B (Bab 3)

698 51 18
                                    

Saja nak cakap-
Thankyou sudi baca & follow B.

Saja nak mintak doa-
Doa-doakan tak ada aral jadi B & C dapat jumpa korang as soon as possible.

Terima kasih & happy reading! 💛

•••

BAB 3

"AHHH!!!" Adeline menjerit nyaring sewaktu pinggangnya tiba-tiba dipagut seseorang.

"Airis!!!" Lagi, Adeline menjerit sebelum mulutnya pula ditekup kasar oleh insan tak dikenali itu.

Beg kertas yang dipegang Airis langsung terlepas. Dia berlari laju mahu mendapatkan Adeline, yang waktu itu sedang meronta-ronta minta dilepaskan.

Mungkin disebabkan badan Adeline yang ringan, mudah saja si jahat mengangkatnya hinggakan kaki Adeline tak lagi mencecah lantai. Pun begitu, Adeline tak kekal pasif. Dia menggelepar sambil menampar-nampar tangan si jahat sambil kaki pula digerak-gerak kasar.

"Cik Adel!"

Airis masih lagi menyeru Adeline, sekadar untuk Adeline tahu bahawa dia ada untuk wanita itu. Dekat saja dengan mereka, Airis mula melompat tinggi untuk menendang si jahat tersebut tetapi tiba-tiba kakinya pula yang disepak oleh seseorang yang muncul entah dari mana!

"Ah!" Airis mengaduh kesakitan saat punggungnya terhentak di lantai. Mata terus melilau mencari si penendang.

Cis biadab! Dia perlu bersemuka bukan setakat dengan insan yang memagut Adeline itu sahaja, bahkan dengan dua lagi manusia lain! Semuanya berpakaian serba hitam dan bertopeng separa muka, juga berwarna hitam!

Airis tidak memerlukan masa yang lama untuk memproses kejadian ini. Dia tak perlu tahu siapa ketiga-tiga manusia itu dan apa niat mereka. Yang penting, dia perlu bawa Adeline jauh daripada mereka.

Maka Airis membuka langkah pertama, terus hadiahkan tendangan kepada lelaki pertama tetapi lelaki tersebut pantas menunduk. Langsung, Airis membuat pusingan dan tendangan dilepaskan kepada lelaki kedua. Tepat mengenai pinggangnya.

"Urgh!" Terdengar erangan kasar lelaki kedua itu, walaupun berjulat perlahan. Pasti terkejut pinggangnya menerima habuan tiba-tiba walhal tadi, konconya yang menjadi sasaran.

Di kesempatan itu, Airis mula menyerbu lelaki pertama. Dilepaskan tumbukan bertalu-talu tetapi dalam masa yang sama, Airis elak setiap serangan yang mendatang. Kelihatan Adeline kini sudah dibawa lari turun eskalator.

"Bodoh!"

Ringan Airis menghamun lelaki tersebut. Dari jauh, sayup-sayup kedengaran beberapa jeritan yang terkejut dek dilanggar kasar oleh lelaki itu.

Airis ingin mengejar namun dia sedar, tak mudah. Sekarang, Airis perlu bersemuka dengan kedua- dua lelaki itu dahulu.

"LEPASLAH! Lepas!!!"

Adeline menjerit tak henti-henti sambil tangan dan kaki masih aktif bertindak kasar seperti tadi. Ditampar dan ditendang semahunya. Tekak Adeline mulai terasa kering selepas beberapa ketika menjerit tetapi Adeline tak endahkan keadaan dirinya. Dia hanya mahu lolos daripada situasi ini.

Sampai di tempat parkir kereta, Adeline kian gundah-gulana. Dia tahu apa rancangan si jahat itu. Tak lain tak bukan, untuk menghumban dia ke dalam sebuah kenderaan. Mata melingas mencari kelibat Airis tapi masih tidak kelihatan. Pasti Airis masih bertarung tenaga dengan kedua-dua lelaki tadi.

"Lepaslah, gila! Lepaskan aku! Aku tak nak ikut kau!!!" Adeline kerahkan seluruh tenaga yang bersisa. Jantung kian dup-dap dup-dap sewaktu mereka menghampiri sebuah kenderaan. Dari mata kasar, ia kelihatan seperti sebuah kereta biasa yang berselisih dengan keretanya di jalan raya. Tiada apa-apa mencurigakan.

BELLEWhere stories live. Discover now