CT;54

209 8 0
                                    

Petang itu adik beradik auntie Lina mula memenuhi rumah tersebut. Qai terpaksa rajinkan diri berada didapur. Ramai jugak sedara mara diorang. Aduhai rasa macam menyesal je ikut. Dah lah along takde urghh. "Qai boleh tolong auntie?" tanya auntie Lina. Qai mengangguk. "Qai tolong pegi kedai boleh?" Qai mengangguk lagi. Wuhuu boleh merempit. "Qai pegi dengan Yan ye" ujar auntie Lina. Yan mana pulak ni?.

"Yan? Sapa tu auntie?" tanya Qai pelik. "Dia adik abang Aryan" Qai mengangguk. "ha tu pegilah ni senarai tolong ye" Qai menyambut huluran kertas itu. "okay auntie bye" Qai melambai tangan. Itulah dia. Keluarga mereka memang rapat namun selepas auntie Lina pindah ke Melaka hubungan mereka terpisah.

Qai meliarkan matanya. Uncle Jamal mengangkat tangan seolah olah memanggilnya. "ha Qai pegilah Yan dah tunggu dalam kereta tu" ujar uncle Jamal sebaik sahaja Qai sampai dihadapannya. Qai mengikut arah tangan uncle Jamal menunjuk ke arah kereta audi putih. Fuhh cayok ah audi boh!!

Dia berjalan sedikit laju. Sampai di kereta tangannya teragak agak untuk membuka. Haishh berdebar lain macam sih. Pintu dibuka perlahan. Dia segera masuk tanpa memandang orang disebelah. Kereta bergerak meluncur di atas jalan raya.

Keadaan kereta amat sunyi. Ceh kereta je mahal radio tak bukak pun. Kes kedekut ke apa ni?. "err awak nampak ke bawak kereta pakai spek hitam?" tanya Qai memecah kesunyian. "nampak" jawabnya sepatah. Wahhh aku tanya lapan patah dia jawab satu patah. "err nama awak apa?" tanya Qai lagi. "Haqim" jawabnya lagi. Sepatah A.G.A.I.N.

Tapi kan kenapa dari tepi dia ni macam aku pernah tengok? tapi auntie Lina panggil dia Yan kan? tapi nama dia Haqim. Ah lantak dia lah.

~~~~

"Bos, perempuan tu sekarang ada dekat Jepun".

"Aku nak kau terbang ke sana. Intip dia!!"

"Baiklah bos"

Susah sangat nak detected location kau. Akhirnya dapat jugak. Kau tunggu!!.

~~~~

Dah dua minggu aku tinggal kat sini. Sampai bila aku nak sembunyi. Aku tahu dia akan cari aku sampai jumpa. Tapi aku tak kuat nak hadap dia. Dia banyak anak buah.

Sorry Iffah, aku terpaksa. Aku baru sedar yang selama ni aku silap berdendam. Aku dah dapat balasan. Ya Allah berdosanya aku.

Ria aku minta maaf. Satu hari nanti aku akan jumpa kau. Aku akan minta maaf dekat kau tapi bukan sekarang. Keselamatan aku terancam. Ibu ayah Cha minta maaf. Cha bukan anak yang baik.

Air matanya selalu mengalir jika terkenang perbuatan yang dulu. Aku hamba yang lemah dan penuh dengan dosa.

~~~~

Dia ni dalam Tesco pun nak kena pakai spek ke? tak rimas? aku yang tengok pun naik rimas. "awak dalam Tesco ni tak panas tau. Tak rimas ke?" tanya Qai. Lelaki itu hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi. Dia palau aku? seriously?!. Dasar lonjong!!.

Qai berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Dia hanya menggeleng. Mesti dia tak ingat aku kan?. Kalau dia dapat tahu entah apa lah yang jadi nanti. Boleh runtuh Tesco ni. Dekat KCM dulu pun mujur tak runtuh je.

Dia mengejar Qai yang sudah dihadapan. Minah ni tadi aku nampak dekat rak biskut ni dekat buah pulak laju betul dia jalan. Dia mengejar langkah Qai apabila Qai ingin pergi ke tempat seterusnya. Tangan Qai dipegang. Berlapik okay. "apa ni pegang pegang?" marah Qai. "yang kau jalan laju macam kena kejar hantu kenapa? penat tahu tak aku kejar" ujar lelaki itu.

"Lantak sayalah. Eyy lepaslah. Awak ni tak tahu hal.." lelaki itu membuka spek matanya. Terkaku Qai disitu. Lelaki tu? lelaki yang langgar aku, lelaki yang aku stalk dekat Instagram. omo jinjja?!.

"Awak!!!"

~~~~

"Awakkkk saya nak makan kfc lah" ujar Ria. "hey sayang, awak tu baru 16 hari berpantang. Lepas pantang baru abang belikan ye" balas Rayyan. Ria memuncungkan bibirnya. Nak kepci!! Nak mekdi!!

"Alololo merajuk pulak dia. Okay abang janji lepas je sayang habis pantang kita pegi serbu semua kfc dalam Malaysia ni ye" pujuk Rayyan. Melebar terus senyuman Ria. Satu Malaysia? Wow!!!.

"Betul eh kalau tak saya cincang abang jadi sup" meleret Ria memberi amaran. Rayyan tersengih. "iya sayangku" balas Rayyan. "ha awak Qai cakap mummy ngan daddy pegi Melaka. Betul ke?" tanya Ria. "Haah. Auntie Lina ada buat majlis kesyukuran sebab kak Qina selamat bersalin" jawab Rayyan. "auntie Lina? kak Qina? sapa tu?" tanya Ria pelik. Tak pernah dengar pun.

"Ouh auntie Lina tu jiran abang dulu. Kak Qina tu anak dia. Umur kitorang beza lima tahun" terang Rayyan. Ria mengangguk faham. "nak jeles lah tu. Don't worry honey. Just you in my heart" ujar Rayyan seraya mengenyitkan matanya. "mana ada saya jeles. Perasan" tipu Ria. Tipulah dia tak cemburu. Perempuan mana je tak cemburu bila lelaki sembut nama perempuan lain kan.

"Eleh ye ke? tapi kan sayang, sayang ada bau tak?" tanya Rayyan sambil membuat gaya seperti menghidu. "bau? bau apa?" tanya Ria pelik. "bau orang cemburu tapi taknak mengaku hahahah" ujar Rayyan seraya ketawa. Ria mencubit perut Rayyan kuat. Eyyy geram!!.

"aduh aduh" adu Rayyan. "dah lah saya nak tidur" ujar Ria lalu merebahkan tubuhnya. "alah sayang merajuk ke tu?" usik Rayyan. Ria hanya memejamkan mata. Dalam hati sudah banyak kali dia beristighfar supaya dia tidak belasah si Rayyan ni.

"Dah dah keluar pegi tidur dalam bilik Syakir" halau Ria. "tak baik tau halau suami sayang yang hensem lagikan hot ni" ujar Rayyan seraya mengangkat keningnya. "ishh mana ada halau memang betulkan awak kena tidur sana dah pegi" halau Ria lagi. "malam ni mama bagi greenlight tidur dengan sayang hehe" Ria menepuk dahinya sendiri. Habislah aku!!

"Nak tidur tidur jelah, tangan tu nak kena ikat ke?" tanya Ria geram. Ada aku ikat tangan dia ni. Merayap je kerja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang