B (Prolog)

2K 78 14
                                    


HAPPY NEW YEAR 2021, KORANGGG! ❤️✨

Nah, saya belanja bab prolog B bagi meraikan 2021. Harap korang suka 😌👉🏻👈🏻

•••

PROLOG

HAWA panas menyapa seluruh tubuh, langsung menyentak dia yang tadinya terlelap seketika.

Ya Tuhan! Bagaimana dia boleh terlelap? Sedangkan saat ini, dia diselubungi kehangatan yang tak pernah dia rasakan!

Ingin mencelik mata tapi seksa sungguh nak mengangkat kelopak.

Tambahan pula, kepala rasa sakit bagai ada satu objek yang mencucuk-cucuk tanpa henti.

"Panasnya..."

Dia berdesis kelemahan. Saat ini kulit dirasakan sedang dimamah api hinggakan ia melepuh tetapi sama ada ia benar atau tidak, dia tidak tahu.

Mata masih terkatup rapat, sepertinya ada gam yang merekat matanya. Cuma apa yang dia dapat rasakan ialah kehangatan dan bahang itu, yang menyebabkan seluruh tubuhnya basah dek peluh.

Cuba menggerakkan anggota badan tapi tak berjaya kerana ada sesuatu yang mengekang pergerakannya. Tetapi memandangkan tangannya bebas tanpa sebarang ikatan, dia mula menggagau, mahu mengalihkan apa saja objek yang sedang mengekangnya.

Dia ingin pergi dari sini.

Dia ingin lolos daripada kehangatan yang mencengkam hingga ke tulang hitamnya.

Dia ingin bebas.

Tiba-tiba...

"Sayang!"

Satu suara kedengaran kuat. Disebabkan itu, matanya tiba-tiba berjaya dibuka. Itu pun, samar-samar saja penglihatannya. Yang dia dapat lihat hanyalah satu silhouette, yang sedang bergerak-gerak.

Dia tidak tahu apa yang sedang dilakukan insan itu tetapi daripada bunyi desahan dan erangan insan tersebut, juga sentuhan di badannya, dia tahu insan itu sedang cuba membebaskannya daripada apa jua yang sedang membelitnya.

Selang beberapa ketika, badannya tiba-tiba rebah. Seolah-olah dia jatuh dari satu tempat yang tinggi. Tetapi aneh, dia tidak kesakitan. Mungkin disebabkan ada dua tangan kekar yang spontan menyambutnya.

Tak ada lagi hawa panas mengelilingi maka sedikit sebanyak, dia merasa lega. Sedang dirinya dicempung dan dibawa pergi oleh seseorang, matanya tertancap pada suatu arah. Masih lagi kabur-kabur seperti tadi tapi kalau dia tak salah melihat...

Di sana ada sebuah kereta sedang dijilat api merah.

•••

Suka ke tak? Nak B ke tak? 🙈🙈

2020 was one of - if not the most - the roughest years for all of us. But here I am, still loving and appreciating 2020 for letting me know that I'm stronger than I thought I was, for allowing me to explore something new.

Let's work & pray harder so that 2021 will be better for us! ❤️

xo, SyuAriani | 01012021

BELLEWhere stories live. Discover now