CHAPTER 14

226 15 9
                                    

"Ini ke sekolah baru Yaya?"

Hari sabtu. Sebuah kereta berhenti di hadapan sebuah sekolah. Kaluarga Yaya akan mendaftar nama Yaya dan Yana di sekolah tersebut.

"Ha'ah. Yaya dengan Yana ikut ayah dengan ibu. Kita daftar nama dulu ya?" Ayah Yaya membuka pintu kereta.

"Wahh!! Besarnya sekolah ni!" Yana melonjak teruja.

"Semua sekolah memang besar pun..dahlah. Jom pergi bilik pengetua dulu. Abang Boboiboy dan Iqmal jaga adik kat sini ya?" Ibu Yaya memesan kepada 2 orang putera mereka.

"Okey, ibu." Sahut Boboiboy sambil memasang earphone dan mendengar lagu. Iqmal pula hanya melayan kartun bersama si adik bongsu.

^^^^^^^^^

RUMAH HALILINTAR

Petang hari itu, grup kelas 6 Ibnu Khaldun penuh dengan mesej daripada murid beserta cikgu. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Hal ini disebabkan oleh berita tergempar bagi kelas tersebut.

GROUP KELAS 6 IBNU KHALDUN

Guru Kelas

Dengar ya semua. Mulai hari Isnin ni, kelas kita akan ada murid baru. Jadi, apa cikgu nak ialah pastikan kamu jaga sikit perangai supaya tak terjadi kekecohan nanti.

Murid 1

Baik, cikgu.

Murid 2

Okey cikgu.

Halilintar

Baiklah, cikgu.

Murid 3

Cikgu, izinkan saya tanya sesuatu!

Guru Kelas

Kamu nak tanya apa?

Murid 3

Murid baru tu lelaki ke perempuan?

Guru Kelas

Kamu semua tunggu jelah masa budak baru tu datang....=_=

Murid 3

O-Okey-okey....0_0

"Hali? Kamu buat apa tu? Boleh akak masuk?" Seseorang mengetuk pintu bilik Halilintar dari luar.

"M-Masuklah, Hali tengah chat dengan guru kelas, Kak!" Jawab Halilintar dengan sedikit gelabah dati dalam bilik.

Pintu bilik terbuka. Terlihat seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun duduk diatas katilnya. Matanya yang juga merah delima seperti Halilintar memandang tepat kearahnya.

"Tadi mak panggil suruh turun bawah. Padanlah tak jawab, sibuk main telefon rupanya." Remaja perempuan yang dikenali sebagai kakak kepada Halilintar itu menjentik dahi adiknya.

Halilintar yang kesakitan mengusap dahinya yang dijentik kakaknya itu.

"Sorry kak, tadi cikgu kelas Hali panggil semua murid sebab ada pengumuman penting."

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now