CHAPTER 4

374 32 15
                                    

Enjoy~

Gempa berjalan memasuki kawasan perkarangan sekolah. Walaupun agak menyukai sesi sekolah,riak mukanya tampak kelihatan murung. Seperti biasa.

"Gempa!"

Seseorang memanggilnya dari belakang membuatkannya menoleh. Gempa mengukir senyuman riang kerana apa yang dilihat ialah Thorn dan Taufan yang menerpa kearahnya dengan ceria.

"Hai. Kenapa korang tak datang semalam? Aku cari kat kelas pun tak jumpa." Soal Gempa.

"Aku demam mengejut semalam. Thorn pulak ada urusan keluarga kat Kuala Gandah." Ujar Taufan mewakili Thorn sembari mengilap cermin matanya manakala Thorn hanya menganggukkan kepala berkali-kali.

"Oh.."

"Gempa? Macam mana hari kau kat kelas semalam? Ok ke?" Soal Thorn dengan muka naifnya.

Ya. Mereka telah ditetapkan dalam kelas yang berlainan. Gempa di kelas 6 Ibnu Sina, iaitu kelas pertama. Halilintar dan Solar ditempatkan di kelas 6 Ibnu Khaldun iaitu kelas kedua. Fang berada di kelas 6 Al-Farabi iaitu kelas ketiga. Thorn dan Taufan pula ditempatkan di kelas 6 Ar-Razi iaitu kelas keempat atau lebih tepatnya kelas terakhir.

Berbalik kepada Gempa. Mungkin dalam hati dia kerap menangis dan sakit,namun dia tetap memilih untuk tersenyum. Kerana tidak mahu menyusahkan orang lain mahupun diejek.

"Aku ok je." Pendek sahaja jawapannya. Sembari tersenyum dengan 'manis' atau lebih tepat dan benar dikatakan pahit ibarat peria matang. Mereka tidak syak apa2 hanya tersenyum dan meng'ok'kan sahaja ayatnya. Walhal tidak tahu terdapat suatu wajah sedih disebalik senyuman.

"Baguslah macam tu. Kalau ada apa2 masalah kasitau kitorang ya?! Ok bye2 Gemgem!" Ujar Taufan diikuti Thorn sembari berlari ke kelas mereka yang terletak di sebelah blok B.

"I'm Fine. But I'm not fine." Kalimat tersebut mengalun dari bibir Gempa tanpa didengari orang ramai. Dia ingin memendam rasa sakit ini. Tapi, sanggupkah dia bertahan?

Gempa membuang soalan tersebut dan melanjutkan langkahnya ke kelas. Tak mahu memikirkan perkara yang kurang berfaedah dan ingin fokus kelada pembelajaran. Juga ingin menjaga imejnya sebagai pelajar cemerlang.

•••••••••

"Markah tertinggi dalam peperiksaan kertas Sains disandang oleh Gempa Earth dengan markah 96%!"

Guru mata pelajaran Sains kelas 6 Ibnu Sina iaitu Cikgu Suhaini mengumumkan keputusan peperiksaan Sains pertengahan tahun kelas 6 Ibnu Sina. Semua pelajar 6 IS memberi tepukan gemuruh kepadanya dengan senyuman. Kecuali...geng pembuli. Hanya memandang.

Gempa bingkas bangun dari kerusi mejanya lalu ke hadapan kelas dan mengambil dan meneliti kertas ujian tersebut. Dia tersenyum.

"Well,tahniah cikgu ucapkan. Cuma perlu improve sikit dalam bab Fasa bulan ok?"

Gadis iris kuning madu itu hanya mengangguk dan tersenyum kecil. Dia kembali ke tempat duduknya dan menumpukan perhatian kepada pembetulan dan format yang ditulis di papan putih. Tangannya sibuk mencatat nota penting.

"Ceh. Ingat kau tu bijak sangat ke hah? Nak riak lah tu. Gemuk tak sedar diri." Bisik Natasha dalam hati.

..............

"Woi. Bagi kertas ujian kau kejap."

Gempa mengalihkan pandangan kearah sumber suara. Ketika itu dia mengemas beg untuk pulang dari sekolah. Apa yang dilihatnya dahulu adalah...Natasha and the gang. Hal itu berjaya menyebabkan dia berasa takut.

"A-awak nak buat apa dengan kertas ujiann saya?"

"Tch! Bagi jelah! Sombong. Mentang-mentanglah pandai. Kan semua kan?"

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now