CT;57

204 4 0
                                    

Sebulan sudah berlalu, hari berpantang Ria juga sudah habis. Harini Ria akan mula bekerja seperti biasa. "sayang, balik nanti abang ambil so no excuse" ujar Rayyan sebaik sahaja mereka tiba dihadapan cafe. "baiklah abangku sayang" balas Ria sambil menyalami tangan Rayyan. Rayyan mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

"Jaga diri. Jangan menggatal dengan orang lain. And i love you so much" ujar Rayyan selepas mengucup dahi isterinya. Ria tersenyum malu. Mukanya bertukar warna menjadi merah. "mana ada menggatal. Sepatutnya saya pesan dekat awak, jangan jeling jeling perempuan lain. Kalau saya tahu hm juling mata awak saya buat" ujar Ria tegas. "amboi ganas betul eh isteri abang ni" usik Rayyan.

"Dah lah saya nak pegi dah bye" ujar Ria ingin membuka pintu kereta. Namun belum sempat Rayyan sudah menarik tangannya. Wajah mereka tersangatlah dekat sehingga dapat rasa hembusan nafas masing masing. "sayang tak balas pun abang cakap tadi" ujar Rayyan perlahan sambil menatap anak mata isterinya.

Ria bagaikan patung disitu. Jantungnya tak usah dikata, seperti mahu tercabut. Dia menunduk apabila terasa tangannya diusap oleh Rayyan. Dia kembali menentang mata Rayyan. "sa..saya t..tak balas apa?" tanya Ria gagap.

"I love you" ucap Rayyan. Ria hanya membalas dalam hati. Jantungnya yang berdegup laju membuatkan dia terasa berat untuk membalas. "tak sudi nak balas ke?" tanya Rayyan sedih. Ceh padahal nak attention je lepuk kang. Ria segera menggeleng. "err I love you too bye" Ria segera menarik tangannya dari genggaman tangan Rayyan dan keluar dari kereta. Dia berlari anak masuk ke dalam cafenya.

Rayyan tersenyum nipis. Comel!!. Dia segera memandu kereta dan bergerak menuju ke syarikatnya.

~~~~

"Mama adik pegi dulu tau bye" ujar Syakir dan terus menuju ke arah motor kesayangannya. "yelah bawak elok elok jangan merempit pulak" pesan puan Zahra. Syakir hanya mengangguk  dan mula menghidupkan enjin motornya kemudian dia mengundurkan motornya keluar daripada pagar. Dia segera masukkan gear dan pulas, motornya selamat meluncur diatas jalan.

"Sorry saya lambat. Dah lama ke awak tunggu?" tanya Syakir yang baru sahaja tiba. Yana menggeleng. "saya baru sampai jugak" balas Yana. Syakir mengangguk. "so kita nak pegi mana?" tanya Syakir. "saya ingat nak cari alat tulis sikit pastu awak decide lah dekat mana pulak kita nak pegi" cadang Yana.

"Lepastu kita jumpa mak saya nak?" tanya Syakir. Yana berkerut dahi. "jumpa mak awak?" tanya Yana pelik. "yelah jumpa bakal mak mertua awak" jawab Syakir. Yana segera berpaling ke arah lain. Eh malulah kita nak jumpa mak mertua ni eh silap bakal hehe.

"Awak main main kan?" tanya Yana. "mana ada saya serius lah" balas Syakir. "awak biar betul saya dah lah pakai macam ni" ujar Yana. Syakir memandang pakaian Yana. Okay je.

"Awak pandang apa?" tanya Yana kasar

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Awak pandang apa?" tanya Yana kasar. Lelaki ni pandang aku macam tu cungkil biji mata kang. "takdelah saya tengok pakaian awak okay je. So apa yang nak ditakutkan?" tanya Syakir pelik. "ish awak ni tak sopanlah kalau saya pakai macam ni nak pegi rumah mak awak. Saya ni perempuan lain lah awak lelaki" terang Yana. Syakir mengangguk.

"Okay kalau macam tu lepas final exam ni. Awak jumpa keluarga saya nak?" tanya Syakir lagi. Yana diam, lepas exam? maksudnya lagi sebulan? bersedia ke aku?

"Sayang dengar tak?" Syakir melambai lambaikan tangannya dihadapan muka Yana. "awak panggil saya apa tadi?" tanya Yana. "err heheh alah bukan luak pun saya panggil sayang. Dah awak tu tak dengar saya cakap" muncung Syakir. Yana menggeleng kepala apabila perangai gedik Syakir mula keluar. "saya dengarlah cuma saya takut tak dapat jadi isteri yang baik je untuk awak" ujar Yana.

"Awak dah terlalu baik untuk saya" ucap Syakir. Ceh mari dah buaya jantan.

~~~~

Tok!! Tok!! Tok!!

Rayyan yang tekun menulis sesuatu terhenti. Mukanya diangkat. Kelihatan Mia dimuka pintu pejabatnya. "yes Mia kenapa?" tanya Rayyan perlahan. "maaf ganggu bos, ada orang nak jumpa" ujar Mia. Rayyan hanya mengangguk. Langsung tidak fikir siapa gerangan yang ingin bertumu dengannya.

"Encik boleh masuk" ujar Mia sopan. Lelaki itu mengangguk dan terus masuk ke dalam pejabat Rayyan. Pintu ditolak dan...

"Ikhwan?"

~~~~

"Akak nah order" hulur Azif. Memandangkan harini hari Isnin dan sekarang waktu tengah hari. Cafe mereka memang akan dipenuhi pelanggan. Memang tidak menang tangan mereka untuk melakukan kerja. "Qila kek red velvet cheese satu hantar ke meja enam" ujar Trisya. Qila segera membuat kerjanya. Kedai sedang ramai orang memang tak bolehlah melengahkan masa. Kek tadi diletakkan diatas dulang.

"Ye encik?" tanya Qila selaku penjaga kaunter. "saya nak bayar bil meja sepuluh" jawab pemuda itu. Qila terus mencari kertas bil meja sepuluh. Tanpa dia sedar pemuda tadi ralit memerhatinya. Azif yang kebetulan lalu disitu hanya memerhati. "RM 55.50" ujar Qila. Pemuda itu menghulurkan duit. Selesai menghulurkan baki sempat lagi pemuda itu mengenyitkan mata kepadanya. Qila menggeleng. Dah lali dengan pelanggan yang berperangai begitu.

Qila memusingkan badannya untuk membuat coffe. Matanya tertumpu pada Azif yang merenungnya. Mulutnya kelihatan tersenyum sinis. Kenapa dengan dia?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!





















________________________________________

HUHU SO OKAYLAH SAYA UPDATE 2 CHAP SEMPERNA MERDEKA NI KAN? HEEEHHE MAYBE NI LAST BUAT SEMENTARA SEBAB SAYA TAK TAHU LAGI BILA BOLEH UPDATE HM. EXAM TAK HABIS LAGI HSHSHS. SELASA NI MATH HUWAA. TAKDE KATA KATA SEMANGAT KE DARI READERS?🥺 PAPE PUN DOAKAN SAYA YE.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN SEMUA YANG KE-63.

              🇲🇾'MALAYSIA PRIHATIN'🇲🇾

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang