bab 21

3.5K 104 17
                                    

Hampir dua minggu Nura pulang ke rumah suaminya, gembira tak terkata Aliff apabila isterinya sudah tinggal sebumbung dengannya dan anak - anak. Walau Nura melayan dia sedikit dingin, dia tetap bersyukur.

Memandangkan hari ini hari Ahad, di mana dia sekeluarga selalu meluangkan masa bersama - sama seperti mandi - manda di kolam, bermain bersama anak - anak dan bermacam lagi. Rindu dia pada kenangan lama, jadi pada hari itu dia mengajak anak - anaknya bermandi - manda.

"Siapa nak ikut daddy swimming?"soalnya dengan teruja.

Deniel dan Arfa dengan begitu teruja mengangkat tangan mereka, Arfan juga melakukan hal yang sama.

"Nak!"

"Nak, nak, nak!"

Aliff tersenyum gembira.

"Okey, pergi dekat bibik tukar baju. Den, bawa Arfan sekali. Elok - elok pimpin adik tu."pesan Aliff.

"Baik daddy. Jom adik."ajak Deniel. Dia memimpin tangan adik - adiknya berhati - hati ke dapur.

"Yeay, nak cwim."jerit Arfa teruja.

"Bik, nak tukar baju. Daddy ajak swimming."kata Deniel.

"Jom naik."bibik yang sedang mengemas dapur itu segera mendukung Arfan.

Aliff menggelengkan kepalanya perlahan sebelum menapak naik tangga untuk kebilik.

"Nak buat apa dengan tuala ni?"soal Nura yang baru keluar dari tandas.

"Oh, abang nak bawa anak - anak mandi pool. Jom sayang join sekali."ajaknya. Tuala di sangkut di bahunya yang terdedah itu.

"Tak apa, bawalah anak - anak."tolak Nura. Dia melangkah ke arah katil sebelum mendukung Arina.

"Jomlah sayang. Boleh bagi Arina swimming sekali dengan abang kakak dia."pujuk Aliff lagi.

"Dia ke–"

"Arfan dulu boleh je. Masa umur macam Arina ni lah kita bagi dia mandi pool. Lagipun Arina dah masuk 5 bulan kan."

"Fine."putus Nura.

Aliff tersenyum.

.......

Dengan berlagaknya Anissa melangkah masuk ke dalam rumah Aliff. Belum sempat dia mengetuk pintu, telinganya menangkap bunyi riuh di kawasan kolam renang. Dengan perasan ingin tahu, dia melangkah ke tepi rumah.

Sakit hatinya melihat pemandangan di hadapannya sekarang ini. Dapat dilihat muka Nura yang tersenyum saat anak - anaknya menjerit - jerit minta tolong kerana di kacau oleh Aliff. Aliff pula tertawa bahagia.

"Boleh pula kau tersengihkan perempuan. Tak sedar diri punya perempuan. Kau tahu lah nasib kau nanti."katanya seorang diri.

Dengan penuh dendam, dia beredar dari situ. Makin lama makin sakit pula hatinya sambil dia berjalan tangannya diseluk di dalam handbag. Telefon bimbit di capai sebelum dia mendail nombor seseorang.

"Hello."sapanya sebaik sahaja panggilan di sambut.

"Hello. Ada apa?"soal pemanggil itu.

"Kau kat mana? Aku nak jumpa kau."katanya sambil dia membuka pagar kecil.

"Aku kat rumah, datang lah."

"Tunggu jap."katanya lalu panggilan tersebut di matikan. Pintu pagar itu dibiarkan saja terbuka. Terus dia masuk ke dalam kereta Axia milik kawannya itu.

Anissa memandu keretanya itu dengan laju, masih terngiang - ngiang kebahagiaan yang dilalui oleh musuhnya itu.

"Kali ni kau tahu lah nasib kau perempuan, kalau aku tak dapat Aliff, jangan mimpi yang kau akan berdamping dengan dia. Ini janji aku!"katanya penuh dendam.

Pedal minyak ditekan lagi. Keretanya menderum laju membelah jalan raya, habis semua lampu isyarat di langgar. Tiba di satu persimpangan, Anissa yang tidak melihat kiri kanan terus sahaja menekan pedal minyak. Bunyi hon dari sebuah lori yang bergerak dengan laju tidak sempat menekan brek lalu  merempuh kereta yang dipandu oleh Anissa dari arah kanan dengan kuat.

.......

Usai sahaja solat Isyak, telefon bimbit Aliff berbunyi. Aliff mencapai telefonnya itu, sebelum melihat nama pemanggil. Tiada nama. Tanpa berfikir panjang, dia terus sahaja menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, ni suami kepada Puan Anissa ke?"soal orang tersebut.

"Waalaikumussalam. Tak, saya sepupu dia. Kenapa ya?"

"Kami dari pihak hospital Ampang. Kami nak maklumkan satu berita duka."kata orang itu lagi.

"Ada apa ya?"soal Aliff.

"Puan Anissa mengalami kemalangan pada petang tadi dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Jadi Encik boleh datang ke hospital untuk menguruskan jenazah."

Luruh jantung Aliff mendengarnya.

"Baik, saya akan ke sana sekarang. Terima kasih."ucap Aliff lalu dia menamatkan panggilan.

Dia terduduk sekejap. Haritu Puan Asmah, tidak sampai sebulan Puan Asmah meninggal Anissa pula. Walau dia marah dengan keduanya kerana merosakkan rumah tangganya namun dia harus memaafkan mereka dengan ikhlas kerana keduanya sudah kembali ke rahmatullah.

"Awak, turun dinner."ajak Nura di muka pintu.

Aliff mengangkat wajahnya yang keruh itu. Nura mengerutkan dahinya pelik melihat renungan dari suaminya.

"Awak kenapa?"soalnya sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

"Sayang, siap."arah Aliff.

"Saya tak nak keluar."jawab Nura.

"Siap. Kita pergi hospital."kata Aliff lalu dia bangun lalu melangkah ke dalam walk in closet.

Berkerut dahi Nura. Hospital? Siapa yang sakit? Dia mengejar langkah suaminya itu. Melihat suaminya yang sedang mengambil seluar itu, segera dia menapak ke arah lelaki itu.

"Siapa yang sakit?"soalnya lembut.

"Tak ada siapa yang sakit."jawab Aliff biasa.

Nura diam. Aliff memandang isterinya, bagaikan faham apa yang ada di fikiran isterinya itu. Laju sahaja dia menjawab,

"Nak uruskan jenazah Anissa."

Terbuntang biji mata Nura, seakan tidak percaya.

"Awak tak main - mainkan?"

"Sayang fikir abang tengah buat lawak ke? Ada ke nak buat main perkara serius macam ni?"bengang pula Aliff.

Nura tak berkata apa, dia terus mencari baju untuk dipakai. Aliff yang telah siap itu segera menelefon ahli keluarga yang lain untuk memaklumkan tentang perkhabaran itu.

Dalam kereta mereka berdua hanya senyap sahaja, anak - anak serta pembantu rumah mereka telah bergerak pulang ke Melaka bersama Datin Adria dan suaminya.

Mereka berdua yang akan menguruskan tentang hal di Kuala Lumpur sehingga jenazah di bawa pulang ke Melaka.

'Semoga dipermudahkan segala urusan.'doa Nura dalam hati. Dia mengerling sekilas ke arah suaminya itu.

Lelaki itu tenang memandu. Seakan tidak sedih dengan pemergian wanita itu. Bukan ke Anissa itu bakal isterinya. Banyak perkara yang dia ingin tanya tapi di batalkan niatnya kerana kereta yang dipandu suaminya itu telah masuk ke perkarangan hospital.










........

Maaf lambat update, spek mata patah pulak😅 jadi tak dapat nak update....

Maaf  buat korang tertunggu - tunggu pulak....

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua....❤️❤️

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now