CHAPTER 16

186 15 2
                                    

"Dia sangat cantik..."

Itulah ayat yang sering diulang dan dibicarakan oleh bibir Gempa. Mengingati paras rupa Yaya yang sangat cantik dan badan yang ramping setiap kali lalu di hadapan kelas 6 Ibnu Khaldun, membuatkan dirinya resah. Mandi tidak basah, makan tidak kenyang. Dia bagaikan gadis dilamun cinta berputik.

Bahkan, Gempa turut berasa rendah diri yang teramat sangat. Melihat fizikal Yaya yang sangat jauh berbeza dengan dirinya. Dia yakin Yaya akan menyertai kumpulan pembuli untuk menghinanya habis-habisan kerana fizikalnya. Orang sepertinya memang tidak layak berkawan dengan orang yang berstail, cantik jelita serta berbadan ramping seperti Yaya. Gempa hanya mampu menduga dan pasrah sahaja untuk segala yang akan dan telah berlaku.

'PAKK!!!'

Sebatang pen marker yang kemungkinan dibaling mendarat tepat diatas permukaan dahi Gempa. Justeru, dahinya terus memerah dan Gempa terus tersedar dari lamunannya. Dia melilau persekitaran yang merypakan hampir seisi kelas memandangnya. Malah ada juga segelintir pelajar yang mentertawakannya. Disertai lagi dengan pandangan tajam nan menakutkan daripada guru Bahasa Inggerisnya, menambahkan lagi rasa malu yang semakin menebal dalam dirinya.

"Ini dah masuk kali kelima kamu macam ni, Gempa! Berapa kali saya nak pesan jangan mengelamun masa kelas?! Mana prestasi lama kamu sebagai pelajar cemerlang?! Mana?!!"

Depan khalayak ramai gurunya memarahinya. Seisi kelas pula hanya senyap tanpa seorang pun berani bercakap. Bukan kerana gembira tidak dimarahi, tetapi kerana takut. Masing-masing pasti akan dilanda sakit jantung apabila guru mereka yang satu itu sudah hilang sabar.

Gempa membisu. Selama ini, sepanjang dirinya di sekolah, dia merupakan antara pelajar cemerlang dengan keputusan peperiksaan dan prestasi akademik yang sangat cemerlang. Bahkan Gempa juga sangat jarang didenda ataupun ditegur oleh mana-mana guru disebabkan disiplin dan prestasinya.

Tetapi semenjak dirinya dibuli, Gempa terkadang tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran dan terlalu memikirkan fizikalnya. Bukan itu sahaja, markah serta prestasinya juga sedikit merosot akibat pembulian itu.

"Kamu berdiri di luar kelas sekarang juga! Sebagai denda!"

Gempa terkejut. Dirinya masih lagi menunduk malu. Hukuman yang dijatuhkan kepadanya itu telah menerima pandangan daripada seisi kelas. Gempa juga terasa ingin menangis pada saat itu. Tetapi apakah daya, dia perlu tabah dan bertahan.

Perlahan-lahan Gempa berdiri, berjalan menuju ke luar kelas. Gurunya tidak berhenti memandangnya dengan pandangan marah dan kesal. Gempa semakin berasa malu dan ingin saja dirinya melarikan diri dan menangis sepuas-puasnya.

*******

"Hai cik Gempa..seronok berdiri luar kelas tadi?"

Natasha dan Lisa mengerumuni meja Gempa. Gempa yang sedang membuat kerja sekolah tidak memandang sedikit pun wajah mereka. Dirinya hanya fokus kepada kerja sekolahnya sahaja dan tidak mahu melayan mereka.

"Hei, sombong nampak? Sakit hati ke? Tapi aku rasa memang patut pun kau kena denda. Pelajar cemerlang kat sekolah tapi kena denda? Pfft, lawak betullah." Ujar Lisa pula. Sengaja menambahkan bara dan sakit hati dalam diri Gempa.

Gempa mengetap giginya. Bergerigis bunyinya. Pensel yang dipegang digenggam keras dan kuat melampiaskan rasa amarah yang teramat sangat. Dirinya masih lagi bersabar.

"Ahh, alang-alang ni aku nak pinjam kerja sekolah kau sekejaplah. Aku tak siap lagi." Lisa merampas buku nota Gempa.

Sudah semestinya Gempa terkejut. Bukan setakat terkejut, malah rasa marah dan tidak suka wujud apabila seseorang ingin meniru kerja sekolahnya. Gempa tidak suka apabila kerja sekolahnya ditiru, bahkan dirinya juga tidak suka meniru kerja sekolah orang lain. Baginya, perbuatan itu merupakan perbuatan yang jahat dan membuli orang lain.

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now