Anissa mendail nombor telefon Aliff beberapa kali, namun lelaki itu tidak menjawab. Dia merengus kasar sebelum telefon bimbitnya di campak di atas katil.
"Apa hal susah sangat nak angkat call aku."bentaknya seorang diri.
Tidak lama selepas itu, telefon yang dicampak di ambil semula. Pesanan whatsApp di hantar pada Aliff.
Kenapa abang tak angkat call Nissa. Nissa call abang banyak kali tahu tak?
Usai sahaja dia menghantar pesanan itu, dia mencampak kembali telefonnya. Tubuhnya dilambung di atas katil, mata dipejam rapat bagi menghilangkan rasa geram pada Aliff.
Bunyi deringan telefon membuatkan Anissa segera menjawab. Ingatkan Aliff yang menelefonnya rupanya bukan.
"Hello, kau kat mana?"soal Puan Asmah di hujung talian.
"Rumah lah mak. Kenapa?"soalnya malas.
"Bukan ke selalu kau keluar dengan Aliff?"
"Keluar apanya. Dari tadi Nissa call dia, dia tak angkat. Buat habis kredit je."ujarnya bengang.
"Tak angkat? Lepastu dia dekat mana?"soal Puan Asmah bertalu - talu.
"Mana lah Nissa tahu. Mak ni pun satu lah."marahnya.
"Aku bukan apa Nissa. Aku takut dia dah berbaik dengan bini dia."ujar Puan Asmah risau.
Perkara itu membuatkan Nissa yang tadinya baring terus duduk tegak.
"Mak tak–"
"Itu aku tak tahu lah. Nanti aku jumpa Mak Lijah kau balik."potong Puan Asmah.
"Hah ya lah."panggilan terus di tamatkan.
'Tak mungkin. Takkan lah.'
Kepalanya digeleng berkali - kali.
Tok tok tok
"Kau nak apa, Hanis?"soalnya malas.
"Ni aku ada belikan makanan. Jom lah keluar makan."ajak Hanis usai itu gadis itu beredar dari depan pintu bilik Anissa.
Anissa dengan langkah malas terus sahaja menapak keluar dari bilik tidurnya. Kelihatan Hanis sudah duduk sambil menjamu selera. Sebaik Anissa melabuhkan punggungnya diatas kerusi, Hanis meletakkan bekas berisi makanan di hadapan Anissa.
"Apa pasal muka kau masam mencuka je?"soal Hanis sedikit prihatin.
"Geram lah aku dengan perangai Aliff tu."ujarnya bengang.
Ternaik kening Hanis.
'Geram? Dah kenapa pula dua orang ni.'getus hati kecilnya.
"Apa yang dia dah buat dekat kau?"soal Hanis lagi. Nasi disuap ke dalam mulutnya.
Sambil mengunyah dia menanti jawapan yang terbit di bibir Anissa. Matanya tepat menikam ke arah Anissa yang sedang makan itu.
"Aku call dia banyak kali tapi dia tak angkat. Aku whatsApp dia pun, dia tak reply."jawabnya setelah selesai menelan nasi yang dikunyah.
"Busy kot?"
"Busy apanya. Hari ni kan hari Sabtu. Orang semua cutilah."bentaknya.
"Ala, chill lah Nissa. Kalau dia takde banyak lagi lah lelaki lain yang ada dekat dunia ni. Kau kan cantik."pujuk Hanis lagi.
Anissa terdiam.
'Betul cakap kau Hanis. Aku cantik kalau Aliff tak nak ramai lagi lelaki yang nak kat aku. Tapi aku sukakan Aliff, bukan. Aku sukakan harta dia je.'gumamnya perlahan.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...