B (Bab 7)

574 42 7
                                    

BAB 7

JAM sudah menunjukkan pukul satu petang sewaktu dia keluar dari bilik. Gara-gara malam tadi dia diselubungi aura melodrama, Adeline tidur lewat daripada kebiasaan.

Hari ini, buat pertama kali dalam sejarah hidupnya Adeline bangun pada pukul dua belas tengah hari. Terkocoh-kocoh dia bersiap-siap. Keluar saja dari bilik...

"Good afternoon."

Dengar saja sapaan itu, Adeline berpaling ke belakang. Gabra Adeline berundur tetapi tubuhnya tersekat pada pintu bilik yang sudah pun terkatup.

"Ayaaz!" jerit Adeline sebaik bahagian jemari menutup mukanya. Nak tutup penglihatannya, juga nak sorokkan muka merahnya daripada dilihat orang.

Bertentangannya, Ayaaz tayang muka polos. Dia sekadar menegur tapi reaksi Adeline berlebihan, macam dia melakukan perkara yang bukan-bukan!

"Kenapa?" Ayaaz menyoal.

Jari-jari halus yang menutup mata, Adeline gerakkan sedikit. Dari celahan jemari, matanya ligat menyorot Ayaaz dari bawah hingga ke atas.

Bermula daripada bahagian kakinya, naik ke seluar pendek paras lutut berwarna hitam, kemudian ke abdomen yang terbentuk kemas. Di situ, fokus Adeline tertancap buat beberapa ketika. Ada banyak kesan parut kelihatan tapi entah kenapa Adeline rasa, itu semua tak menjadi satu kecacatan.

Seterusnya mata Adeline meliar ke bidang dadanya yang tampak gah, beralih ke bahu kanan yang tertutup dengan tuala yang disilang, kemudian ke bahu kiri. Jelas kelihatan ada titis-titis air di situ. Adeline pandang muka Ayaaz pula dan akhir sekali terhenti pada rambutnya yang masih basah.

Di luar sedar, Adeline meneguk liur. Lagi sekali pipinya mulai membahang.

"Dah kenyang?"

"Hah?" Automatik mata Adeline melekap pada sepasang mata Ayaaz pula. Apabila Ayaaz menggerakkan tangan mengunjuk diri sendiri, Adeline turut melihat.

"Lunch dengan tengok badan saya. Dah kenyang?"

Tak ada sebarang makanan tersekat di tekak tapi...

"Uhuk uhuk! Uhuk!"

Adeline tersedak sendiri! Terbatuk-batuk dia tiba-tiba. Tangan terus menepuk dada berkali-kali. Muka Adeline semakin memerah di setiap saat yang berlalu. Rasa-rasanya batuk inilah yang paling menyeksakan yang pernah dia rasai.

Tidak tahu mahu berbuat apa, Ayaaz cuma terfikir untuk menepuk belakang badan Adeline. Baru dia mengorak langkah ingin mendekati majikannya, suara nyaring Airis kedengaran.

"Cik Adel! Ya Allah!"

Airis bergegas masuk ke bilik untuk mencapai botol airnya. Segera dia hulurkan kepada Adeline.

Melihatkan itu, Ayaaz batalkan niatnya. Dia berundur menjauhi Adeline, membiarkan saja Airis memberi pertolongan. Meski di mulut Ayaaz tidak terluah apa-apa, riak cuak jelas terpampang di mukanya. Terbang bercampera niatnya mahu mengusik Adeline lagi.

Diam-diam, Ayaaz hadiahkan hamunan buat diri sendiri kerana telah menjadi punca Adeline tersedak begitu!

"Hahhh..." Terlepas helaan nafas Adeline, panjang. Terima kasih kepada ketangkasan Airis, dia sudah beransur baik. Cuma tekaknya saja yang masih terasa sedikit perit tapi tak mengapa. Ia tak terlalu menyakitkan. Adeline masih boleh menanggungnya.

"Cik Adel okey?" tanya Airis, prihatin. Anggukan Adeline, walaupun lemah, tetap berjaya menjentik kelegaan Airis. Dipandang Ayaaz semula lalu ekspresi Airis bertukar tegang.

"Kau buat apa dengan Cik Adel?" Airis bertanya garang.

Baru semalam dilantik sebagai pengawal peribadi Adeline, hari ini dah mula buat perangai! Entah apa yang dia lakukan kepada Adeline hinggakan Adeline batuk teruk seperti itu. Airis pandang Ayaaz galak, seolah-olah menanti masa untuk menerkam lelaki itu namun anehnya, Ayaaz bermuka dungu.

BELLEWhere stories live. Discover now