Bab 17

3.1K 104 26
                                    

Pagi itu suasana di rumah Aliff agak riuh dengan suara mereka sedang berbual, walaupun kedua belah keluarga berkumpul tetap juga Aliff merasakan rumah itu sunyi. Aliff duduk termenung di tepi kolam renang, kenangan mereka sekeluarga bermandi - manda di kolam renang ini terimbau kembali.

Adriana yang baru keluar dari dapur itu segera mendapatkan Aliff, dia duduk di kerusi sebelah Aliff. Tanpa sedar, Adriana mengeluh perlahan. Kasihan dia melihat sepupunya itu.

"Kau tak tidur eh semalam?"soal Adriana sambil matanya menilik raut wajah tidak bermaya sepupunya itu.

"Tak. Aku tunggu Nura dengan anak - anak balik."jawabnya lemah.

Mata langsung tak dikalih ke arah lain.

"Tak sangka pula aku yang mak su dengan Nissa tu sanggup buat macam tu dekat korang."Adriana tumpang simpati dengan nasib keluarga Aliff.

"Biarlah Ana. Aku dah malas nak ambil tahu hal dorang, yang aku tahu aku nak anak bini aku balik dengan selamat."katanya mendatar.

"Jangan lemah. Aku tahu kau kuat, tenangkan diri kau tu. Bila kau dah okey, kau pergi cari anak bini kau. Kalau kau macam ni, kau ingat benda akan selesai ke?"Adriana cuba mengembalikan semangat Aliff.

"Separuh jiwa aku dah pergi."tutur Aliff lemah.

"Aliff yang aku kenal bukan lemah macam ni, dia kuat. Sangat kuat. Jadi diri kau yang lama, cari anak bini kau. Bawa dorang balik dekat rumah ni."

"Aku naik dulu. Nak baring."tutur Aliff lalu dia berdiri tanpa menunggu jawapan dari Adriana dia terus beredar meninggalkan Adriana.

"Assalamualaikum."sapa seseorang. Sampai sahaja di tangga terakhir dia berhenti. Segera dia menyorok untuk melihat permainan orang itu.

Suara itu, suara yang amat dikenalinya. Dia masih statik di tempat yang sama, tidak beranjak seinci pun.

.....

"Jagakan budak - budak kejap ya."ujar Nura

Sebaik sahaja bibik mengangguk, dia meninggalkan kawasan homestay itu. Bukannya dia kemana pun, dia cuma mahu mengambil angin. Menenangkan diri yang serabut.

"Nura rindu abang, anak - anak pun."ujarnya seorang diri.

Bunyi desiran ombak itu langsung tidak mampu membuatkan hati seorang wanita bernama Nura Medina tenang. Setiap masa dia pasti akan mengingati sang suami yang jauh di sana.

"Maafkan Nura bang. Nura keluar rumah tanpa izin abang."

Kenangan mereka sekeluarga yang suka berkelah di tepi pantai terngiang - ngiang di kotak minda. Riuhnya suara Deniel dan Arfa yang bermain pasir, Arfan yang mengamuk mahu bermain pasir juga terimbas kembali.

"Semua tu akan jadi kenangan buat kita je."bisiknya seorang diri.

Dia berjalan di tepi persisiran pantai itu, ombak - ombak yang menghempas kakinya itu dibiarkan.

"Abang."panggil Nura manja. Lengan si suami di peluk erat.

"Ya sayang. Kenapa ni?"soal Aliff prihatin. Tudung isterinya yang tidak betul akibat di tiup angin di betulkan sedikit.

"Kalau one day nanti, Nura takde abang akan cari yang lain ke?"soal Nura.

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now