CHAPTER 10

264 25 3
                                    

"Hei kau. Sini kejap."

Gempa menoleh ke belakang. Ah..perkara yang 'biasa' sudah bermula. Kelihatan kesemua pembuli perempuan sudah tiba. Kali ni, mereka berada di belakang sekolah yang sunyi. Dan sudah pastilah semakin senang mereka membulinya nanti.

Iris kuning madu Gempa memandang datar kearah mereka bertiga. Rasanya ingin sangat dia membentak dengan penuh amarah kepada mereka. Tetapi apakah daya, dirinya terlalu rapuh dan lemah untuk melawan.

"Kenapa awak semua suruh ssya ke sini? Ada benda penting ke?" Soal Gempa.

"Aku dapat tahu..kau yang gemuk ni rapat dengan Solar dan Halilintar ye? 2 orang lelaki paling kacak dan cool di sekolah ni?" Dengan muka yang mengerikan dan suspen, Sofea menggenggam kolar baju Gempa dan menghadapkan wajah Gempa tepat kearah dirinya.

Gempa sudah menggigil ketakutan. Apa alasan logik yang perlu dia berikan untuk kali ini?

Gempa meneguk ludahnya yang terasa pahit. Dengan gugupnya, dia menjawab.

"M-Memang saya rapat dengan diorang, tapi cuma sebagai kawan. Tak lebih dari tu pun."

Kini, tiada angin tiada ribut, Natasha terus menampar pipi tembam Gempa. Sudah pastilah Gempa terkejut menerimanya. Pipi putih Gempa menjadi kemerah-merahan sebaik sahaja menerima tamparan mengejut itu.

"Kau tahu tak budak gemuk, kau ni tak layak langsung rapat dengan diorang berdua tu tau tak!!" Bentak Natasha lalu dia menampar pipi mangsa itu berkali-kali.

"Betul kata Natasha. Halilintar tu tak layak berkawan dengan kau tau tak?!!" Marah Sofea pula. Tangannya melempang dan menampar lengan Gempa.

Keadaan Gempa ketika itu teramatlah terseksa sekarang. Pipinya masih ditampar dan lengannya masih dipukul dan dilempang. Derita yang dialaminya setiap hari di sekolah tidak pernah berkurang bahkan semakin bertambah. Air mata derita dan sedih mengalir membasahi pipinya.

Dalam kelas, Gempa sangat jarang berbual dengan sesiapa. Kecuali jika ada kerja berkumpulan ataupun perbincangan penting. Sebab itulah dia terlalu pendiam dan tidak memiliki ramai kawan. Mujurlah Solar, Halilintar, Thorn dan Taufan sudi berkawan baik dengannya.

"Hei!! Korang buli dia lagi??! Hentikan!!" Secara spontan, sebuah suara garau menerpa indera pendengaran mereka. Toleh ke kanan sahaja, kelihatan Halilintar bersama Solar menyergah mereka dari suatu tempat.

"Ish, kacau betullah awak berdua ni. Tak nampak ke kami tengah buat kerja ni?" Dengan nada yang gedik bercampur mengada mereka berkata begitu kepada 2 orang pelajar lelaki tersebut.

Solar dan Halilintar seolah-olah ingin muntah sebaik sahaja mendengarkan intonasi percakapan pembuli perempuan itu. Solar sekali lagi memberi amaran kepada mereka bertiga.

"Lepaskan dia atau aku pula yang belasah korang! Perempuan tak ada maruah langsung! Kenapa nak bergaduh dengan kaum sendiri?! Kau yang patut digelar tak guna tahu tak!!!"

Natasha berdecit kesal.

"Hm..yelah awak. Jomlah semua. Lagipun buang masa je kita layan si gemuk ni." Dengan spontan dan tanpa belas kasihan Natasha melepaskan genggamannya pada kolar baju Gempa. Hal itu menyebabkan Gempa jatuh terduduk.

Sebaik sahaja para pembuli tersebut berlalu pergi jauh, segera Halilintar dan Solar mendapatkan Gempa yang masih terduduk dengan lutut yang didekatkan dengan wajahnya. Wajah sugul dan sedih Gempa ditatap kasihan.

"Kau okey Gempa? Boleh bangun tak?" Halilintar menghulurkan tangannya untuk membantu Gempa bangkit.

"Aku okey jelah. Macam mana korang tahu aku ada kat sini?" Tanpa memandang sesiapa Gempa menyoal mereka berdua.

"Aku dan Solar intai korang dari tembok besar sana. Aku memang dapat agak yang benda buruk akan terjadi kat kau nanti." Jelas Halilintar dan Solar mengangguk menyetujui penjelasan Halilintar.

"Hmm...ok. Aku balik kelas dululah. Bye." Dengan intonasi percakapan yang datar dan seperti tiada emosi, Gempa meninggalkan mereka disitu. Tujuannya hanya satu, iaitu pulang kekelas dan mnghadap pelajaran.

  Sekali lagi, Halilintar dan Solar terkaku. Halilintar meremas rambut hitam lebatnya sendiri. Rasanya geram dengan sifat Gempa yang terlalu memaafkan orang lain dengan mudah. Walhal penderitaan yang diterimanya setiap kali persekolahan adalah amat berat.

"Hali, kau..okey tak ni?" Soal Solar kerana simpati dengan kawannya itu.

"Aku okey jelah. Cuma pening dan geram dengan Gempa tu. Kenapalah dia tu cepat sangat maafkan orang lain? Runsing betul aku."

"Kau..marahkan dia ke? Sebab dia berperangai macam tu?" Tuduh Solar. Halilintar terus memandang kearahnya dengan pandangan terkejut. Marah? Bila masa?

Lantas, Halilintar melempang lengan Solar. Bila masa pula dia marah dengan Gempa? Solar sudah semestinya mengaduh sakit.

"ADUH! Kau ni, kot ye pun nak marah janganlah lempang. Sakit tau tak?" Bebel Solar.

"Ada aku kisah? Aku sebenarnya bukan marahkan dia. Cuma geram dengan si Gempa tu. Sampai bilalah pintu  hati dia tu nak tertutup daripada terima nasihat aku.
Kadang kadang, mulut aku ni rasa letih juga sebab selalu sangat bagi nasihat.

Tapi, aku tak kisah sangat pasal tu. Walaupun mulut ni selalu penat bertutur nasihat, tapi aku takkan sesekali putus asa untuk memberi kata-kata pembakar semangat untuk kawan aku. Macam yang kau cakapkan kat aku dulu. Gempa mesti akan berubah. Dan aku tak akan pernah jemu untuk memotivasikan diri dia."

Ucapan panjang Halilintar yang penuh dengan 100 makna tersebut membuatkan Solar sedikit tersentak dan terkedu. Pertama kali dirinya mendengar ucapan yang begitu tulus dari seorang sahabat. Riak wajah Halilintar juga tidak menunjukkan langsung ciri-ciri sahabat palsu. Malah setiap butir perkataan yang ditutur olehnya juga terdengar sangat jujur.

Solar menepuk bahu sahabatnya itu. "Baguslah kalau macam tu. Aku harap kau boleh." Kata-kata motivasi yang ikhlas diucap oleh Solar. Halilintar hanya mengangguk dan dalam hatinya, dia telah tetapkan matlamatnya untuk tanamkan semangat dan sifat positif dalam diri Gempa.

To Be Continued

Aayyeee...rindu buku ni tak?? UwU

Maaf sebab dah lama tak update buku ni. Lama sangat ke korang tunggu? QAQ

Anyway, harap korang enjoy dengan chapter ni! Assalamualaikum! XD

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now