CT;1

1.2K 18 0
                                    

"Ria bangunlah, harini sekolah kan, ha tu lah layan lagi korea dah liat nak bangun, haishhlah anak" bebel puan Zahra.

Ria dengan perlahan-lahan membuka mata yang kabur akibat rabun terus menonyoh mata.

"Ye ma, Ria bangun dah ni, huwaaaaaaa" balas Ria.

Kalau mak mertua tengok ni konfem taknak buat menantu hahaha. Ria mengerling jam loceng di sebelah dengan mengecilkan mata sedikit dia dapat melihat jam sudah menunjukkan pukul enam dua puluh minit pagi.

"Enam dua puluh minit pagi baru hm, haa enam dua puluh minit pagi? Ya Allah aku tak mandi, tak solat subuh lagi!!! ayoooooo tu lah kau ria layan lagi korea haishh" marah Ria pada diri sendiri.

~~~~

"Ha bangun jugak anak dara abah ni, ingat taknak pergi sekolah dah" tegur encik Zaki. Melihat anak perempuannya itu tersengih seperti kerang terlampau busuk membuatkan hati tuanya terhibur.

"Hehehe, terlajak tidurlah abah" balas Ria sambil membuat simbol peace.

"Mana tak terlajaknya, kalau pukul satu pagi tak tidur lagi sebab layan korea dia tu" celah puan Zahra sambil memandang Ria yang sedang bersarapan.

"Kakak ingat kamu tu pt3 tahun ni, janganlah selalu sangat tengok korea tu. Ingat kakak kalau exam pertengahan nanti kamu gagal abah ambil telefon kamu" tegas encik Zaki dengan wajah seriusnya.

Abah dah kalau buat muka macam tu apa yang dia kata automatik dia akan buat hm, Ria hanya memandang mee goreng yang dimasak oleh Puan Zahra. Memang taklah nak pandang muka abah bila tengah serius macam tu. Takowdd!!

"Dah cepat makan nak dekat pukul tujuh dah ni, karang lambat pulak sampai. Kesian adik dari tadi lagi tunggu kamu" kata encik Zaki pada anak perempuan tunggalnya.

Actually Ria mempunyai seorang abang dan seorang adik dan kedua duanya lelaki. Abangnya bernama Muhammad Amirul Iskandar bin Zaki manakala adiknya Muhammad Alief Syakir bin Zaki.

~~~~

Dari jauh Ria dapat melihat rakannya yang sedang menunggu kehadirannya ke sekolah. Itulah runtin harian mereka berlima akan menunggu sehingga semua datang baru masuk ke dalam sekolah.

"Hoi lambat kau datang, jenuh kitorang tunggu kau tahu tak?" marah Farzana.

Ria mengerling jam menunjukkan jam sedang menunjukkan pukul tujuh sepuluh minit. Patutlah marah sangat hehe sepuluh minit lagi pintu pagar nak tutup.

"Hehe chill la, aku terlajak tidur tadi" balas Ria tersengih.

"Hotak kau lah, jom masuk" celah Farhana.

Mereka berjalan beringin masuk ke sekolah. Dan semestinya mereka akan melepak dahulu ditempat biasa sebelum cikgu membuat pengumuman.

"Weyy Syasya, Farzana kau tengok tak cerita korea ni yang dia hidup dalam dunia komik?" Soal Ria.

Haa lupa nak cakap. Syasya, Farzana dan Ria adalah satu geng kepala korea. Kalau ada cerita korea yang best mesti diorang borak sampai tak ingat dunia. Lain pulak Farhana dan Sofea, tak minat korea dan taknak ambil tahu langsung tentang korea. Diorang kata korea ni bosanlah, drama je lebih.

"Cerita apa weyy? best ke? kau dah tengok?" tanya Farzana teruja. See dia memang laju kalau bab korea.Bab belajar siput babi laju lagi.

"Apa eh tajuk dia jap aku ingat balik" Ria cuba mengingati semula

"sejak bila kau boleh lupa tajuk cerita korea ni Ria" ujar Sofea.

"Hehehe haa dah ingat tajuk dia extraordinary you. Best weyy citer dia. Gempak siall. Pelakon dia Rowoon ngan hyeyoon" balas Ria.

"Macam best, takpe balik ni aku tengok cerita tu" ujar Syasya pula.

"Weyyy jomlah cikgu dah panggil tu" celah Farhana yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia.

"Weyy cepat, ustazah Khamsiah jadi guru bertugas minggu ni" kata Sofea tergesa gesa.

Siapa tak kenal dengan ustazah Khamsiah guru disiplin yang paling garang dalam sekolah ni. Orangnya pendek je tapi bila dia naik atas pentas automatik semua orang diam. Haaa kau hado?

Maka berlangsung lah perhimpunan mingguan seperti biasa. Selepas menyanyikan lagu negaraku, negeri Pahang, lagu sekolah dan ikrar negara murid diminta duduk untuk mendengar ucapan guru yang bertugas minggu lepas, minggu ini dan ucapan yang semua orang akan cakap bosan iaitu ucapan tuan pengetua. Selesai sahaja pengacara majlis membaca doa untuk mengakhiri perhimpunan, Murid diminta naik ke kelas masing masing.

"Weyy rehat kang nak pergi kantin ke nak bertugas dekat library?" tanya Farhana.

"Haahlah weyy kita dah lama tak naik library bertugas" balas Ria.

Haa kitorang memang pemalas. Masa form two memang semua jadi pengawas pusat sumber sehingga mendapat nama 'geng kepala ungu' tapi dah masuk form three ni Syasya jadi murid biasa sebab dia kata malas hendak stayback jika ada perjumpaan.

"Hahaha padan muka korang kena naik library, aku takpayah" ejek Syasya.

"Eh kalau kau taknak naik library kau nak rehat ngan sape?" Tanya Ria memerli.

"Haahlah tapi aku lapar aku nak makan" muncung Syasya.

"Macamlah tak boleh makan kat library" celah Farzana selamba. Syasya menjeling Farzana dengan jelingan yang tajam,setajam tajam sebatang lidi eh tiber!!

"Weyy dah lah aku nak masuk kelas takut cikgu dah masuk kelas, jom Sofea jom Farzana" ajak Ria.

Masuk sahaja dalam kelas Ria menuju ke tempat duduknya yang berada ditengah tengah kelas dan dibawah kipas. Hehe group diorang memang saja ambil bahagian bawah kipas.

Tak sampai sepuluh minit, cikgu Azna masuk. Cikgu Azna merupakan cikgu bahasa melayu yang mengajar di kelas Ria seterusnya cikgu yang boleh dikatakan sporting habis!!.

Setelah satu jam belajar, maka habislah dua masa untuk cikgu Azna mengajar. Dan sempat lagi cikgu ingatkan tentang kerja rumah diberi sebelum kelasnya diakhiri dengan surah al-asr.

Seterusnya mata pelajaran yang amat Ria gemar adalah seni sebab kalau cikgu Azizah masuk dia bagi kerja dah siap boleh buat kerja sendiri. Masa yang diperuntukan untuk cikgu Azizah mengajar adalah satu jam dan masanya sudah tamat. Pelajar semua terpusu pusu keluar untuk rehat.

"Woi!! jomlah pergi kantin sekejap lepas tu baru naik pergi library.please!!" pujuk Syasya meminta simpati sahabatnya.

Dalam pada masa yang sama Ria ternampak buah hati jantung limpa buah pinggang ha semua lah. Siapa lagi kalau bukan Rayyan Akmal. Atlet sekolah yang famous sangat.
-_-

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED OKAY👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang