B (Bab 4)

609 45 12
                                    

BAB 4

DENGAN hanya satu ayat yang merangkumi dua patah perkataan iaitu 'jangan pergi', maka di sinilah dia sekarang.

Berdiri tegak, terpaksa mendengar suara petir yang memarahi kedua-dua wanita tadi.

Si pemilik suara petir sedang berdiri sambil tangannya tergerak-gerak penuh emosi manakala si pengawal peribadi berdiri sahaja, tidak menjawab apa-apa. Wanita yang tadinya nyaris diculik pula kekal menunduk, takut hendak bertentang mata dengan...

"Degil sangat tak nak dengar cakap mama kan?! Keluar tak beritahu mama, tak minta izin mama... Inilah jadinya! Airis! Saya upah awak untuk jaga dia, pastikan dia tak keluar dari rumah ni! Bukannya untuk awak ikutkan kehendak dia, bawa dia ke mana-mana yang dia nak!"

Rasa-rasanya sudah berulang kali Dato' Sri Akma katakan perkara sama tapi disebabkan sebalnya masih menggunung, dia hamburkan saja sekali lagi.

"Adel pun satu! Kenapa degil sangat, tak nak dengar cakap mama?! Tak serik ke, lepas accident tu? Masih berani rupanya nak merayau ke mana-mana!"

"Tapi... Kita orang dah selamat..."

"Jangan menjawab!"

Terus Adeline kunci mulut. Tak jadi nak bela diri sendiri.

"Tak boleh jadi ni. Ada bodyguard tapi tetap tak guna juga. Habis anak aku dikerjakan. Ingatkan bila ambil bodyguard perempuan, senang sikit nak handle Adel. Rupanya, tak berguna juga!"

Airis kemam bibirnya kuat. Kalau dah itu yang dikata Dato' Sri Akma, Airis tahu ke mana hala tuju kata-katanya selepas ini. Tak lain tak bukan...

"Mulai esok, awak dah tak payah datang sini lagi. Awak dipecat! Immediately!"

"Mama!" Adeline terjerit. Kepala terus terngadah, punggung terus terangkat dari sofa.

"Please, mama. Jangan pecat Airis. Dia tak salah. Adel yang paksa dia ke sana. Airis dah berkali-kali halang Adel tapi sebab Adel degil..."

"Mama tak peduli! Kalau dia bagus dalam kerja dia, dia takkan biarkan Adel ke tandas tak diawasi. Adel pun takkan dibawa jauh sampai ke car park. Mesti dia dah boleh uruskan ketiga-tiga lelaki tu, di situ juga!"

Dato' Sri Akma senaraikan dua lagi kesalahan terbesar Airis. Dia merengus pula.

Airis dilantik sebagai pengawal peribadi Adeline kerana namanya disebut-sebut sebagai pengawal peribadi wanita yang benar-benar tangkas dan lincah.

Tetapi... Apa jadi sekarang? Huh!

"Tapi, ma..." Adeline ingin membela Airis lagi tapi terbantut dek satu suara lelaki.

"Ehem. Sorry mencelah. Tapi aku... Aku cuma nak tanya. Aku masih diperlukan ke? Kalau tak, aku nak balik dulu. Tak naklah masuk campur kau orang tengah bertekak," katanya tanpa teragak-agak. Muka konon tersenyum walhal dalam hati, dia hanya mahu cepat-cepat beredar dari sini.

Dato' Sri Akma tercengang. Adeline juga. Airis pula, terus memandang lelaki tersebut dengan mata membulat. Diketap giginya sambil kepala digerak-gerak, memberi amaran kepada lelaki tersebut agar menghormati Dato' Sri Akma.

Berani dia beraku-kau sahaja di hadapan wanita itu?!

"Awak ni siapa?" tanya Dato' Sri Akma.

"Aku..." Baru lelaki tersebut hendak memperkenalkan diri, Airis mencantas bicaranya.

"Dia yang tolong kami tadi, Dato' Sri. Dia yang tolong selamatkan Cik Adel."

"Kenapa dia ikut balik sini?" Kurang sesaat, Dato' Sri Akma sudah menukas. Dipandangnya lelaki itu aneh.

Airis tak dapat menjawab. Mata terus menyorot pada Adeline memandangkan jawapan itu hanya ada padanya. Dato' Sri Akma perasan Airis hanya memandang Adeline maka tahulah dia, jawapan seharusnya dituntut daripada si anak.

"Kenapa Adel ajak dia balik sini?"

Adeline membungkam. Mata terkelip-kelip sendiri.

"Adel..."

Diam. Adeline tetap tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata.

"Adeline Jameela."

Lebih keras suara Dato' Sri Akma memanggil, sekali dengan nama penuhnya lalu Adeline jawab...

"Adel nak dia jadi bodyguard Adel!"

Dato' Sri Akma pamer riak dungu.
Airis ternganga dek terasa dikhianati.
Sementara lelaki itu pula...

Melongo.

BELLEWhere stories live. Discover now