B (Bab 12)

441 37 19
                                    

Happy reading! Baca sampai habis & you shall read a special announcement 💛

•••

BAB 12

ADELINE mundar-mandir di dalam bilik. Detik ini, pelbagai perkara berselirat di dalam otaknya dan itu semua hanya membuatkan Adeline panas punggung. Apalagi detik ini, dia mulai merasa curiga kepada...

"Mama."

Adeline menyebut sepatah perkataan itu dengan seribu satu rasa. Selepas pertemuannya dengan Kayla tadi, dia yakin tentang sesuatu.

Dato' Sri Akma telah membohonginya. Bukan sekadar satu perkara tetapi banyak. Dan semuanya berkaitan dengan Kyle.

Kata Dato' Sri Akma, Adeline terlalu sibuk dengan urusan AKMA sampai tak ada masa nak bercinta sedangkan hakikatnya, Adeline ada Kyle. Dato' Sri Akma tahu hubungan mereka tapi melarang gara-gara status. Disebabkan itu jugalah, Adeline yang terlampau cintakan Kyle, berani menyusup keluar banglo dan bermalam di rumah lelaki itu.

Tidak cukup dengan melarang, seterusnya Dato' Sri Akma telah putuskan hubungan mereka!
Adeline yakin sangat, memang Dato' Sri Akma yang menghantar WhatsApp kepada Kyle daripada telefon pintarnya!

"Kyle dapat tawaran kerja kat UK lagi sekali. Sebelum ni dia tolak sebab dia tak nak jauh daripada kau. Tapi lepas kau minta putus, Kyle bawa diri ke sana. Dia nak cipta nama dan kumpul duit banyak- banyak."

Itu kata Kayla apabila ditanya tentang keberadaan Kyle. Adeline minta nombor telefon Kyle tetapi Kayla enggan bagi.

Katanya, biar dia dapatkan keizinan Kyle dahulu. Hati Kyle dah hancur lumat disebabkan salah faham tersebut jadi Kayla tidak pasti, adakah luka di hati Kyle sudah sembuh atau belum.

Adeline melepaskan rengusan. Tak tahulah kenapa tiba-tiba dia geram sangat dengan ibunya. Ini baru dia tahu satu perkara yang diselindungkan daripadanya. Ada lagi perkara lain atau tidak, sebenarnya?

Tersentak Adeline sewaktu nama Ayaaz menjelma di dalam fikiran. Langsung terbang bertempiaran kesemua nama-nama yang lain. Mata Adeline tertancap pada pintu penghubung.

Sekilap, dia terkenangkan reaksi Ayaaz tadi. Membisu semata, bagai ada emas di dalam mulutnya. Airis juga sama seperti Ayaaz tapi pulang saja, Airis tetap memaniskan muka sebelum dia pamit diri masuk ke bilik. Tapi Ayaaz...

"Berani dia masam muka dengan aku?" soal Adeline dengan mata memicing.

Memanglah dia segan. Memanglah dia malu. Tapi ego Adeline berpendapat Ayaaz tak ada hak untuk menilai dia! Ayaaz hanyalah pengawal peribadinya. Kenapa perlu ambil pusing tentang kehidupan peribadi dia pula?

Diturutkan rasa sebal, Adeline membawa diri ke pintu penghubung. Pintunya sudah dibuka. Sekarang yang menjadi pemisah di antara dirinya dan bilik Ayaaz ialah pintu lelaki itu pula.

"Ayaaz."

Adeline tidak mengetuk. Tangan sengaja berpeluk tubuh sahaja.

"Ayaaz." Adeline mengeraskan suara serta menaikkan julat.

"Ayaaz, saya tahu awak dengar. Jawablah," kata Adeline lagi namun sama seperti tadi, setiap panggilannya tidak bersahut.

Raut tegang Adeline kendur. Lama-lama, Adeline mulai monyok dan air matanya mulai bergenang. Buat kesekian kalinya, rasa segan dan kesal menyerbu dirinya.

"Ayaaz..." Sekarang, Adeline menyeru dengan suara perlahan dan sedikit bergetar. Kepala Adeline menunduk.

"Saya tahu, mesti awak dan Airis jijik dengan saya kan?" Tetap tiada jawapan tetapi itu tidak menghalang Adeline daripada meluahkan isi hatinya.

BELLEWhere stories live. Discover now