Hampir 2 bulan setelah pemergian Anissa dalam kemalangan jalan raya. Kehidupan Aliff juga kembali seperti sedia kala, kecuali isterinya. Buntu Aliff mahu memujuk sang isteri. Kali ini dia tekad, walau apa pun yang terjadi, dia akan tetap memujuk isteri kesayangannya.
Pagi itu, Aliff pergi ke pejabat lebih awal. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Sebaik sahaja dia bersiap sambil dia membimbit beg kerjanya, dia melangkah kearah katil bayi. Arina yang nyenyak itu dipandang lembut. Dikucup dahi anak bongsunya itu penuh kasih sebelum dia beralih ke katil.
Arfan yang lena itu membuatkan dia tersenyum. Lasak sungguh anak lelakinya itu tidur, nasib isterinya sudah meletak penghadang jika tidak mesti anaknya itu boleh terjatuh dari katil. Usai itu, segera dia turun ketingkat bawah.
"Cepatnya turun, saya baru nak panggil awak untuk breakfast."kata Nura sebaik nampak kelibat suaminya.
"Ah, tak apa lah. Saya breakfast luar."ujar Aliff.
"Eh, tapi Deniel nak break–"
"Saya dah lambat, saya pergi dulu."potong Aliff lalu dia meneruskan langkah keluar dari rumah. Bukan dia tidak nampak, isterinya berdiri kaku di tepi meja makan.
Kalau bukan sebab rancangan ni, sudah tentu dia bersarapan bersama ahli keluarganya yang lain. Ditabahkan hatinya agar tidak kembali pada sang isteri.
'Sorry yang.'katanya dalam hati.
......
Nura duduk sambil melihat anak - anaknya bermain di tengah ruang tamu itu. Matanya memerhati anak - anak namun fikirannya melayang entah kemana.
Suaminya seakan cuba mengelakkan diri darinya. Seakan cuba menyembunyikan sesuatu darinya, makin bercelaru otaknya. Lama mendiam akhirnya Nura bingkas bangun untuk ke dapur, bibik di cari.
"Bik, saya nak naik rest kejap. Nanti tolong tidurkan budak - budak eh."kata Nura dengan perlahan.
"Baik Datin."ujar bibik yang baru selesai mengemas dapur.
Nura hanya mengangguk lalu beredar dari dapur. Arfa yang nampak kelibat ibunya naik ke tingkat atas segera menjerit.
"Ammy!"
"Apa yang jerit - jerit ni Arfa?"soal Nura sedikit tegas.
Arfa menapak ke arah mommynya. Dia mahu mengikut wanita itu ke tingkat atas.
"Tak payah ikut, mommy nak naik. Nanti tidur dengan bibik."ujar Nura, segera dia menutup pagar kecil yang menjadi penghadang agar - agar anaknya tidak bermain di tangga.
"Ikut." Arfa sudah merengek.
"Kakak, kalau kakak nangis habis nanti adik - adik pun nangis. Kesian bibik."pujuk Nura.
"Tak nak."
"Kalau kakak stop nangis, nanti mommy suruh bibik bagi aiskrim. Takkan kakak nak makan aiskrim dekat dalam bilik."pujuk Nura lagi.
Rengekkan Arfa sudah berhenti.
"Pergi dekat bibik. Minta aiskrim dekat bibik, makan elok - elok okey sayang."kata Nura.
Arfa mengangguk tanda mengerti lalu ke dapur. Sebaik melihat anaknya sudah ke depan bersama bibik sambil membawa semangkuk kecil aiskrim berperisa coklat, baru Nura menyambung langkahnya ke tingkat atas.
.......
Datang sini bawak anak - anak.
Pesanan itu di baca berkali - kali. Lokasi yang dinyatakan itu juga di perhatikan berkali - kali.
"Apa yang dia nak buat dekat sana. Siap suruh bawa anak - anak lagi."katanya seorang diri.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...