Bab 11

2K 84 32
                                    

Sejak dari hari Aliff dan Anissa bergelar pasangan kekasih, Anissa semakin berani datang ke pejabat Aliff. Dengan penuh berlagak dia berjalan menuju ke arah pejabat Aliff. Tanpa mengendahkan Adillah yang sudah cuba menahannya, dia terus sahaja membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Adillah di belakang sudah berdebar, takut di marahi oleh bossnya.

"Hai abang."sapa Anissa gedik.

"Eh, hai."terkejut Aliff, baru sahaja dia ingin menegur pekerjanya yang sesuka hati masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"Sorry, Dato'. Saya –"

"It's okey Dillah. Lepas ni kalau Nissa datang, awak bagi je dia masuk."potong Aliff.

Adillah tercengang. Bukan dulu dia yang anti dengan perempuan ni. Tapi sekarang apa yang dah jadi. Dijeling sekilas Anissa yang sedang menghampiri Aliff dengan lenggok menggoda.

"Ah, baik Dato'. Kalau tak ada apa - apa saya keluar dulu lah."tutur wanita itu. Loya tekaknya melihat kegedikan Anissa.

"Pergi lah keluar. Tercegat apa lagi depan tu."halau Anissa.

Adillah hanya memekakkan telinganya sebelum menghadiahkan senyuman terpaksa pada Aliff.

Sebaik sahaja pintu di tutup, Adillah mengeluh.

"Kesian Datin. Ya Allah, kau kuatkanlah hati Datin untuk semua ujian yang dia hadapi."doanya sebelum beredar ke mejanya.

"Eh, awak cakap apa tu?"soal Amirul sebaik sahaja nampak kelibat Adillah yang sedang terkumat - kamit itu.

Terkejut Adillah dibuatnya.

"Encik Mirul. Encik ada appointment dengan Dato' ke?"soal Adillah.

"Tak lah. Saya datang nak lepak dengan biras saya tu. Dia ada ke dekat dalam?"

"Dato' ada je dekat dalam."katanya.

"Dia tak busy eh. Tak apa lah saya masuk dulu."

"Dia busy berasmaradana."kata Adillah tanpa sedar.

"Berasmaradana? Wife dia ada dekat dalam ke?"

Adillah yang tersedar dia sudah terlepas cakal segera menepuk perlahan mulutnya.

"Dillah, tell me? Nura ada ke dekat dalam?"gesa Amirul.

"Bukan Da–"

"Apa lah abang ni. Jom lah cepat lunch."suara seseorang membuatkan perbualan mereka berdymua terhenti.

"Ya Nissa."dengan senyuman manis mereka melangkah keluar dari pejabat.

"Adi–"terdiam terus Aliff sebaik melihat wajah Amirul yang menayangkan senyuman sinis padanya.

Tangan di tepuk penuh sinis.

"Wah wah wah. Hebat kau eh. Bini dekat rumah jaga anak - anak, kau dekat pejabat boleh pasang skandal. Hebat kau."

"Jangan sibuk urusan aku dengan Nissa lah."marah Aliff.

Anissa di belakang Aliff hanya beriak selamba.

"Aku takkan sibuk urusan kau, kalau benda ni tak ada kena - mengena dengan Nura. Bini dekat rumah, kau tampar. Lepastu kau ulit perempuan lain."marah Amirul.

Bengang Aliff di buatnya.

"Kalau kau tak nak kena heret dengan guard. Baik kau berambus dari sini."tengking Aliff. Usai itu dia terus menarik lengan Anissa.

Amirul mengeluh.

"Jangan bagitahu Nura. Saya balik dulu."terus sahaja dia beredar dari situ.

.........

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now