelajar lelaki berpakaian seperti seorang pengawas dan kaca mata terpasang elok di wajahnya. Solar si pengawas.

"Tch! Pengawas nerd datanglah pulak. Jom blah geng. Tak pasal-paal kena tangkap dengan pengawas nanti." Ajak Fahmi. Lalu mereka bertiga terus cabut lari kerana bimbang akan tertangkap.

Solar berlari menerpa Halilintar dan Gempa yang baru berdiri. Bahu mereka berdua dipegang.

"Korang okey tak ni? Nak aku lapor kat guru disiplin tak?" Soal Solar dengan penuh rasa simpati.

Belum sempat Halilintar ingin menyatakan keinginan untuk melaporkannya, Gempa terlebih dahulu menafikannya.

"Tak perlu lapor. Biarkan je diorang tu."

Terkejut Halilintar dan Solar mendengar jawapan Gempa. Bagaima dia boleh menjadi seseorang yang terlalu mudah memaafkan kesalahan orang lain? Walhal pembulian yang diterimanya amatlah berat dan tidak mampu ditanggung olehnya.

"Kenapa pulak? Diorang tu dah buli kau teruk-teruk. Takkanlah dah kena buli sampai macam ni pun tak nak lapor lagi Gempa oi.." Bebel Halilintar seperti ibu-ibu kepadanya. Solar mengangguk setuju. Ada juga kadang-kadang Halilintar meluahkan rasa kesalnya terhadap Gempa. Dan hanya Solarlah yang menjadi tempat meluahnya dan dia tak kisah.

"Hmm..." Itu sahaja jawapannya. Lalu Gempa terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Halilintar dan Solar terpaku dan tercenggang.

"Sabarlah Hali. Nanti pintu hati dia akan terbuka juga untuk terima nasihat kau. Bawa bersabar ya?" Solar mengusap bahu kawan sekelasnya. Memujuk Halilintar dari sifat negatif Gempa itu. Halilintar hanya mengangguk sabar. Lalu mereka berdua kembali kekelas. Fikiran Halilintar bercelaru.

💧💔💧

"Kakak, adik nak tanya sesuatu boleh?" Adik kepada Gempa, iaitu Tanah menggoncang bahunya. Mata Gempa yang tertumpu pada kaca televisyen teralih kesebelah.

"Ya adik. Nak tanya apa?" Soal Gempa. Sembari itu membetulkan posisi duduknya di sofa. Tanah memulakan persoalannya.

"Kenapa setiap kali Tanah nampak kakak balik sekolah, muka kakak luka, baju kakak kotor dan kakak nampak sedih?" Soal Tanah ingin tahu.

Gempa terdiam. Selama ni adiknya memang perasan ke tentang 'kesan' daripada masalah buli di sekolahnya? Sungguh hebat. Dan sekarang dia terpaksa menipu untuk menyembunyikan rasa sakit dan perihnya. Bahkan emaknya sendiri pun tidak tahu. Hanya Halilintar dan Solar sahaja yang tahu rahsianya itu.

Gempa masih berdiam diri. Adiknya yang pelik melihat kelakuan kakaknya mencuit sedikit badan Gempa untuk menyedarkannya. Gempa tersedar dari lamunan dan memandang adiknya yang menatapnya dengan muka polos. Diusapnya kepala Tanah.

"Kakak okey jelah. Kakak selalu terjatuh masa balik sekolah. Tu yang sebab baju kakak kotor dan muka luka tu. Jangan risaulah. Kakak okey je." Balas Gempa dan mengukir senyuman (palsu) ke adiknya.

Adiknya hanya meng'oh'kan sahaja sebagai jawapan. Tak lama kemudian Puan Yuki memanggil mereka berdua supaya turun ke ruang makan untuk makan malam.

💧💔💧

Semasa makan, ayah kepada Gempa dan Tanah iaitu Amato menyedari sesuatu di wajah anak sulungnya itu. Luka di bahagian pipinya. Segera Amato bertanya kepadanya.

"Kakak, kenapa dengan luka kat pipi tu?"

Gempa agak terkejut dengan soalan ayahnya. Jawapan yang logik cepat-cepat dicari untuk memudahkannya berbohong tentang kejadian di sekolah tadi.

"Ah..Erm..t-tadi masa nak balik kantin, tak sedar pula ada ranting pokok tajam halang jalan. Dan..pipi terkena pula ranting tu." Jelas Gempa (yang sebenarnya menipu) kepada ayahnya. Ayah dan emaknya tidak syak apa-apa, melainkan menerima jawapan bohong itu.

"Huh..."

Baginya, tiada guna juga jika dia jujur. Kerana jika dia berani mengadu, maka para pembuli tersebut akan mengerjakannya habis-habisan. Maka dia memilih untuk memendamnya.

💧💔💧

Disisi lain, salah satu kawan Gempa iaitu Taufan hanya memandang tingkap di biliknya. Kerja sekolah yang diberi oleh guru tadi langsung tidak disentuh. Bintang-bintang yang bersinar dan bulan direnung. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati.

Dia sempat berfikir tentang Gempa. Mengapa kawannya itu terlihat seperti tiada emosi dan wajahnya sering luka? Adakah dia dibuli?

Tidak mahu memanjangkan hal, Taufan menggeleng laju untuk ketepikan perkara itu. Dia yakin, Gempa pasti okey. Setelah ity dia membuat kerja sekolahnya yang bertimbun ibarat gunung.

To Be Continued

Assalamualaikum semua! Maaflah lama tak update. Sebab saya dalam persiapan untuk ke sekolah asrama! Yeay! XD

Maaf juga kalau chapter ni hambar sangat. Jumpa lagi di chapter seterusnya! ^w^

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now