B (Bab 9)

484 38 14
                                    

BAB 9

ADELINE masuk ke dalam tanpa sebarang pamit diri atau senyuman. Kepala menunduk sahaja di setiap langkahnya. Panggilan Airis pun tak diendahkan. Dalam kepala Adeline, dia cuma ingin segera ke bilik tidur. Dia ingin cepat-cepat kembali ke tempat selamatnya, tempat privasinya.

"Cik Adel..."

Adeline tetap pekakkan telinga walaupun Airis memanggil di muka pintu bilik. Sengaja dia kunci sekali gus menghalang Airis daripada masuk ke dalam.

Tak, dia tak nak ada sesiapa menemaninya saat ini.

Adeline duduk di birai katil. Mata menekur kaki sendiri buat beberapa detik sebelum tiba-tiba bahunya terhenjut. Daripada perlahan, lama-lama semakin kuat. Pantas tangan Adeline naik menekup mulut sendiri, cuba menahan daripada bunyi esakannya terlepas. Dalam masa yang sama, pita memori diundur kepada detik dia ditampar seseorang.

"DASAR perempuan murahan!"

Adeline tergemap mendengarkan cacian itu. Detak jantung terus berubah, aliran darah di dalam tubuh jadi lebih laju daripada biasa. Pipi rasa pijar tapi detik ini, rasa panasaran melebihi segala-galanya.

Tanpa mengendahkan Airis yang bertanya keadaannya, Adeline terus pandang insan yang telah menghadiahkan habuan kepada pipinya.

"Kau memang perempuan tak tahu malu kan?!"

Pemilik suara lantang itu mahu menyerang Adeline lagi tetapi gagal apabila Ayaaz lebih pantas menangkap pergelangan tangannya. Mata Adeline seakan digamit oleh tangan kanan Ayaaz lalu dia pandang ke situ.

Kelihatan tangan Ayaaz mulai bergerak. Sepantas kilat akal Adeline membuat konklusi apa yang mahu dilakukan oleh Ayaaz. Lalu secepatnya, tangannya memanjang.

"Jangan!" jerit Adeline seraya memegang lengan Ayaaz sekuat hati.

Sikit...
Sikit saja lagi...

Andai kata Adeline lewat hatta sesaat, pasti tamparan Ayaaz akan melekap ke pipi insan itu pula. Pada sepasang mata Ayaaz, seakan-akan ada nyalaan api di dalamnya. Adeline yang ditampar tapi muka Ayaaz yang merah padam.

"Ayaaz, please... Jangan tampar dia," kata Adeline lembut, cuba memujuk Ayaaz.

Pada awalnya Ayaaz bermata tajam. Dalam kepalanya, dia hanya mahu memastikan insan itu menerima kesakitan yang sama dengan Adeline. Atau lebih elok lagi, sekiranya insan tersebut merasakan kesakitan berganda.

Tetapi apabila Adeline memandangnya redup bersama gelengan, Ayaaz terpaksa batalkan niatnya. Ketika Adeline menurunkan tangan Ayaaz pun, mata Ayaaz masih lagi melekap pada pipi merah Adeline.

"Siapa kau?" Airis tarik insan tak dikenali itu sekuat hati lalu Airis tolak hinggakan punggungnya mendarat di sisi meja.

"Kenapa kau tampar Cik Adel?" tanya Airis seraya bercekak pinggang. Ikutkan dia, memang dah berbirat pipi orang itu tapi Airis cuba tahan diri. Tadi pun, dia perasan Ayaaz mahu melempang tapi Adeline telah menghalangnya.

"Aku tanya ni, jawablah!" gesa Airis.

Wanita itu merengus. Dia pandang Adeline dengan hujung bibir menjongket tapi sesaat kemudian, pandangannya terhalang. Sekarang satu susuk tegap pula memenuhi kornea matanya.

"Siapa kau? Boyfriend baru dia? Oh, dialah punca kau tinggalkan abang aku? Sebab dah ada jantan lain yang lebih handsome dan lebih kaya daripada dia?" Bertalu-talu soalan dilempar sambil bibir tak habis-habis menayang sengihan mengejek.

Airis segera pandang Adeline dan Ayaaz, sementara wanita dan lelaki itu pula saling berbalas pandangan sebelum mereka pandang wanita itu semula. Jelas, masing-masing tidak memahami apa-apa.

BELLEWhere stories live. Discover now