CHAPTER 13

224 22 1
                                    

"Halilintar, aku nak tanya sikit boleh?"

Halilintar yang sedang menyapu lantai bilik komputer memandang Taufan dengan pandangan biasa. Memandangkan Halilintar dan Taufan merupakan pengawas bilik akses yang bertugas pada hari yang sama, maka waktu pulang mereka pada hari Khamis agak lewat berbanding murid lain. Meskipun mereka tidak memegang jawatan tinggi seperti Pengawas atau Pengawas PSS.

Note: Bilik akses ialah seperti makmal komputer sekolah tetapi lebih kecil. Bilangan komputer di bilik akses juga agak terhad. Pengawas bilik akses ialah pengawas yang menjaga dan memantau murid semasa menggunakan komputer. Pengawas ini diambil semasa saya darjah 5 sekolah rendah. Saya dulu pengawas bilik akses bersama kawan saya. Semasa saya sekolah rendah, pengawas ini tidak mengambil sebarang watikah perlantikan mahupun anugerah. Hanya cikgu yang memilihnya.

"Tanya apa?" Tanya Halilintar tanpa menghentikan kerjanya.

Taufan menggaru lehernya sebelum bertanya.

"Kau rapat dengan Gempa kan?"

"Huh? Mestilah. Kenapa? Ada masalah ke?" Halilintar memandang Taufan dengan keningnya satu dijongketkan. Penyapu di tangannya masih tidak dilepaskan.

"Gempa...ada masalah ke?" Akhirnya terluah juga soalan yang selama ini dibukukan elok-elok oleh Taufan.

Halilintar tersentak mendengarkan soalan Taufan yang di luar jangkaannya. Tangannya menggenggam batang penyapu tersebut. Gigi diketapkan tanda gagap.

"K-Kenapa..kenapa kau tanya macam tu?" Dengan nada suara yang gugup Halilintar bertanya. Taufan masih lagi kekal ingin tahu yang membuak-buak.

"Yelah..aku tengok semenjak dua menjak ni dia macam masam je. Kalau manis pun, jarang-jarang. Dulu dia ceria je. Tapi sejak kebelakangan ni dia negatif sepanjang masa." Luah Taufan. Tangannya diusap dan kepalanya ditundukkan sedikit.

Halilintar berpeluh dan sedikit menggeletar apabila mendengar soalan Taufan. Perlu ke diungkapkan perkara sebenar yang Taufan sendiri tidak tahu?

Pernah suatu hari, Halilintar bertanyakan kepada Gempa bahawa dia ingin memberitahu kawannya yang lain bahawa Gempa dibuli kerana fizikalnya. Namun, Gempa menolak.

Halilintar mendongak memandang siling. Mengingati kejadian beberapa minggu lepas di taman sekolah mereka.

FLASHBACK ON
SEMINGGU YANG BERLALU

"Kau serius tak nak beritau semua orang yang kau kena buli??"

Gempa mengangguk lemah. Seratus peratus nekad dengan dirinya sendiri. Nekad bahawa dia tidak akan sesekali membuka mulut dan memberitahu kesengsaraan buli yang sering dialaminya. Ianya dirahsiakan kepada keluarga, kawan dan sesiapa sahaja. Hanya Halilintar dan Solar sahaja yang mengetahuinya.

"Tapi..Taufan dan Thorn pula macam mana? Bukan ke diorang rapat dengan kau?" Soal Halilintar pula. Bibirnya terasa gatal ingin membongkarkan rahsia Gempa itu.

Gempa memandang Halilintar datar. Bibirnya mengukir senyuman paksa yang sering menjadi hobi sehari-harinya selama ini.

"Aku tak nak beritahu diorang juga walaupun diorang rapat dengan aku. Aku cuma tak nak kawan-kawan yang aku sayang risaukan aku hanya kerana perkara kecil." Jawab Gempa dengan suara yang amatlah lemah.

Selama 6 tahun dibuli. Selama 6 tahun hidupnya diselebungi kegelapan stres, bara api kemarahan serta lautan kesedihan. Selama 6 tahun dirinya sering menghadapi body shaming. Secara jujur Gempa sering bertanya dalam benaknya. Apa salah orang gemuk? Apa salah orang tembam? Apa salah orang berbadan besar? Mengapa mereka dilabel dan dikelaskan sebagai hodoh dan menyusahkan?

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now