Bab 14

2.4K 86 24
                                    

Seperti yang dijanjikan mereka suami isteri bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur selepas zohor. Encik Iman langsung tidak singgah di mana - mana kawasan hentian atas arahan Puan Alia. Katanya dia mahu sampai awal ke rumah anak menantunya.

Encik Iman hanya menurut arahan isterinya kerana tidak mahu memanjangkan isu. Sepanjang perjalanan Puan Alia banyak berzikir, langsung dia tidak bercakap dengan suaminya. Yang dia tahu mereka selamat sampai ke rumah anak menantunya.

Tepat jam 5 lebih mereka berdua sampai di hadapan rumah anak mereka. Memandangkan pagar rumah anak mereka tidak bertutup, terus sahaja Encik Iman memakir keretanya di dalam kawasan rumah anaknya.

Puan Alia terus sahaja membuka pintu kereta dan menuju ke arah pintu utama. Pintu di ketuk berulang kali.

"Kejap ya."sahut seseorang dari dalam rumah.

Puan Alia dan Encik Iman menanti dengan sabar. Tidak sampai beberapa minit pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah.

"Oh, Encik dan Puan rupanya. Jemput masuk."ujar bibik sebelum dia membuka pintu rumah dengan lebih luas lalu dia memberi ruang buat kedua orang itu masuk. Beg yang di bimbit oleh Encik Iman di ambil lalu di hantar ke dalam bilik. Usai itu dia menuju ke dapur.

"Ibu? Ayah? Bila sampai?"soal Nura lembut. Dia yang baru turun segera mendapatkan ibu dan bapa mertuanya. Tangan tua itu di salam dan di kucup penuh hormat.

"Baru je Nura. Anak - anak mana?"soal Puan Alia matanya meliar mencari kelibat cucu - cucunya.

"Ada dekat atas bu. Nura turun ni pun sebab nak bancuh susu Arfan dengan Arfa."terangnya.

"Duduk lah dulu ayah ibu. Hilangkan penat tu. Nanti Nura suruh bibik buatkan air."tutur Nura lembut.

Encik Iman dan Puan Alia hanya mengangguk sebelum duduk di sofa di tengah ruang tamu itu. Kelihatan baby swing dan permainan di sudut ruang tamu itu.

"Ibu tunggu kejap ya. Nura ambil budak - budak dekat atas."ujar Nura sebelum dia naik ke tingkat atas.

"Jemput minum Puan dan Encik."bibik yang sedang menghidang air itu segera menjemput ibu bapa majikannya itu untuk minum.

"Terima kasih bik."ucap Puan Alia bersama senyuman nipis.

Bibik hanya mengangguk sebelum beredar ke dapur.

Tidak lama selepas itu, muncul Nura sambil memimpin tangan Arfan manakala sebelah lagi mengendong Arina. Deniel di belakang pula memimpin tangan Arfa.

"Nenek! Atok!"jerit mereka dua beradik sebelum berlari mendapatkan atok dan nenek mereka. Tersenyum lebar Puan Alia dan Encik Iman apabila diterpa oleh cucu - cucunya. Arfan yang kecil itu pun tidak melepaskan peluang memeluk tubuh tua itu.

"Mana Aliff? Tak balik lagi ke?"soal Encik Iman.

"Belum lagi yah. Dia balik lewat sikit, sebab banyak kerja dekat office tu."jawab Nura. Dia menyerahkan Arina pada ibu mertuanya sebelum dia duduk di sofa lain.

Encik Iman hanya mengangguk. Arfa dan Arfan yang masih menempel disebelahnya itu segera dipeluk erat.

Haih lah cucu, makin debab semuanya.

......

Tepat jam 8 malam baru Aliff muncul di rumah. Tie yang terikat di leher di longgarkan sedikit. Dia meletak beg bimbitnya di tepi pintu rumah sebelum stokin di buka.

"Baru balik ke?"soal Encik Iman yang baru muncul.

Terkejut Aliff melihat ayahnya yang terpacul di hadapannya.

"Ayah? Bila sampai ni? Aliff tak tahu pun."kata si anak yang masih lagi terkejut itu.

"Petang tadi ayah dengan ibu sampai. Memang lah tak tahu dah kalau ayah tak bagitahu kamu laki bini yang kami ni nak datang."ujar si ayah.

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now