CT;63

194 8 0
                                    

Azif mengeluh lemah. Sudah seminggu Qila tidak mahu bercakap dengannya. Dengan izin Allah, Qila sudah kembali pulih. Ingatannya kini sudah kembali. "Apa aku nak buat ni? Budak tu kalau merajuk bukan senang nak pujuk" kata Azif sendiri. Tiba tiba terasa ada orang menepuk bahunya. Dia segera berpaling.

"Kau runsing pasal kak Qila eh? Elehh dulu kata tak sayang. Anggap kawan je. Sekarang dia lah yang paling gelabah" ejek Anif pada abangnya. Azif hanya menjeling. Tapi kalau aku minta idea dari adik aku okay jugak. Dia kan buaya berjaya. "Eh Nif. Kau kan buaya tak berapa nak berjaya kan. Kau mesti dah mahir bab bab pujuk perempuan ni. Boleh tak kau suggest apa yang aku kena buat kalau perempuan merajuk?" dalam menanya soalan sempat dia memerli adiknya. Bukan dia tidak tahu perangai adiknya itu. Tukar perempuan macam tukar baju ha.

"Kau perli aku kan? minta tolong orang pastu perli orang" jeling Anif. "eh mana ada aku puji tau kau jadi buaya" terburai terus gelak Azif yang ditahan tadi. "Nak aku tolong ke tak nak?" Tanya Anif serious. "Okay okay ha cepatlah" gesa Azif. "Perempuan ni senang je nak pujuk diorang. Kau bagilah bunga ke bunga coklat ke tak pun belanja je makan. Confirm senyum sampai ke telinga" ujar Anif. Azif mengangguk faham. "Pastu kau bagilah ayat ayat manis sikit sampai potong kaki pun takpa. Perempuan ni dia cepat cair kalau kita bagi ayat ayat manis" tambah Anif lagi.

"Okay thanks Nif kau lah kembarku yang paling aku sayang. Cium sikit" Azif berura ura mahu memeluknya. Anif segera berlari masuk ke dalam rumah. Haishh naik bulu roma aku woii.

~~~~

Ditangannya terdapat bunga coklat dan sekuntum mawar merah. Memang kegemaran si gadis dengan bunga mawar. Sebelah lagi tangannya dimasukkan ke dalam poket. Badan disandar pada kereta. Sementara menunggu si gadi keluar dia memikirkan ayat yang sesuai untuk si gadis.

Kelihatan si gadis keluar dengan riak yang masam. Nampaknya si gadis masih merajuk. "Nah untuk awak" huluran itu si gadis menerima. "Terima kasih. Ni kita nak pergi mana. Kacau je saya nak tidur" marah si gadis. "Jom" tangannya membuka pintu untuk menjemput si gadis masuk. Setelah selamat si gadis masuk dia segera ke tempat pemandu. Kereta pula selamat bergerak ke destinasi yang dituju.

~~~~

Dia bangun dari pembaringan. Kelihatan semuanya putih. Dimana dia berada? Kenapa semua putih?. Dia bangun berdiri untuk menjelajah tempat yang asing baginya. Terdapat sebuah bilik. Tanpa membuang masa, dia menerjah masuk. Kelihatan seorang wanita yang berjubah putih sedang membelakanginya.

"Awak siapa?" tanya Rayyan. Wanita itu masih tidak berpaling. "Saya kat mana ni?" Tanya Rayyan lagi. Wanita itu berpaling. Rayyan tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas. Matanya tiba tiba bertukar menjadi kabur.

"Sayang nak abang bangun. Sayang rindu abang" ucap wanita itu.

~~~~

Pergerakan pada jari jemari Rayyan membuatkan si pemegang terkejut. "mummy mama abang jari abang bergerak" Terhenti terus bacaan yasin dari mereka. Mereka bergegas menerpa ke arah Rayyan. Butang hitam di tekan untuk memanggil doktor.

"Puan puan semua diminta keluar. Biar doktor periksa pesakit dahulu" ujar nurse itu. Mereka akur. Hati Ria berdetak laju. Ya Allah selamatkan suamiku.

Setengah jam berlalu, akhirnya doktor lelaki itu atau lebih dikenali sebagai rakan sesama universiti. "macam mana dengan suami saya?" tanya Ria. "Alhamdulillah Rayyan dalam keadaan stabil. Tangan dan kakinya jugak memberi kesan yang positif" kata doktor itu. "Terima kasih Luqman sebab jaga Rayyan" ucap datin Rina. "Itu memang tugas saya makcik" balas Luqman. "Saya minta diri dulu" pinta Luqman.

Mereka segera masuk ke dalam untuk melihat keadaan Rayyan. Kelihatan Rayyan sedang memandang siling. Mungkin masih ingin mengingati apa yang berlaku. "Rayyan" panggil datin Rina. Rayyan segera berpaling. Pelik dia melihat mummynya dengan seorang wanita dan seorang gadis disitu. "Mummy kenapa Rayyan kat sini?" tanya Rayyan pelik. "Rayyan kemalangan sayang" jawab datin Rina.

Mata Rayyan terarah pada Ria. "Dia ni siapa? makcik ni pulak siapa?" mahu gugur jantung Ria apabila Rayyan menanya begitu. Allahu Akbar. "Ra... Rayyan tak ingat siapa ni?" tanya datin Rina kembali. Rayyan hanya menggeleng. Namun matanya masih memandang gadis di hadapannya.

"Ini is.." kata kata datin Rina dipotong Ria. "Saya kawan universiti awak" walaupun perit untuk mengaku tapi dia kena kuat. Terkejut datin Rina dan puan Zahra mendengar pengakuan dari Ria. Datin Rina memandang Ria tidak percaya. Ria hanya menggeleng. "Ouh kawan universiti. Ni mak awak ke?" tanya Rayyan. Ria hanya mengangguk.

"Assalamualaikum makcik" ucap Rayyan. Puan Zahra hanya mengangguk. Menitis air matanya. Dugaan apa lagi yang anaknya harus hadapi ya Allah. Semoga kau tabahkan hati anakku.

"Rayyan, Rayyan langsung tak ingat apa apa ke sayang?" tanya datin Rina. Rayyan hanya menggeleng. Berat sungguh ujian untuk anak dan menantunya. "Err saya minta diri dulu ye" pinta Ria. Dia tidak dapat lagi menahan air matanya yang ingin keluar. Lebih baik dia keluar. Mereka hanya mengangguk. Faham akan perasaan Ria pada waktu itu.

~~~~

Dia berjalan ke taman hospital tersebut. Sebuah bangku dibahagian agak tersorok diambil. Dia melepaskan tangisannya disitu.

Ya Allah kenapa ya Allah?! Tidak cukupkah engkau memberiku ujian kini kau beri lagi. Ya Allah aku tak kuat. Aku hanya hambamu yang lemah. Aku tak kuat ya Allah. Aku sayang dia. Aku perlukan dia. Kenapa kau uji aku macam ni?! Sakit ya Allah sakit!!. Tidak berhakkah aku untuk bahagia disamping orang yang aku sayang?. Jika dengan ujianmu ini dapat mendekatkan aku dengan mu aku redha ya Allah.

Bukan dia mengeluh  tapi dia cuma inginkan kebahagiaan bersama orang yang dia sayang. Ya Allah!.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!











__________________________________________

HALLU GUYSS!! SEMPAT LAGIKAN KALAU NAK UCAP HAPPY NEW YEAR 🎊🥺💖 SO APA AZAM BARU KORANG? HUHU SORRY GUYSS HARINI BARU DAPAT PUBLISH CERITA NI. JADILAH KAN 2 CHAPTER SAYA BUAT GANTI YANG MINGGU LEPAS 😂 APA APA PON STAY SAFE EVERYONE 💖!

ENJOY🖤 VOTE🌟 COMMENT💌

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang