Tajam mata Puan Alia memandang ke arah dua orang wanita yang berdiri tegak di hadapan rumahnya itu. Sakit hati bila di kenangkan perbuatan mereka berdua terhadap menantunya itu.
"Kau nak apa datang sini lagi?"soal Pual Alia tegas.
Anissa menundukkan wajahnya. Nampak sangat yang mak ngahnya itu masih marah kepada mereka berdua.
"Kak ngah, Mah datang ni nak minta maaf. Mah tahu Mah dengan Nissa salah."ujar Puan Asmah perlahan.
"Tahu tak disebabkan korang, aku hilang cucu. Aliff hilang anak dia. Belum tentu lagi kalau aku maafkan korang, dorang laki bini nak maafkan korang."tegas Puan Alia berkata.
Tidak semudah itu mahu memaafkan. Perkara yang mereka berdua lakukan terlalu berat untuk di maafkan.
"Mak ngah, tolong lah, bagitahu Abang Aliff dan Nura. Maafkan kami. Kami tak tenang selagi tak minta maaf dengan dorang."rayu Anissa. Air mata yang mengalir di pipi di seka.
"Mak ngah tak boleh nak tolong. Biarkan dorang sati keluarga hidup bahagia. Korang jangan nak kacau rumah tangga anak aku, dah pergi balik!"halau Puan Alia.
Terus sahaja dia menutup pintu rumah. Cukup lah selama ini dia dengan murah hati, ingin memaafkan salah orang. Kali ini biar lah orang mengata dirinya sombong atau apa sekali pun.
"Mak ngah!"
"Mak ngah! Jangan macam ni, ampunkan kami."raung Anissa di luar rumah.
Puan Alia hanya membuat tidak tahu. Malas mahu melayan orang sebegitu. Walaupun darah dagingnya sendiri.
......
"Ye ke bu. Dah tu, sampai ke petang ke dorang depan rumah."ujar Nura. Dia melangkah ke arah ruang tamu usai sahaja turun dari tingkat atas. Pegangan telefon di tukar ke belah kiri.
"Entah. Biar lah dorang tu, ibu penat nak layan perangai dorang. Dorang tu bukannya jenis cepat sedar."kata Puan Alia di hujung talian.
"Tapi tak salahkan bu, kalau kita maafkan dorang."tutur Nura lagi.
Kasihan pula dia bila mendengar cerita itu.
"Memang tak salah tapi dorang tu tak akan serik kalau kita buat macam ni."tegas Puan Alia.
Aliff mencari kelibat isterinya. Kelihatan Nura sedang duduk berbual di telefon bimbitnya di ruang tamu. Langkah di atur ke arah isterinya, dilabuhkan duduk di sebelah sang isteri.
Nura memandang Aliff yang sudah selamat duduk di sebelahnya. Keningnya dijongket ke arah sang suami.
"Siapa call?"Aliff membuka mulut tanpa mengeluarkan bunyi.
"Ibu."jawab Nura.
Aliff hanya mengangguk. Dia berbaring di paha isterinya.
"Ikut lah bu. Nura tak kisah, cuma rasa kasihan lah dengan dorang."
"Tak payah lah kamu nak kasihan dengan dorang. Kasihan dengan diri kamu tu."tegas Puan Alia.
"Hmm, baik lah bu."Nura pasrah.
"Dah lah. Ibu nak letak dulu, ayah dah balik dari masjid tu."kata Puan Alia.
"Hah ye lah bu. Kirim salam ayah ya."ujar Nura
"Baik lah. Kirim salam dengan laki kamu tu, ciumkan dekat cucu - cucu ibu. Assalamualaikum."
"Baik bu. Waalaikumussalam."
Terus sahaja Nura menamatkan panggilan. Telefonnya di letakkan di sisinya. Rambut sang suami dielus lembut.
"Ibu nak apa?"soal Aliff.
YOU ARE READING
SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)
RomanceTipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam rumah tangga Aliff dan Nura. Salah faham itu perkara kecil. Tapi masalah ini yang membuatkan hubungan mereka berantakan. "Abang dah banyak beru...