CHAPTER 17

254 16 3
                                    

Hening. Hanya suara sang unggas dan angin lembut sahaja kedengaran. Pertanyaan Yaya kepada Gempa hanya terbiar tanpa sebarang jawapan.

"A-Apa dia..?" Bibir Gempa terketar-ketar setiap kali berbicara dengan Yaya.

"Saya nak berkawan dengan awak. Boleh kan?" Yaya membuat suara seperti merayu. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman manis.

"Awak..serius? Awak tak bergurau kan?" Suara Gempa sedikit serak kerana masih lagi terkejut dengan soalan yang dilontarkan. Jarang dirinya ditawarkan berkawan dengan orang lain kerana fizikalnya. Dan kini, ianya berubah kerana gadis di hadapannya ini.

"Mestilah saya serius. Kenapa saya nak main-main pula?" Yaya masih lagi teruja. Aura gembira dan teruja menghiasi diri.

Gempa masih lagi ragu-ragu dan tidak percaya. Pelbagai teori dan persoalan timbul di benaknya. Mengapa Yaya dengan senangnya mengajak dia berkawan? Apa sebabnya? Adakah kerana dirinya pelajar terbaik? Adakah kerana Yaya ingin turut membulinya juga? Ataupun..

Adakah kerana dirinya rapat dengan Halilintar, si putera sekolah?

Semakin banyak persoalan yang timbul, semakin sakit kepalanya.

"S-Saya..okey je kalau awak nak berkenalan dengan saya." Gempa mengalihkan pandangannya daripada Yaya.

"Yeay!! Terima kasih! Nama awak Gempa kan? Saya Hana. Panggil saya Yaya je. Selamat berkenalan!" Yaya menghulurkan tangan tanda salam perkenalan pertama mereka.

Gempa hanya senyap dan membalas salam itu tanpa jawapan mahupun sepatah. Gempa tekad, buat masa ini dia akan membiarkan Yaya berkawan dengannya dahulu sebelum melihat personaliti Yaya yang sebenar. Ada kemungkinan bahawa Yaya seperti duit syiling. Depan lain, belakang lain. Bak kata peribahasa, talam dua muka.

~~~~~~

RUMAH GEMPA

"Gempa dah ada kawan baru??! Kenapa tak cakap?!"

Thorn dan Taufan merajuk seraya mengembungkan pipi masing-masing kerana mendapati sahabat mereka yang seorang itu telah memiliki rakan baru tanpa pengetahuan mereka.

Gempa tersenyum kecil.

"Mana ada..baru je semalam kitorang kenal." Jelas Gempa menjelaskan hal sebenar.

"Hai korang! Nama saya Hana tapi korang boleh panggil saya Yaya je. Selamat berkenalan!" Sampuk Yaya. Sebuah senyuman terukir dan tangan dihulur bagi bersalaman dengan 2 orang gadis itu.

Gempa hanya mampu memerhati adegan sesi perkenalan tersebut di depan mata. Dalam hati, Gempa sekali lagi berasa rendah diri dan resah. Melihat pemandangan di hadapan matanya. Bagi orang lain, ianya terlihat biasa. Tetapi bagi Gempa, ianya terlihat seperti sebuah hinaan.

Mengapa? Kerana 3 orang gadis dihadapannya itu jauh berbeza dengannya. Badan langsing, kulit tanpa jerawat, kaki panjang membuatkan Gempa rendah diri sekali lagi. Mengapa dirinya tidak dikurniakan wajah yang jelita bak bidadari, malah yang dimilikinya ialah wajah dan badan yang hodoh? Secara jujur sekeras-kerasnya, dia tidak minta pun dilahirkan sebegitu.

Bukan itu saja, bahkan Gempa juga takut jika Thorn dan Taufan tidak ingin berkawan dengannya lagi. Baginya, siapa saja yang ingin berkawan dengannya yang hodoh ini? Gempa juga takut Yaya akan merampas 2 orang sahabat baiknya itu.

"Kejam..." Getus hati Gempa.

Yaya seperti terdengar sesuatu berpaling kearah Gempa dengan pandangan pelik.

"Ehh..? Awak ada cakap apa-apa ke tadi?"
Soal Yaya.

"Huh?? Takde apalah. Jomlah sambung ulang kaji." Air muka Gempa berubah. Topik perbualan juga dialih agar suasana tidak menjadi keruh.

Di sudut hati Gempa, dia menyimpan rasa iri hati dan rendah diri terhadap Yaya.

To Be Continued

Hu...maaf sebab pendek sangat! TAT

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now