"Are you okey kak?"soal Marvin yang baru duduk di sofa ruang tamu itu.
"Okey je. Kenapa?"soalnya.
Marvin memandang curiga pada kakaknya. Dari atas bawa ke bawah dia menilik kakaknya.
"Marvin rasa pelik lah bila pandang akak ni? Rumah ni pun rasa lain."ujarnya berterus terang.
Berkerut dahi Nura. Pelik? Lain?
"Akak memang macam ni lah. Rumah ni rasa lain sebab sunyi. Deniel sekolah, budak - budak tidur. Nanti kalau dorang bangun riuh lah rumah ni dengan suara tv, bergaduh macam - macam lagi lah."terang Nura. Dia menuang air sirap ke dalam cawan.
Marvin senyap kembali, entah kenapa dia rasa lain sahaja bila dia menjejakkan kaki ke dalam rumah ini.
"Nah air."ujar Nura lalu dia meletak gelas yang berisi air sirap di hadapan adiknya.
"Thanks kak."
Nura mengangguk. Dia kembali menyandar di sofa. Dia memandang Marvin, rindu pada adiknya akhirnya terubat.
"Lama akak tak call Marvin kan? Dulu selalu je call."kata si adik memecah kesunyian.
"Akak sibuk sikitlah Marvin. Sorry lama tak call."tuturnya.
"Hmm. Kak, lama tak nampak Kak Edriana. Mana dia?"soal Marvin lagi.
"Katanya dia ada kerja dekat Langkawi."jawab Nura.
Marvin hanya mengangguk.
"Marvin stay sini ke rumah mama?"soal Nura.
"Stay dekat rumah mama kak. Nanti jangan lupa balik tahu, mama ajak makan ramai - ramai."
Nura mengangguk.
Marvin menilik jam di tangannya sebelum dia bingkad bangun.
"Nak pergi mana ni?"soal Nura sebaik melihat adiknya sudah bangun dari duduknya.
"Marvin ada hal. Nanti kita jumpa dekat rumah mama."dia bersalaman dengan kakaknya, sempat juga dia berbisik membuatkan Nura terkedu.
"Jangan rahsiakan apa - apa masalah dari Marvin kak. Kalau ada problem share dengan Marvin. Marvin akan selalu ada dekat sisi akak. Kalau akak nak minta tolong dari Marvin bagitahu je, Marvin akan sentiasa tolong akak."bisiknya lalu dia beredar.
Berlinang air mata Nura. Dia melihat sahaja bayang adiknya hilang di sebalik pintu utama.
"Maafkan akak. Akak tak nak aibkan sesiapa."katanya seorang diri.
.....
Puan Alia dan Encik Iman duduk minum petang di pangkin bawah pokok di hadapan rumahnya. Entah kenapa sejak akhir - akhir ini dia asyik teringat akam anak menantunya di KL. Lama sungguh mereka berdua tidak menelefonnya. Seakan ada sesuatu perkara yang terjadi pada keluarga mereka. Baru sahaja dia mahu menelefon mereka suaminya sudah menghalang.
"Biar dorang selesaikan masalah dorang sendiri. Kita tak payah masuk campur dalam hal dorang anak beranak."pesan Encik Iman.
"Saya rasa tak sedap hati je bang. Kita call dorang eh."Puan Alia berkata dengan risau.
"Tak payah. Kalau awak rasa tak sedap hati doa dekat Allah SWT. Biar keluarga kita dilindungi dari segala kejahatan."ujar Encik Iman lalu beredar meninggalkan isterinya.
Puan Asmah mengeluh. Air yang di bancuh serta kuih bakar yang di buat langsung tidak di jamah. Hilang seleranya mahu makan.
"Ya Allah, kau lindungilah anak menantuku dari segala kejadian yang tidak baik."doanya dalam hati.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...