"Mommy, Den nak jumpa daddy."rengek Deniel. Kakinya di hentak - hentak di atas lantai.
"Belum masanya lagi Deniel. Mommy tak sedia nak jumpa daddy."kata Nura, dia cuba menenangkan budak itu.
"No, mommy. Sampai bila? Den nak daddy lah."bentak Deniel. Air matanya diseka dengan kedua belah tangan.
"Bagi mommy jaga korang buat sementara waktu ni. Tak lama pun sayang, lepas ni mommy akan bawa korang jumpa daddy okey."pujuk Nura dengan sebak.
Deniel memandang tepat ke arah Nura sebelum dia mendakap erat tubuh wanita itu. Nura membalas pelukan anaknya.
'Maafkan mommy.'
"Den nak sangat jumpa daddy."kata Deniel.
"Mommy tahu sayang. Nanti kita jumpa daddy eh."ujarnya lagi.
Deniel diam di pelukan Nura.
"Datin."bibik berdiri di hadapan pintu bilik Nura.
"Ada apa bik?"dia melepaskan pelukan sebelum dia memandang tepat ke arah bibik.
"Saya rasa Datin dah boleh balik kot. Kesian dekat budak - budak rindukan Dato'."pujuk bibik.
Nura senyap. Dia memandang Deniel dan bibik bersilih ganti.
"Anak - anak buat apa?"soalnya.
"Tidur."
Dia diam sebelum menarik nafas sedalam - dalamnya.
"Baiklah esok pagi kita balik KL."katanya kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Akhirnya tangisannya dilepaskan. Dia tidak bersedia untuk berpisah dengan anak - anak mahupun sang suami. Tapi perbuatan suaminya itu, tidak dapat dilupakan.
"I'm sorry."
.......
Anissa perlahan - lahan berjalan masuk ke dalam bilik tidur Puan Asmah. Kelihatan Puan Asmah sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia melangkah menuju ke arah almari baju di dalam bilik itu.
Pintu almari itu dibuka perlahan - lahan, sebelum beg duit ibunya yang berada di bawah helaian baju itu di capai. Dia tersengih sebelum dengan segera membuka beg duit itu dan mengambil beberapa keping duit bernilai RM100.
"Terima kasih mak. Sayang mak."katanya perlahan.
Beg duit diletakkan di tempat asal sebelum dia beredar dari bilik tidur Puan Asmah. Beg sandangnya di tepi pintu bilik ibunya diambil, dia mahu ke Kuala Lumpur.
Sempat dia meninggalkan pesanan buat orang tuanya itu.
Mak, Nissa pergi KL. Jumpa Aliff. Apa - apa hal telefon. Bye!
"Anissa! Berani kau. Tak guna punya anak!"habis dia amuk satu rumah sebaik sahaja membaca surat anaknya itu. Beg duitnya di campak di atas lantai.
Dengan panas hati dia menyarung tudung sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya itu.
"Bodoh! Bodoh punya anak. Kerja senang pun tak boleh nak buat. Semua benda nak aku je yang suap, harap muka je cantik tapi akal tak boleh pakai."marah Puan Asmah.
Dia berjalan di tengah panas untuk ke pekan. Duitnya sudah habis di kebas oleh anaknya sendiri.
"Kau sabar jap, berani kau ambil duit aku. Kau memang nak kena."bebelnya lagi. Tudung di kipas - kipas di kawasan leher. Panas! Mahu naik teksi, duitnya tinggal 5 ringgit sahaja.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...