Lima jam bertarung dalam dewan bersalin akhirnya lahir seorang ahli keluarga Aliff. Dia mengucapkan kata syukur, dahi Nuha di cium penuh syahdu.
Bayi yang masih penuh dengan darah itu diletakkan di atas dada Nura. Nura tersenyum lemah memandang bayinya. Terasa hilang segala kesakitan yang ditanggung sebaik sahaja suara tangisan anaknya bergema di dalam ruangan itu.
Bayi itu kemudiannya di ambil oleh nurse yang ada di dalam dewan itu.
"Thank you sayang."ucap Aliff gembira.
"Welcome abang. Nura nak tidur sekejap."katanya sedikit serak.
"Okey sayang. Tidur lah dulu."ujar Aliff lembut. Ubun - ubun isterinya diusap.
Nura hanya tersenyum sebelum dia melelapkan matanya seketika.
......
"Kenapa tak hantar anak - anak dekat rumah mama?"soal Puan Maria sambil mengendong Arina Irdina Marisa.
"Tak sempat ma nak hantar budak - budak ni. Kelam - kabut nak siapkan Nura."jawab Aliff seraya tersengih.
Mana tidaknya jam 2.00 pagi Nura sudah mengejutnya mengadu sakit di bahagian ari - ari. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia bangun dari katil dan menukar seluar serta baju. Tidak lupa juga dia mengambil cardigan serta tudung sarung. Usai sahaja siap dia memapah sang isteri turun ke tingkat bawah. Nasib lah barang bayi serta isterinya sudah ada di dalam kereta. Tidak lama kemudian, keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Tapi sebelum itu, sempat dia mengetuk pintu bilik bibik untuk menjaga Arfa dan Arfan yang tidur di dalam bilik.
"Mana tak nya ma, abang punya style kalau dah risau memang macam tu. Nasib Nura ingatkan dia pasal anak, kalau tak memang terus ke hospital je."ujar Nura sambil tergelak kecil.
"Tengok isteri kamu ni, sakit - sakit pun masih ingat dekat anak. Kamu yang tak sakit tu takkan lah tak ingat anak."bebel Puan Alia pula.
"Ala bu. Bukan salah Aliff, dah si Nura ni tepuk Aliff kuat sangat. Mana tak terkejutnya Aliff waktu tidur."ujarnya membela diri.
Terbuntang biji mata Nura. Eh, dia pula yang salah.
"Mana ada Nura tepuk abang kuat. Nura cuma tepuk nak bagitahu abang yang Nura sakit. Tu je."kata sang isteri sambil menjeling tajam si suami.
"Eh, sayang yang tepuk ab–"
"Dah lah. Tak payah nak gaduh. Ada yang kena hantuk kejap lagi."marah Encik Iman.
Mereka sama - sama terdiam sebelum menjeling antara satu sama lain. Sejak anak dah masuk empat ni kuat pula mereka bergaduh dan merajuk sesama sendiri.
"Pantang mana ni?"soal Puan Alia.
"Macam biasa lah bu, balik rumah opah."jawab Aliff dengan muka cemberut.
Mereka yang di situ mengangguk tanda faham.
"Anak kamu ni dah susu ke belum?"soal Puan Maria.
"Belum ma."
"Ha kalau macam tu, kami keluar dulu lah."kata Puan Alia lalu bangun dari duduk.
Yang lain turut melakukan hal yang sama termasuk Aliff.
"Abang bawa yang lain pergi cafe."katanya lalu melangkah keluar dari bilik.
Merajuk!
Nura tergeleng kepala dengan perangai sang suami.
......
"Arfa, jangan di kacau adik tu."tegur Opah Hasinah. Dia menatang dulang yang berisi peralatan bertungku.
Arfa memandang ke arah moyangnya sebelum tersengih menampakkan giginya.
"Deniel. Ambil Arfa ni, opah nak urut mak kamu."suruh Opah Hasinah lagi.
"Baik moyang." Arfa yang ada di sebelah Nura di ambil lalu di bawa ke halaman rumah.
Usai itu, tubuh kecil Arina di alihkan sedikit. Dia memerhati bedung yang melilit tubuh cicitnya itu, takut terlalu ketat atau terlalu longgar.
"Lepas bertungku ni kamu rehat sekejap lepastu minum air akar kayu."kata Opah Hasinah.
"Kalau tak minum tak boleh ke?"dia mencuba nasib.
"Jangan nak mengada sangat Nura. Sat lagi opah katuk kepala kome dengan tungku ni."marah Opah Hasinah membuatkan Nura mencebikkan bibirnya.
"Yang, abang bawa anak - anak pusing satu kampung tahu."kata Aliff yang baru muncul di muka pintu.
"Okey, hati - hati. Tengok Arfa dengan Arfan tu."ujar Nura.
"Alright. Opah, Aliff pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."jawab mereka berdua serentak. Tangan opah masih lagi melakukan kerja.
Selesai bertungku, Nura berehat seketika sebelum hidungnya terbau sesuatu yang seakan dikenalinya.
"Nura, minum air akar kayu ni. Opah dah siapkan."kata Opah Hasinah.
"Ergh, ala opah."rengek Nura.
"Tak ada. Minum sekarang!"marah Opah Hasinah.
Dengan muka terpaksa Nura menelan air tersebut sehingga habis, dipicit hidungnya agar tidak bau air tersebut.
"Kan senang. Bagus."komen Opah Hasinah lalu membawa gelas kosong itu keluar dari bilik.
Berair biji mata Nura. Pahit, kelat semua ada dalam air tu.
.....
Puan Asmah memandang anaknya tidak percaya. Kata - kata yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut anaknya itu cuba dihadam. Anissa hanya menayang senyuman lebar.
"Kamu biar betul sikit Nissa. Mak bukannya apa, kamu sendiri tahukan macam mana perangai pak ngah kamu tu."ujar Puan Asmah sedikit gentar.
"Ala mak. Tak ada apa lah, jangan risau. Tahulah Nissa nak buat apa nanti."kata Anissa berlagak. Dalam kepalanya sudah merangka bermacam perkara.
"Suka hati kau lah, apa - apa hal mak tak nak tanggung. Kau tanggung sendiri."ujar Puan Asmah lalu beredar masuk ke dalam bilik.
Anissa hanya memandang sekilas sebelum dia menuju ke dapur untuk membasahkan tekak.
"Tunggu sikit je lagi eh. Nanti tahu lah apa yang jadi."katanya sendirian.
Maafkan saya lewat.....
Maafkan saya jika hambar....
Maafkan saya jika kurang menarik....
Saya cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan idea yang tersekat di otak...😅
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...