"Datin. Ada orang mahu jumpa Datin."kata bibik yang muncul di ruang makan.
Nura yang sedang menyuap Arfa dan Arfan makan itu segera terhenti. Berkerut dahi Nura, siapa yang nak jumpa dia waktu - waktu macam ni.
"Siapa bik? Saya kenal ke?"soalnya lalu menarik shawl yang diletakkan di penyandar kerusi dia duduk.
"Tak tahu lah Datin. Saya sendiri tak kenal dorang."jawab bibik.
"Erm, awak suap dorang ni makan ya. Saya pergi tengok jap."kata Nura lalu bangun dan meninggalkan ruang makan.
Bibik hanya mengangguk lalu duduk di tempat Nura tadi kemudian dia menyuap ke dua beradik itu makan.
"Ya, cari siapa?"soal Nura sebaik sahaja pintu di buka.
Orang itu segera mengangkat wajah sebaik sahaja dengar suara Nura. Terkejut Nura sebaik melihat orang yang ada di hadapan rumahnya.
.........
"Hai Nura."sapa Anissa.
"Tak nak jemput kitorang masuk ke?"soal Puan Asmah pula.
Dari tadi mata mereka melilau memerhati betapa mewahnya rumah ini.
"Ah, jemputlah masuk."ajak Nura yang masih lagi terkedu.
Mereka berdua terus sahaja menapak masuk ke dalam rumah itu dengan senyuman lebar. Sempat lagi Anissa berbisik pada Puan Asmah.
"Mak besar betul rumah dorang ni kan."
"Haah. Mak berkenan pulak rumah ni, jauh lagi cantik dari rumah kita."bisik Puan Asmah pula sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.
'Empuk betul sofa ni, sofa dekat rumah aku pun tak seempuk sofa ni.'getus hati Puan Asmah.
"Mak su dan Anissa ni dari mana?"soal Nura sebaik sahaja duduk.
"Apa punya soalan lah kau ni. Aduh, kitorang dari kampung lah."jawab Anissa acuh tak acuh.
Nura mengangguk.
"Eh, tak ada air ke? Kitorang ni tunggu dekat luar tu lama tahu dah lah panas."kata Puan Asmah sambil mengipas - ngipas lehernya dengan tudung sarung yang dipakainya.
"Kejap ya."Nura bingkas bangun ke ruang dapur.
Sampai sahaja di dapur, dia segera memanggil bibik lalu di suruh bibik buat air dan di hantar ke depan.
"Mak su dengan Anissa duduk lah dulu. Nura nak naik kejap tengok anak."katanya lalu naik ke tingkat atas.
"Mak bestnya kalau kita dapat rumah macam ni mak."
"Kan."
"Jemput minum puan, cik."bibik menuangkan air sirap ke dalam gelas.
"Heh kau ni bibik eh?"soal Puan Asmah.
Bibik hanya mengangguk.
"Takkan lah hidang air je. Dah pergi bawak makanan untuk kitorang."arah Anissa.
"Kau tercegat apa. Pergi lah cepat!"sergah Puan Asmah.
Bibik yang terkejut di sergah begitu terus sahaja ke dapur.
"Bodoh punya bibik."kata Anissa lalu mencapai alat kawalan jauh televisyen.
........
"Korang buat apa dekat sini?"soal Aliff yang baru masuk ke dalam rumah.
Terkejut dia sebaik sahaja mendapat panggilan dari Nura yang Puan Asmah serta Anissa ada di rumahnya. Yang lebih mengejutkan macam mana ke dua wanita itu tahu rumahnya.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...