B (Bab 10)

443 36 4
                                    

BAB 10

DIA mengiringi si ibu hingga ke kereta. Sebelum Dato' Sri Akma memboloskan diri ke dalam, beg
bimbit miliknya diserahkan Adeline. Tadi, anaknya yang bawakan untuknya.

"Mama balik lewat lagi hari ni?" tanya Adeline, dijawab dengan gelengan Dato' Sri Akma.

"Hari ni tak ada miting, tak ada appointment. Tak ada urusan dengan pihak Akademi Muzika juga. Insya-Allah mama boleh balik awal," beritahu Dato' Sri Akma.

Mendengarkan nama Akademi Muzika, Adeline terus teringatkan program realiti yang ditaja oleh AKMA. Sejujurnya, Adeline tak mengerti kenapa perusahaan kosmetik seperti AKMA ingin menaja program nyanyian sebegitu. Tak ada kaitan langsung di antara dunia kosmetik dan dunia hiburan.

Pernah dia bertanya kepada Dato' Sri Akma dan jawapan pertama yang diterima ialah, sebagai salah satu platform untuk mempromosi AKMA. Akademi Muzika mempunyai ramai pengikut dan penonton jadi secara tidak langsung, mereka semua merupakan potential buyer AKMA. Jawapan kedua pula...

"Adel tak ingat? Ini sebenarnya cadangan Adel."

Waktu itu, Adeline ternganga. Seriuslah? Dia yang cadangkan syarikat AKMA menaja Akademi Muzika?!

"Adel? Dah kenapa termenung?" tegur Dato' Sri Akma setelah anaknya diam membisu sambil mata merenung kereta. Bila dia gerak-gerakkan tangan di hadapan Adeline, tak ada sebarang reaksi. Sah, Adeline melamun.

Adeline pandang Dato' Sri Akma sebelum lambat-lambat bibir membentuk sengihan.

"Tak adalah, ma. Adel cuma teringat yang mama pernah cakap sebenarnya Adel yang bagi cadangan untuk sponsor Akademi Muzika, untuk promote AKMA."

Dato' Sri Akma menyahut dengan 'oh'. Apabila Adeline bertanya lagi, semerta Dato' Sri Akma beri perhatian.

"Ma, apa kata kalau Adel ikut mama ke AKMA mulai sekarang? Adel rasa Adel dah okey. Kutlah kalau Adel bekerja macam dulu, lagi cepat ingatan Adel pulih? Lagi cepat Adel regain my memory?" usul Adeline tiba-tiba.

Idea itu muncul sekilas di dalam kepala, terus Adeline ajukan kepada si ibu. Jika difikirkan semula, Adeline tak nafikan itu ialah satu idea bernas.

"Adel, Adel..."

Adeline diam, menanti jawapan Dato' Sri Akma.

"Mama kalau boleh, memang nak Adel balik semula ke AKMA cepat-cepat. Tak ada Adel, huru-hara juga hidup mama. Tapi mama tak nak Adel terlalu push diri. Cukup-cukuplah dulu Adel kerahkan fokus Adel pada AKMA semata, untuk tolong mama. Sampaikan Adel tak ada life sendiri.
Entah-entah, Adel pun tertekan dan rasa terbeban sebenarnya. Sebab tu Adel lupakan AKMA. Mungkin otak Adel block ingatan berkaitan AKMA sebab deep in your heart, Adel dah letih dengan AKMA?"

Mula-mula bar teruja Adeline meningkat. Ayat- ayat pertama Dato' Sri Akma sepertinya bersetuju dengan dia tapi kemudian, bar terujanya jatuh menjunam.

Dalam masa yang sama, Adeline sempat terfikir sendiri. Benarkah? Otaknya telah memadam segala ingatan tentang AKMA kerana dia sebenarnya sudah jelak menguruskan AKMA? Lantaran itulah, dia langsung tak dapat mengenang semula tentang jawatannya selaku CEO di syarikat itu dan segala-galanya tentang AKMA?

"Mama pergi dulu," kata Dato' Sri Akma, pamit diri. Sekarang dia sudah memboloskan diri ke dalam kereta, di tempat duduk belakang. Di depan, ada Noura dan pemandunya.

Dato' Sri Akma menurunkan tingkap untuk mengucapkan selamat jalan kepada anaknya tapi tiba-tiba Adeline mendekati bersama mimik muka serius.

"Mama..."

"Ya, Adel..." Meleret Dato' Sri Akma menjawab. Entah apa lagilah yang diinginkan anaknya.

"Mama cakap... Adel fokus pada AKMA aje kan?"

BELLEWhere stories live. Discover now