"Kalau Nura merajuk, Nura nak pergi sini tahu. Nak tenangkan fikiran yang serabut."bayangan yang membuatkan fikirannya terganggu.
"Sini tahu bang."
Aliff cuba berfikir di mana tempat itu. Bayangan itu seakan kabur. Makin berserabut kepalanya. Sudah hampir dua minggu wanita itu pergi meninggalkannya. Dalam masa itu juga lah dia tidak ke pejabat, hal - hal pejabat semua telah diserahkan pada Dato' Kamal dan dibantu oleh Marvin. Selagi dia tidak jumpa isteri serta anaknya, selagi itu dia tidak akan ke pejabat.
"Mari makan Aliff, kesian mama aku dengan mama Nura masak dekat bawah tu."ajak Edriana di muka pintu.
"Tak nak lah. Aku takde selera nak makan."jawabnya tanpa memandang ke arah muka pintu. Matanya statik di tempat tidur anaknya di tengah - tengah bilik.
Edriana mengeluh sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik. Dia duduk di tepi katil.
"Kau tahu Nura ada bagitahu aku sesuatu sebelum ni."
Aliff diam tidak beriak. Walaupun dalam hati dia tidak sabar mahu tahu.
"Walau kau dah tak suka dia, benci dia. Kasih sayang dia tak pernah luntur. Dia tahu yang kau ada hubungan dengan Nissa lepas je dia tengok video yang kau lamar Nissa jadi girlfriend kau. Betapa luluhnya hati dia sebagai seorang isteri masa tu, dia rasa dia gagal jadi isteri kau. Tapi dia bersyukur bila ayah kau kata yang kau kena buatan orang, gembira dia rasa masa tu. Dengan gembira dia bercerita dekat aku, kau bawa dia dengan anak - anak pergi bercuti, celebrate birthday dia. Walau macam mana sekalipun, dia tetap gembira sebab kau bawa dia dekat tempat yang paling dia suka."cerita Edriana tanpa selindung.
"Video aku lamar Nissa? Aku rasa masa tu aku dengan dia je, takde orang lain."
"Haah. Kalau kau tanya mana video tu, aku memang tak ada. Katanya dia tak nak aku marah kau lepas tahu semua ni. Memang aku marah masa tu, masa tu aku nak call kau dah tapi dia halang. Katanya semua yang jadi ada hikmah."
"Ya Allah, berdosanya aku dengan dia."mengalir air mata Aliff buat kesekian kalinya.
"Hari - hari dia menangis Liff, hari - hari dia call bagitahu aku yang dia rindu kau yang dulu. Kau yang selalu belai dan manjakan dia, yang tak pernah marah dia, yang ada time dia susah dan senang, yang tak pernah naik tangan dekat dia, yang selalu tegur salah dia, kau tak pernah abaikan solat, layan anak - anak even kau penat."sebak Edriana bercerita.
Tertunduk Aliff mendengar luahan hati isterinya dari sepupunya sendiri.
"Aku memang suami tak guna Ana. Aku abaikan dia lama. Aku bodoh sebab percaya dekat mak su dengan anak dia. Bodohnya aku, Ana."tangisnya.
"Kau tak bodoh. Kau cuma silap langkah, dorang tu licik. Kuat Liff, pergi cari anak bini kau. Pergi pulihkan diri kau dulu, baru cari dorang. Banyakkan berdoa, Allah akan permudahkan segala urusan kau nak cari dorang. Yakin dengan diri kau."nasihat Edriana. Dia bangun ingin beredar dari situ.
"Bangun Aliff. Kuat! Jangan lupa turun makan, kalau kau tak makan macam mana kau nak cari dorang."usai itu dia meninggalkan Aliff di dalam bilik.
"Ya, aku kena kuat untuk cari anak bini aku."katanya seorang diri.
........
"Macam mana ni mak? Nissa whatsApp, dia tak balas pun."rungut Anissa.
"Kau jangan macam - macam Nissa. Kita kena pastikan yang dia tu kahwin dengan kau. Kau tahu tak? Dah lah Mak Lijah kau tu tiba - tiba je jatuh sakit."bebel Puan Asmah.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
Storie d'amoreTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...