CT;48

274 4 0
                                    

"Rayyan" panggil Zarul. Sekarang mereka berada didalam bilik mesyuarat. Rayyan mengangkat wajahnya memandang Zarul disebelah. "kau taknak pujuk isteri kau balik ke?" tanya Zarul. Rayyan hanya mengeluh. Bukan dia taknak tapi dia risau jika isterinya lari makin jauh darinya. "nantilah bila hati dia dah pulih dari terluka" balas Rayyan tenang walhal hatinya cukup risau.

"Rayyan kau tahu kan hati perempuan macam mana? Jangan sampai hati dia mula tawar masa tu baru kau sibuk sibuk kejar dia. Dan jangan sampai hati dia yang terluka boleh pulih disebabkan orang lain" nasihat Zarul. Bukan dia tidak tahu perangai Rayyan kalau bab pujuk perempuan memang lembab. Tapi cemburu kalah api yang tengah membara.

"Nantilah aku fikir" ujar Rayyan seraya bangun dari labuhan dan terus keluar dari bilik itu. Zarul ditinggalkan seorang diri. Keras kepala dia ni bilalah nak hilang huh!!.

~~~~

"Ria kau dah siap belum?" tanya Farhana yang baru keluar dari biliknya. "Dah" jawab Ria dari bilik sebelah. Ria keluar dari biliknya dengan memakai baju kurung yang sedikit besar agar dapat menutup perutnya yang kini sudah masuk empat bulan. "Comellah Ria kau pakai baju besar macam tu" ujar Farhana sambil tergelak kecil.

"Ishh jahatlah kau ni" marah Ria. Malu titew tau hihik. "dah lah jom" ajak Farhana. Ria juga turut membuntuti. Setelah mengunci pintu, kereta laju bergerak membelah jalan.

~~~~

"Mama kakak dah lama tak balik rumah kita kan?" tanya Syakir tiba tiba. "betul jugak kan. Mungkin kakak busy kat kafe kot" balas puan Zahra. "Kenapa adik tanya?" tanya puan Zahra pula. Syakir hanya menggeleng. "Adik cuma rindu nak dengar mulut murai kakak tu" jawab Syakir. Ye memang benar sudah hampir sebulan lebih kakaknya tidak pulang ke rumah. Rindu mahu mengusik kakaknya. Rindu mahu mendengar mulut tempayan kakaknya.

"Assalamualaikum" laung seseorang dari luar. "adik pegi tengok kejap mama nak pakai tudung" ujar puan Zahra seraya menjejakkan kakinya di tangga pertama. Syakir hanya menurut. Dia segera bangun dari sofa dan mencapai pintu untuk dibuka.

"Eh akak!!uuu rindunya!!" rengek Syakir. Tubuh Ria segera dipeluk. "Oi oi lemas lah anak aku kat dalam perut ni" marah Ria. Syakir tersengih. Farhana hanya menggeleng. Rindu sangat dekat kakak dia. "mama mana?" tanya Ria setelah masuk ke dalam rumah. "ada dekat atas" balas Syakir. Ria mengambil tempat duduk disofa. Matanya hanya memerhati rumah yang sudah lama dia tidak jejak. Ceh baru sebulan lebih lama lah sangat!!.

"Lah kakak rupanya ingatkan sapalah tadi" tegur puan Zahra yang baru turun. Ria segera menyalami tangan ibunya dituruti Farhana. "ni korang duduk lah dulu mama nak buat air kejap" ujar puan Zahra. "eh makcik takpayah lah buat susah je" balas Farhana. "eh ada apa yang susah dah pegi duduk dulu makcik buat air" Farhana hanya mengangguk kecil.

"Akak kenapa lama sangat tak balik?" tanya Syakir bila sebaik sahaja puan Zahra ke dapur. "akak busy dekat kafe. Ni kau cuti sebulan kan? Akak nak minta kau kerja kat kafe akak boleh?" pinta Ria. "Aik kenapa? Bukan pekerja akak ramai ke?" tanya Syakir pula.

"Memanglah ramai cuma akak nak kau ringankan beban kak Delisha je" jawab Ria. Syakir mengangguk. "tengoklah macam mana dulu" balas Syakir. Nampak tak pemalas tu?. "ha Farhana jemput lah minum ni makcik ada goreng cekodok pisang je" sampuk puan Zahra. "Terima kasih makcik buat susah susah je" balas Farhana.

"Tak susah pun Farhana. Cekodok je. Mudah sangat nak buat" ujar puan Zahra. "ni datang rumah mama ni mesti ada apa apa kan?" teka puan Zahra. Ria yang sedang minum air tersedak. Allahu!! sakit tekakku!!. Ria memandang Farhana untuk mencari kekuatan. Farhana hanya mengangguk.

"Err mama kalau kakak cakap ni mama marah tak?" tanya ria takut. "mama nak marah apa pulak? Kenapa ni cakaplah cepat" desak puan Zahra. "macam ni kandungan kakak kan dah masuk empat bulan jadi kakak ingat nak duduk Kelantan sebelum bersalin boleh?" tanya Ria berhati hati. Kang buatnya mama melenting semua terbalik.

Terkejut puan Zahra dengan pernyataan anak perempuannya. Syakir juga turut begitu. "Tapi kenapa kakak nak duduk sana?" tanya Syakir. "Kakak nak tenangkan fikiran" balas Ria. "Kenapa nak tenangkan fikiran pulak? Kakak nak pegi dengan siapa?" tanya puan Zahra pula

"Akak suruh Farhana hantar kakak" balas Ria lagi. Aduhai banyak betul soalan. "Habis tu abang Akmal macam mana?" tanya Syakir pelik. "Kakak gaduh dengan Akmal ke?" tanya puan Zahra lagi. Mana satu aku nak jawab ni?.

"Kitorang cuma ada salah faham sikit" balas Ria tenang biarlah hal itu disimpan kemas dalam poketnya. Biarlah dia dilihat buruk asalkan bukan suaminya. "Tak cuba berbincang dulu?" tanya puan Zahra lagi. Ria hanya menggeleng. "Kenapa sampai nak lari jauh jauh ni. Kita kena cuba selesaikan masalah sayang bukan lari macam ni. Kalau tak sampai bila nak selesai" nasihat puan Zahra.

"Kakak tak kuat ma nak hadap dia. Tolong ma bagi kakak keizinan untuk pegi sekejap je. Sebelum bersalin kakak balik sini semula" pujuk Ria. "habis tu kakak nak duduk dekat mana kalau kat sana?" tanya puan Zahra. "kakak duduk rumah lama kita boleh?" puan Zahra hanya mengeluh.

"Mama bukan taknak bagi tapi lagi baik kakak cakap dengan abah sendiri" ujar puan Zahra. Dia tidak mampu untuk membuat keputusan tanpa persetujuan suaminya. Ria hanya mengangguk. "kakak taknak cerita dekat mama apa yang jadi?" pancing puan Zahra. Farhana menggosok belakang Ria. Dia tahu sahabatnya tidak kuat untuk ceritta semuanya. Ria menoleh Farhana hanya mengganguk.

"Kakak.....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang