Bab 9

1.6K 71 31
                                    

"Kau kenapa?"soal Amirul usai sahaja duduk di sofa dalam pejabat Aliff.

"Aku? Tak ada apa - apa lah."kata Aliff lalu bangun bergerak ke arah Amirul. Dia mengambil sofa satu lalu melabuhkan punggungnya.

"Elok lah kalau macam tu, tapi lately ni aku nampak kau macam lain. Itu yang aku tanya."ujar Amirul lagi.

Aliff yang dengar itu hanya mengangkat bahu lalu badannya di sandarkan di sofa. Matanya dipejamkan sebentar.

"Kau ada masalah dengan Nura ke?"soalan yang diajukan oleh Amirul membuatkan dia duduk tegak.

"Dia ada cerita apa - apa ke dekat bini kau?"entah kenapa dia rasa seakan marah.

Amirul pelik dengan tingkah Aliff yang sedang menahan marah. Tiba - tiba sahaja dia mahu naik angin.

"Mana ada lah. Kau jangan nak fikir bukan - bukan pula."jawab Amirul.

Suasana bilik sepi. Aliff seakan ada di dunia dia sendiri. Bunyi deringan telefon membuatkan Aliff tersedar dari dunianya. Dia terus menjawab panggilan telefon itu tanpa menghiraukan Amirul.

"Hello."sapanya.

"Hello bang."sahut orang di hujung talian.

"Ya, ada apa ni?"

"Boleh tolong tak."

"Tolong? Tolong apa?"

"Nissa demam, tak larat nak bangun. Nissa nak minta tolong abang bawa Nissa pergi klinik."

"Ah boleh je. Tunggu kejap lagi abang sampai."

"Okey. Bye abang."

"Bye."panggilan ditamatkan lalu dia terkocoh - kocoh bangun dan menuju ke meja kerjanya.

Beg duit serta kunci kereta di capai. Amirul pelik dia juga turut bangun.

"Kau nak pergi mana ni?"soal Amirul saat Aliff mahu membuka pintu bilik.

"Ada hal sikit. Aku nak cepat ni."

"Kenapa? Nura sakit ke?"

Soalan itu membuatkan langkah Aliff terhenti. Tanpa jawapan dia terus meninggalkan Amirul yang setia menanti jawapan.

........

Tengah hari itu, Amirul berjumpa dengan Nuha untuk makan tengah hari bersama.

"Sayang."panggil Amirul sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan.

"Hmm."

"You ada jumpa dengan kakak you?"soal Amirul.

"Tak ada lah pula. Kenapa bie?"soal Nuha pelik.

"Tak ada lah. Senyap sunyi je kakak you tu selalu ada juga lah cerita dari dia ke anak - anak ke. Ni tak ada pula."ujar Amirul.

"Sibuk uruskan anak - anak kot."kata Nuha.

Dia juga pelik kerana beberapa beberapa minggu ini kakaknya langsung tak ada menelefon dia. Kalau tak dalam setiap minggu pasti ada dua atau tiga kali Nura menelefonnya.

"Heish, mengelamun pula you ni. Ni makanan dah sampai."kata Amirul sambil mencuit tangan isterinya.

"Oh ya. Jom lah makan."dia menadah tangan untuk membaca doa.

Amirul segera menadah tangan dan membaca doa makan.

"Nanti you pergi lah tengok kakak you."tutur Amirul.

"Ya. Nanti I pergi tengok dia."kata Nuha lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Masuk sahaja dalam kereta, Nuha terus sahaja menelefon Puan Maria. Hampir beberapa saat baru lah panggilannya berjawab.

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now