CHAPTER 19

117 9 1
                                    

"Korang! Kelas Sejarah sekarang kat library! Jom pergi!"

"What? Lecehnya nak kena pergi. Dahlah jauh..."

Semua pelajar 6 Ibnu Khaldun terus membawa buku dan alat tulis menuju ke perpustakaan yang terletak di tingkat atas sekali, tingkat 3.

"Oi Hali!"

Halilintar yang sibuk mengambil buku dari beg menoleh kearah Solar yang tiba-tiba memanggilnya. "Apa?"

"Tolong bawa buku aku! Ada cikgu panggil aku nih! Thank you!!" Tanpa angin dan ribut melanda terus Solar meletakkan buku dan bekas penselnya kepada Halilintar yang turut memegang bukunya.

"W-Woi! Solar-" Belum sempat Halilintar menempelak, Solar telah pun berlalu pergi ke bilik guru.

"Kurang asam punya kawan!" Tempelak Halilintar. Kalau ikutkan mahu saja dia mencampak buku Solar dari tingkat atas, tapi nanti dia juga yang akan didenda. Jadi, pasrah sajalah.

"Kau memang cari pasal betullah..." Gumam Halilintar dengan rasa bengang.
Dengan terpaksa membawa semua barang Solar ke perpustakaan.

Yaya yang baru saja ingin keluar dari kelas ternampak Halilintar yang kesulitan membawa barang. Terus saja Yaya menuju kearahnya tanpa banyak soal.

"Hali? Nak aku tolong tak?" Yaya menawarkan pertolongan.

"Huh? Tak payahlah. Susahkan kau je nanti.." Halilintar menolak, alasannya tidak mahu menyusahkan Yaya.

"Aishh, takpelah! Meh sini!" Yaya terus mengambil separuh daripada barang-barang Solar daripada Halilintar. Halilintar pula memandangnya dengan wajah cemberut.

"Kau ni..degil betullah." Ujar Halilintar. Yaya pula sekadar tersengih.

"Hehehe...okeylah! Jom!!" Yaya berjalan penuh teruja. Halilintar pula hanya menyusul dengan wajah biasa.

🥀🥀🥀🥀🥀

Boleh dilihat di hadapan kelas 6 Ibnu Sina, Natasha, Lisa dan Sofea bertenggek di hadapan pepara kelas. Mungkin sibuk mengintip mana-mana lelaki untuk dijadikan santapan? Itulah..maklumlah, diva sekolah, kan?

Sedang seronok bertenggek, Sofea tiba-tiba memanggil 2 orang kawannya itu.

"Korang! Tengok tu..!"

Natasha dan Lisa mendengar Sofea memanggil mereka terus memandang Sofea, dan turut melihat apa yang Sofea katakan. Seketika membulat besar mata mereka.

"OMG...so sweet..!"

Ini kerana apa yang dilihat mereka ialah Halilintar dan Yaya yang berjalan bersama-sama. Walaupun raut wajah Halilintar terlihat biasa saja, tetapi raut wajah Yaya yang ceria itu telah mengundang 'kegedikan' mereka.

"Hai Yaya! Oh...baru masuk dah berjalan dengan lelaki, eh?" Perli Natasha, sambil menyekat laluan Yaya.

Mengingatkan Yaya tentang kejadian tempoh hari, Yaya bukannya membalas sapaan Natasha, sebaliknya memberi sebuah jelingan kepadanya dan tetap meneruskan langkahnya. Malas dan tak ingin bercakap dengan orang yang menghina kawannya tempoh hari.

"Korang jangan nak menggila macam monyet boleh tak? Gelilah." Giliran Halilintar pula memberi ayat sedas.

Sejujurnya dia amat annoying dengan mereka bertiga yang berlagak diva itu. Belum dicampur lagi tentang dia dan Solar yang sering diganggu mereka. Boleh loya dan muntah hijau jawabnya!

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now